Misil
Sea Wolf
adalah misil anti-peluru berpandu
jarak dekat berkelajuan tinggi dengan sistem bimbingan arahan semi-automatik
dengan mengunakan panduan radar dan /
atau peluru berpandu infra-merah
serta pengesan sasaran.
Sunday, June 30, 2013
Thursday, June 13, 2013
SUPER LYNX 300 ASW
![]() |
| South Afrika Super Lynx |
Super Lynx adalah versi eksport helikopter Lynx dari AgustaWestland
(dahulunya GKN Westland Helikopter). Tentera Laut Diraja UK dilengkapi dengan
helikopter Lynx HMA Mark 8 dan Tentera UK dengan AH Mk 7 dan AH Mk 9 Lynx
helikopter peninjau / serangan.
Super Lynx telah ditempah oleh
Jerman (tujuh) dan Korea Selatan (13) dan Jerman dan Denmark menaik taraf helikopter Lynx mereka
untuk Super Lynx standard.
Super Lynx
yang pertama bagi Jerman telah dihantar pada bulan Julai 1999 (bagi perkhidmatan di atas kapal frigat Type 122
dan 123), Singapura pada bulan Disember 1999 dan Denmark pada November 2000.
Monday, June 3, 2013
SYRIA AKAN BELI 10 JET PEJUANG MIG 29 DARI RUSIA
Pengumuman itu dibuat ketika beberapa pemimpin dunia mengkritik laporan penjualan sistem peluru berpandu S-300 kepada negara tersebut.
Pengarah Urusan MiG, Sergei Korotkov berkata, satu delegasi Syria berada di Moscow untuk membincangkan laporan terperinci tentang kontrak baharu berhubung penghantaran jet MiG-29 M/M2.
Sunday, May 19, 2013
CV90120 KERETA KEBAL RINGAN SWEDEN
CV90120-T adalah merupakan salah satu versi kereta perisai dari Sweden
dan dikenali di bawah kumpulan "Combat Vehicle 90".
CV90120-T pada asasnya direka berdasarkan versi yang diubah suai
daripada chasis CV90 “Armored Fighting Vehicle” (AFV).
Monday, May 6, 2013
HAWK 200/100- BAE SYSTEM
![]() |
| Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia |
Pesawat tempur ringan Hawk dari BAE Systems merupakan pesawat jet latihan lanjutan satu enjin pihak British. Ia dikendalikan oleh dua orang juruterbang,
Mula
diterbangkan pada tahun 1974 sebagai Hawker Siddeley Hawk,
dan seterusnya pembinaanya diteruskan oleh syarikat pengganti,
masing-masing dari British Aerospace dan BAE Systems .
Ia telah digunakan dalam kapasiti latihan dan sebagai pesawat tempur yang berkos
rendah.
Saturday, April 6, 2013
PERANG KONTRAK MRCA, PENGGANTI MIG 29 MENJADI TANDA TANYA?
KUALA LUMPUR 29 Mac - Dalam keghairahan orang ramai melihat pertunjukan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013, tanpa disedari berlaku peperangan sengit di belakang tadbir melibatkan syarikat pengeluar pesawat tempur.
Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.
Wednesday, March 6, 2013
BATTLESHIP YAMATO 1941 - 1945
![]() |
| Battleship Yamato belayar dengan megah |
Yamato, merupakan kapal utama daripada dua buah kapal "Battleship" dalam kelasnya iaitu seberat 65,000 tan (lebih
daripada 72,800 tan jika muatan penuh) , telah dibina di
Kure, Jepun.
Yamato dan sebuah lagi kapal, Musashi setakat ini merupakan kapal perang terbesar pernah dibina semasa perang dunia kedua. Sembilan meriam utama berukuran 460mm (18.1 inci) mampu menembak peluru "armor piercing" seberat 1460kg (3200 paun) dan perisai perlindungan kedua kapal tersebut juga tidak ada tandingan pada waktu itu.
Yamato dan sebuah lagi kapal, Musashi setakat ini merupakan kapal perang terbesar pernah dibina semasa perang dunia kedua. Sembilan meriam utama berukuran 460mm (18.1 inci) mampu menembak peluru "armor piercing" seberat 1460kg (3200 paun) dan perisai perlindungan kedua kapal tersebut juga tidak ada tandingan pada waktu itu.
Monday, February 20, 2012
DARI OPV KELAS MUSYTARI KE KM LANGKAWI

KD Musytari (160)

KD Marikh (161)
.
Dua buah kapal perang OPV (Offshore Patrol Vessel) TLDM dari kelas Musytari iaitu KD Marikh dan KD Musytari merupakan kapal ronda yang dibina berasaskan teknologi dari Korea.
.
Salah sebuah daripadanya dihasilkan oleh Korean Shipbuilding Engineering Corporation, manakala sebuah lagi dibina di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1984 dan 1985 oleh Malaysian Shipyard and Engineering.
Saturday, January 21, 2012
KERETA KEBAL UTAMA T-90

T-90 adalah merupakan kereta kebal utama generasi ketiga Russia yang telah dimodenkan berdasarkan versi asal T-72 ( pada asalnya dipanggil T72BU, kemudian dinamakan semula dengan T-90). Direka dan dihasilkan oleh Uralvagonzavod, di Nizhny Tagil, Russia.
Hampir keseluruhan sistem termasuk meriam utama telah di perbaharui dan ditingkat upaya, menjadikan ia sebagai kereta kebal yang termoden dalam inventori peralatan ketenteraan dan digunakan oleh tentera Darat serta Laut Russia.
Thursday, March 31, 2011
RM 50 JUTA SETAHUN SELENGGARA DUA KAPAL SELAM NEGARA
Wednesday, December 15, 2010
LOCKHEED C-130 HERCULES

Lockheed C-130 Hercules merupakan pesawat pengangkut taktikal berkuasa 4 enjin torboprop keluaran Lockheed atau sekarang dikenali sebagai Lockheed Martin (Lockheed Aeronautical System Company) telah berkhidmat diseluruh dunia melebihi empat dekad.
Penggunaannya masih lagi diteruskan oleh kebanyakan negara yang memilikinya.
Penggunaannya masih lagi diteruskan oleh kebanyakan negara yang memilikinya.
Wednesday, December 1, 2010
MOWAG PIRANHA
Sunday, November 14, 2010
TENGGELAMNYA HMS PRINCE OF WALES

Battleship HMS Prince Of Wales
HMS Prince of Wales dengan nombor penannya 53 merupakan sebuah Kapal perang (battleship) seberat 35000 tan dari kelas King George V, Tentera Laut diraja British (Royal Navy).
Dibina di Cammell Laird shipyard di Birkenhead, England. Di tauliahkan pada 19 Januari 1941 dibawah pimpinan Kapten John Leach tetapi siap sepenuhnya pada 31 march tahun tersebut. merupakan antara kapal perang kebanggaan pihak British.
Dibina di Cammell Laird shipyard di Birkenhead, England. Di tauliahkan pada 19 Januari 1941 dibawah pimpinan Kapten John Leach tetapi siap sepenuhnya pada 31 march tahun tersebut. merupakan antara kapal perang kebanggaan pihak British.
Sunday, October 24, 2010
KERETA KEBAL JEPUN PERANG DUNIA KE II
Negara Jepun adalah merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam perang Dunia Ke II dari tahun 1939 hingga 1945 merupakan rakan sekutu Jerman dan Italy.
Mempunyai angkatan tentera yang kuat dan memiliki kelengkapan ketenteraan yang lengkap dan canggih pada waktu itu.
Memulakan penaklukan keatas negara China sejak 1937 dan di perluaskan keatas negara-negara Jajahan British di sebelah Asia Timur.
Type 89 Chi Ro
Mempunyai angkatan tentera yang kuat dan memiliki kelengkapan ketenteraan yang lengkap dan canggih pada waktu itu.
Memulakan penaklukan keatas negara China sejak 1937 dan di perluaskan keatas negara-negara Jajahan British di sebelah Asia Timur.
Antara peralatan-peralatan ketenteraan yang digunakan dalam peperangan ialah Kereta Kebal. Terdapat beberapa jenis kereta kebal yang digunapakai oleh tentera Imperial Jepun dalam peperangan ini.
Type 89 Chi Ro
Subscribe to:
Posts (Atom)

_latestReleased_bae_cimg_dsei_ceb_cv90120_720_OversizeJPGLarge.jpg)





