Sunday, December 8, 2019

ANALISA PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN BAHAGIAN 2 - MDR


Satu lagi dokumen dari Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah diakses dan disebarkan kepada awam. Berbanding dokumen sebelumnya, dokumen tambahan ini disertakan maklumat tambahan antaranya melibatkan maklumat penambahan dan perolehan aset masa akan datang untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

1. MRSS

Kapal Sokongan Pelbagai Guna (MRSS) dilihat sasaran utama dalam KPP untuk diperolehi untuk kegunaan operasi amfibia. 2 buah kelas MPSS iaitu KD Sri Indera Sakri dan KD Mahawangsa telah mencapai maksimum pengunaan yang digunakan sejak 1980an.

Kapal-kapal sokongan lain milik Tentera Laut DiRaja Malaysia pula tidak mempunyai ciri-ciri untuk.operasi amfibia lebih kepada sokongan logistik sahaja.

2. Artileri

KPP telah mengariskan keperluan buat Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk mendapatkan sistem meriam 155mm "Self-Propelled Howitzer" (SPH) baharu untuk menambah kuasa tembakan serta pertahanan pantai.

Selain itu, Meriam 105mm sedia ada turut digantikan dengan platform lebih baik termasuk jarak jangkauan lebih jauh serta sistem moden.

3. SAM

Sistem Pertahanan Udara merupakan aset penting buat pasukan tentera menangkis serangan musuh. Kemajuan teknologi misil dan bom mampu dilihat persenjataan berkenaan lebih pintar dan mampu dilancarkan jauh dari jarak jangkauan radar pengesan musuh.

Buat masa ini, ATM hanya memiliki Sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat (SHORAD) dan jinjing bahu (MANPADS). Dengan ancaman semasa dilihat Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana (MERAD) adalah diperlukan pada masa akan datang.

4. Pengangkutan

Seperti "posting" sebelum ini, KPP mengariskan TDM bakal menerima kenderaan perisai baharu untuk digunakan dan mengantikan aset lama dan usang seperti Condor 4x4 di Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) selain mengukuhkan pasukan armor dan mekanis.

Selain itu, Helikopter Pengangkut Taktikal turut diperlukan untuk mengaturgerak pasukan infantri, pasukan khas serta untuk logistik. Kenderaan Pembawa Trup juga bakal ditambah untuk meningkatkan daya mobiliti membawa pasukan infantri dan logistik.

5. LCA

Pesawat Tempur Ringan (LCA) dilihat perolehan utama untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berikutan kekurangan jumlah pesawat dan keupayaan.

Ia penting bagi mengukuhkan keupayaan tempur udara melibat Serangan Bantuan Rapat (CAS), melawan insurgensi (COIN) serta menyokong Pesawat Tempur Pelbagai Guna (MRCA).

LCA juga digunakan sebagai Pesawat Latihan Lanjutan (FLIT) memastikan juruterbang TUDM menerima latihan secukupnya selain mengantikan Hawk 108/208 dan MBB-339.

6. LMS

TLDM amat memerlukan Kapal Misi Pesisir (LMS) bagi menyokong operasi Cari dan Menyelamat (SAR), Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), anti-kegananasan, anti-perlanunan, risikan, peninjauan, hidrografi dan penyapu periuk api.

LMS direkabentuk secara modular membolehkan ia dilengkali pelbagai senjata dan pelbagI sistem berdasarkan penugasan.

7. LCS & NGPV

Perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) dilihat elemen penting bagi TLDM menunjukkan sebagai penguasa di Perairan Malaysia.

LCS mempunyai sistem peperangan 4 dimensi iaitu Peperangan Anti-Udara (AAW), Peperangan Anti-Permukaan (ASuW), Peperangan Anti-Kapal Selam (ASW) dan Peperangan Elektronik (EW).

Manakala NGPV boleh dipasang persenjataan tambahan antaranya Sistem Misil Anti-Kapal (AShM), pelancar Torpedo Anti-Kapal Selam serta platform "Remote Weapon System" (RWS).

Kedua-dua kapal perang ini bakal mengantikan Frigat dan Korvet sedia ada dalam pegangan TLDM yang telah berusia.

8. Pesawat Operasi Maritim

Pesawat Rondaan Maritim (MPA), Pesawat Tanpa Pemandu - Jarak Jangkauan Jauh Altitud Sederhana (UAV - MALE), Helikopter Operasi Maritim adalah elemen penting untuk operasi maritim.

Aset-aset ini penting sebagai penderia bagi aset-aset tempur lain seperti jet pejuang dan kapal perang diselaraskan melalui "Network Centric Operation" (NCO) berikutan Zon Maritim Malaysia yang amat luas.

9. MRCA

TUDM dijangka terus mengunakan jet pejuang F/A-18D Hornet dan Su-30MKM sehingga pengantian dibuat pada Rancangan Malaysia ke-14 & ke-15.

Namun, TUDM mahu melengkapkan Skuadron F/A-18 Hornet dengan 18 buah pesawat berbanding 8 buah sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Dijangka pesawat berkenaan diperoleh dari negara sahabat antaranya Australia, Amerika Syarikat dan Kuwait.

10. Aset Sokongan Maritim

TLDM amat memerlukan Bot Pemintas Pantas (FIC) dan Bot Pasukan Khas (BSF) bagi menyokong operasi dikawasan pesisir untuk rondaan serta merapat untuk penguatkuasaan.

Selain itu, TLDM juga memerlukan Kenderaan Autonami Bawah Permukaan (AUV) serta Kenderaan Pemusnah Periuk Api (MDV) bagi menyokong operasi maritim mengesan dan memusnahkan ancaman di kawasan maritim.

Walaubagaimanapun, perolehan berdasarkan KKP masih belum muktamad dan ia masih diperingkat penilaian serta kajian.

Menteri Pertahanan Malaysia menyatakan Bajet Pertahanan bakal diperolehi berdasarkan 1% dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk RMK Ke-12 dan Ke-13.

Beberapa senaraian aset baharu dalam KPP dilihat perlu tindakan segera berikutan keperluan untuk operasi ATM.

sumber : Malaysia Defence Review


No comments: