Peta kedudukan Galwan valley sempadan India dan China |
India telah melakukan pembelian kecemasan aset ketenteraan sejurus selepas insiden pergaduhan di Galwan Valley di sempadan bersama Line of Actual Control (LAC) antara tenteranya dengan tentera China Isnin lepas.
Insiden tersebut telah meragut nyawa 20 anggota tentera India dan 40 tentera China, pergaduhan berlaku dengan menggunakan dengan senjata primitif seperti kayu berpaku, kayu dililit dawai dan pisau yang dibawa oleh tentera China.
Dalam satu perjanjian pada 1996, India dan China bersetuju anggota tentera mereka yang bertugas di kawasan sempadan dibenarkan membawa senjata tetapi tidak boleh menggunakannya dalam kawasan 2km dari kawasan sempadan walaupun untuk berburu.
Ia adalah protokol tentera yang ketat bagi mengelak konflik bersenjata antara dua negara bermusuh itu.
senjata yang rampas ditempat pergaduhan |
48 jam selepas insiden tersebut, Kementerian Pertahanan India telah membuat pembelian kecemasan terhadap 12 pesawat Sukhoi Su-30MKI dan 21 pesawat pejuang MiG-29 dari Russia.
Ini adalah pembelian mendadak bertujuan meningkatkan lagi kemampuan tentera udaranya untuk berhadapan dengan China.
Selain itu, empat buah pesawat Dassault Rafale yang pertama akan di terima oleh India pada bulan Julai ini. Maknanya, bulan depan ia akan mula mengoperasikan pesawat pejuang Omnirole itu.
Keseluruhannya, India membeli 36 pesawat pejuang Rafale daripada Perancis.
India membina sendiri 272 buah Su-30MKI secara under license dari Russia.
Pembinaan dilakukan oleh syarikat tempatan Hindustan Aeronautics Limited di kilang di Nasik, tengah India.
India memiliki tiga skuadron MiG-29 ketika ini.
Angkatan Tentera India mengoperasikan pelbagai pesawat pejuang daripada Sukhoi Su-30MKI, MiG-29, MiG-21 Bison, Dassault Rafale, Mirage 2000 dan HAL Tejas.
sumber ; Defence Security Asia
1 comment:
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
mampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217
Post a Comment