Tuesday, December 31, 2019

CV-17 SHANDONG KAPAL PENGANGKUT PESAWAT KE 2 CHINA

CV-17 Shandong 
China pada 17 Disember lalu secara rasmi memperkenalkan Kapal Pengangkut Pesawat baharu mereka iaitu CV-17 "Shandong" di Sanya, Wilayah Hainan, Selatan China.

Shandong sebelum ini dikenali Type 001A merupakan kapal yang dibina sendiri oleh China menerusi Dalian Shipbuilding Industry merupakan anak syarikat China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC).

Pembinaanya bermula November 2013 diikuti perletakan lunas pada Mei 2015. Kapal ini siap sepenuhnya pada April 2018 dan menjalani ujian perlayaran pada Mei 2018 dan Ogos 2019 sebelum menyertai perkhidmatan Tentera Laut Rakyat China (PLAN) pada 17 Disember 2019.

CV-17 Shandong masih mengekalkan ciri-ciri CV16 Lioaning yang merupakan Kapal Pengangkut Pesawat Rusia, Kelas Kuznetsov, Varyag.

Mempunyai panjang 315 meter dan berat 55,000 tan, CV-17 Shandong dikuasakan dengan 8 unit stim turbin mampu mencapai kelajuan maksimum 31 knot.

Masih mengekalkan ciri perlepasan mengunakan "ski-jump", CV17 Shandong dilaporkan mampu membawa lebih 44 pesawat antaranya jet pejuang J-15, helikopter pengangkut Z-18 dan helikopter Anti-kapal Selam (ASW) Z-9.

Rekaan dalaman dan dek CV-17 Shandong memberi tambahan ruang serta memiliki kawasan penyimpanan bahan api dan amunasi lebih luas berbanding CV-16 Liaoning.

CV-17 Shandong dilaporkan dilengkapi radar AESA dengan persenjataan terdiri dari 3 unit CIWS Type 1130 meriam 30mm 11 barrel dan 3 unit pelancar 18 cell HQ-10 Sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat.

Dalam masa yang sama, China dilaporkan dalam pembinaan 2 buah lagi Kapal Pengangkut Pesawat yang diberi nama kod Type 003 dan Type 004.

Kapal Pengangkut Pesawat yang baharu terbabit dikatakan akan mengendalikan jet pejuang generasi ke-5 China iaitu J-20 an J-31 mengunakan sistem perlepasan Electromagnetic Aircraft Launch System (EMALS).

Ia sebagai usaha China menjadikan Tentera Laut mereka berkelas Dunia. Mereka kini menyertai Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis memiliki Armada Kapal Pengangkut Pesawat.

sumber -MDR-


No comments: