Wednesday, January 29, 2020

PEMBANGUNAN KETENTERAAN NEGARA JIRAN - THAILAND

Kereta Kebal terbaru milik RTA T84 Oplot.
Thailand dilaporkan akan membelanjakan USD 7.6 Billion untuk kententeraan pada 2020 bagi mengukuhkan pasukan Angkatan Tentera Thailand menerusi Bajet Tahunan yang diumumkan Kerajaan Thailand untuk Kementerian Pertahanan Thailand.

Thailand telah lakukan transformasi sejak 2017 untuk memastikan Angkatan Tentera Thailand terus releven terutama Tentera Darat DiRaja Thailand (RTA).

Satu Program Jangka Masa Panjang untuk Transformasi dan Penstrukturan 2017 - 2026 dibentuk bagi memastikan RTA mampu mengantikan aset usang dan berusia selain melakukan Kajian dan Pembangunan (R&D) penghasilan produk ketenteraan buatan tempatan.

Kereta kebal VT4 sebanyak 49 unit di tempah
Ia dimulakan dengan perolehan Kereta Kebal baharu bagi mengantikan kereta kebal "vintage" Perang Dingin M-41A3 Walker Bulldog dengan Kereta Kebal buatan Ukraine T-84 Oplot dan Kereta Kebal buatan China VT-4.

Perolehan T-84 Oplot dilakukan pada 2011 namun penyerahan 48 buah kereta kebal berkenaan alami kelewatan dan hanya selesai diserahkan pada 2018 berikutan Krisis Perang Saudara Ukraine.

Akibat dari kelewatan penyerahan, pada 2017, Thailand dilaporkan membuat perolehan 49 buah kereta kebal VT-4 dari China. Dilaporkan RTA telah menerima kesemua 48 unit kereta kebal berkenaan.
Kereta kebal vintage M41 Wlker Bulldog
Kereta kebal vintage M60 Patton

Thailand masih lagi mempunyai stok simpanan kereta kebal "vintage" Perang Dingin berjumlah 500 buah yang terdiri dari jenis M-60 Patton, M-48 Patton, M-41 Walker Bulldog dan Stingray.

RTA juga mempunyai simpanan stok kenderaan perisai tempur infantri "vintage" V-150 sebanyak 150 buah yang bakal diganti oleh BTR-3E1 dari Ukraine, VN-1 dari China dan M1126 Stryker dari Amerika Syarikat.

Tiga model yang di tempah Royal Thailand Army (RTA) untuk menggantikan model V-150
Pada 2010, Thailand telah menempah sejumlah kenderaan perisai BTR-3E1 dari Ukraine bagi mengantikan V-150. Dilaporkan 288 buah ditempah dengan beberapa unit dipasang secara tempatan secara berlesen. Sebanyak 238 buah BTR-3E1 telah diterima RTA.

Pada 2019, Thailand telah menerima pakej kenteraan dari Amerika Syarikat berupa 60 buah M1126 Stryker dari Amerika Syarikat. Ia merupakan stok simpanan Tentera Darat Amerika Syarikat dan penyerahan kesemua 60 buah telah selesai. Dilaporkan Thailand berminat menambah lagi 60 buah M1126 Stryker.

Selain itu, Thailand dilaporkan menempah 38 buah VN-1 dari China pada 2019. Terdapat laporan Thailand menambah lagi 73 buah lagi VN-1. Kumpulan pertama 38 buah VN-1 dijangka diserahkan pada tahun 2020-2021.


sumber :-Malaysia Defence Review-


No comments: