Wednesday, December 4, 2019

ANALISA PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN BAHAGIAN 1- MDR

Foto : oleh Air Times
Pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara (KPP) oleh Menteri Pertahanan Malaysia semalam di Parlimen Malaysia adalah pertama kali dibentangkan tidak seperti kertas polisi pertahanan sebelum ini.

Namun KPP tidak lebih seperti Dasar Pertahanan Negara yang diolah berdasarkan objektif dan visi dari perancangan Program 15 to 5, CAP55 dan Tentera Masa Depan.

KPP juga adalah perancangan 10 tahun Kementerian Pertahanan (2020-2030) dengan permohonan bajet pertahanan negara sebanyak 1% dari Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau 6.5% dari Belanjawan Tahunan Negara.

Walaupun tiada penyenaraian mengenai perolehan aset masa akan datang. Dilaporkan ia tidak akan didedahkan secara am kepada awam.

Namun KPP mengenal pasti 9 keperluan keupayaan iaitu:

1. Memperkukuhkan perisikan Pertahanan Angkatam Tentera Malaysia (ATM)

2. Membangunkan keupayaan aktiviti elektomagnetik siber

3. Membangunkan ' Network Centric Network ' (NCO)

4. Komunikasi Satelit untuk meningkatkan kemampuan perintah dan kawalan bersama

5. Mengekal dan meningkatkan keupayaan dan tempo Pasukan Khas ATM

6. Domain Maritim :- Meningkat keupayaan tempur maritim dan keupayaan daya tahan operasi maritim.

7. Domain Udara :- Keupayaan Pertahanan Udara dan Serangan Udara

8. Domain Darat :- Meningkatkan kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi dan keupayaan logistik

9. Membangunkan keupayaan amfibi

Selain itu, KPP juga bakal mengubalkan Dasar Industri Pertahanan Negara dengan 5 teras utama iaitu Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Teknologi, Pembangunan Industri, Ke Arah Keupayaan Berdikari serta Tembusi Pasaran Global.

Untuk merealisasikan 5 teras terbabit 5 inisiatif dibentuk antaranya:

1. Pemantapan kerangka strategi ekonomi untuk sains, teknologi dan industri pertahanan untuk menfokuskan bidang khusus

2. Penstrukturan semula organisasi berkaitan industri pertahanan

3. Penubuhan Jawatankuasa Perlaburan Pertahanan

4. Perangsangan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan inovasi melalui pembiayaan mampan

5. Pengukuhan Program Pembangunan.

Dijangka perolehan akan datang akan dibahagi dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah/Sarawak).

Walaupun belum diputuskan lagi, kelihatan Tentera Darat Malaysia seperti mahu menubuhkan Brigad Armor di Malaysia Timur yang mana dijangka akan menerima Kereta Kebal Utama, Kenderaan Perisai malahan Sistem Artileri Bergerak (SPH).

Selain itu, untuk keperluan operasi amfibi, dijangka Tentera Laut DiRaja Malaysia mungkin akan menerima Kapal Bantuan Pelbagai Guna berkonsepkan 'Landing Platform Dock' (LPD) dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Sebelum ini, beberapa pembina telah menawarkan pelbagai rekaan dan model LPD untuk Malaysia. Antaranya Turkey TAIS Shipyard, Japan Mitsui Engineering & Shipbuilding (Mitsui E&S), Damen Shipyard, France Naval Group dan China Shipbuilding Industry Corporatin (CSIC).

Setelah beberapa kali ditangguhkan, Program Perolehan Pesawat Rondaan Maritim (MPA) bakal diteruskan berikutan keperluan untuk operasi maritim untuk pengawasan serta serangan maritim.

Beberapa model dan platform dilihat bakal dinilai untuk peringkat seterusnya antaranya ATR72 MPA, C-295 MPA, P8A Poseidon, Q400/Global 6000 Swodfish MPA dan CN-235 MPA.

Selain itu, Program NCO ATM dijangka bakal memasuki fasa baharu yang mampu meningkat keupayaan ATM dalam pengunaan teknologi baharu serta pengunaan teknologi komunikasi satelit.

Jadi, dengan tiada pembentangan penyenaraian aset, dijangka ia menjadi teka-teki selain jumlah pembelanjaan untuk perolehan baharu juga tidak diterangkan secara lanjut dilihat perlu menunggu sehingga pengumuman bajet melalui Rancangan Malaysia Ke-12 dan Ke-13.

Manakala KPP hanyalah dasar dan polisi kerajaan dalam pertahanan negara untuk dilaksanakan dalam 10 tahun. Dilihat komitmen kerajaan dituntut untuk melaksanakan KPP.

sumber : Malaysia Defence Review (MDR)


No comments: