Wednesday, May 10, 2023

KEJAYAAN OBSOLESCENCE PROGRAM (OP) KD PERKASA LAKAR SEJARAH TLDM

program refit dan rehull KD perkasa. Perbezaan KD perkasa yang lama (atas) dan yang telah melalui OP program

KEMAMAN, 9 Mei - OP KD PERKASA melakar sejarah sebagai program unik, pertama kali dilaksanakan di planet ini. Unik disebabkan aktiviti OP seolah-olah membuat sebuah kapal baharu mengguna kembali sebahagian kecil peralatan legasi.

Di atas keberhasilan projek ini, Panglima Logistik Barat Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahari bin Baharuddin telah menyempurnakan majlis penerimaan OP KD PERKASA di limbungan Geliga Shipyard Sdn Bhd. Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Bahagian (SUB) Kewangan KEMENTAH, Datuk Muhamad Zamani bin Mohd Ali dan SUB Pembangunan, Encik Mohd Radzuan bin Abdul Manaf. 

Program ini merupakan inisiatif terkini cetusan idea warga Navy People iaitu kapal dilaksanakan projek senggaraan in-lieu kepada refit, tetapi melibatkan penukaran secara total badan kapal (re-hull), sistem kuasagerak, penjanaan tenaga elektrik, sistem distribusi elektrik, hotel services” serta konfigurasi semula General Arrangement (GA). Hanya peralatan yang tidak usang akan di salvage, diselenggara dan dipasang semula di hull yang baharu. 

OP KD PERKASA ini boleh dianggap breakthrough, inovasi luar kotak yang berhasrat mengubah persepsi terhadap tatacara pelaksanaan selenggaraan berjadual kapal TLDM di limbungan. Ini kerana secara tradisinya, kapal akan menjalani selenggaraan berjadual refit apabila tiba rutinnya.  Namun disebabkan 3 faktor utama iaitu best value for money, memastikan jangka hayat aset lebih panjang dan Belanja Mengurus (Operating Expenditure - OE) akan datang tidak membebankan Kerajaan, maka pendekatan alternatif yakni OP telah dilancarkan. Selain KD PERKASA, OP melibatkan 2 lagi projek iaitu KD PERDANA dan KD GANYANG di mana projek kini sedang giat diteruskan. 

Delegasi dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Ekonomi yang terlibat di peringkat awal OP turut hadir di majlis penerimaan.  Delegasi tersebut amat terkesima dengan inisiatif warga Navy People. Ini disebabkan putik-putik Success Story 1 daripada 3 projek OP telah dicapai, walaupun menghadapi cabaran sepanjang pandemik Covid-19 selama 2 tahun, termasuk impak Shanghai lock-down semasa endamik yang telah menjejaskan rantaian supply-chain. 

Success Story OP KD PERKASA ini membuktikan bahawa:

1.  Limbungan tempatan berkeupayaan penuh untuk membina kapal bersaiz kurang dari 80 meter tanpa perlu bantuan pihak luar negara, kecuali full-fledged sistem kombat. 

2. Terdapat beberapa design-house tempatan yang mampu merekabentuk kapal dengan baik, khususnya kapal jenis non-combatant.

3.  Rekabentuk in-house membolehkan lebih banyak produk pribumi (indigenous product) serta bahan tempatan yang type approved digunapakai,  berbanding jika menggunakan rekabentuk limbungan luar negara yang dikesan menetapkan syarat yang ketat. 

4.  Kos perolehan tanpa sistem kombat bagi sebuah kapal berdasarkan rekabentuk rakyat Malaysia dan dibina oleh limbungan tempatan adalah lebih kompetitif iaitu lebih kurang:

4.1 Satu pertiga (1/3) kos perolehan jika menggunakan rekabentuk luar negara, tetapi kapal dibina di Malaysia. 

4.2 Satu perempat (1/4) kos perolehan jika berdasarkan rekabentuk limbungan luar negara dan kapal dibina di premis mereka.

5. Peningkatan penglibatan pemain industri Bumiputera di projek ini.

Warga  Navy People wajar berbangga dengan inisiatif terkini serta unik yang dihasilkan, di mana sebelum ini boleh dianggap a dream within a dream atau angan-angan Mat Jenin. Namun inisiatif tersebut yang berpaksikan mantra new way of doing things membuktikan angan-angan Mat Jenin boleh menjadi kenyataan sekiranya terdapat inovasi atau kreativiti, pushing-through with relentless effort serta komitmen yang tinggi oleh semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, warga Navy People perlu terus berinovasi secara agresif untuk menghasilkan penambahbaikan berterusan demi memastikan TLDM lebih unggul, cemerlang, gemilang dan terbilang.  

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office

No comments: