Sunday, May 31, 2020

LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA US NAVY DAN RSN DI LAUT CHINA SELATAN

Latihan bersama US Navy dengan Royal Singapore Navy : foto dari Airtimes.my

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dan Tentera Laut Republik Singapura (Republic of Singapore Navy, RSN) telah melaksanakan latihan ketenteraan bilateral di perairan Laut China Selatan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Armada ke-7 US Navy (7th Fleet), latihan dijalankan pada 24 hingga 25 Mei lalu dengan melibatkan kapal perang littoral (LCS) USS GABRIELLE GIFFORDS dan kapal stealth RSS STEADFAST.

“Latihan ini merupakan peluang keemasan kepada pihak untuk berlatih dan mempertingkatkan daya saling operasi,

“Selain itu, aspek komunikasi dan koordinasi bersama turut ditekankan dalam latihan ini,” kata 7th Fleet dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Latihan ini juga turut melibatkan penembakan senjata berat dan senjata ringan.

Kali terakhir Amerika Syarikat dan Singapura melaksanakan latihan bersama di laut adalah pada Oktober 2019 di Guam.

Tentera laut kedua-dua negara turut terlibat dalam pelbagai kerjasama seperti ASEAN-US Maritime Exercise (AUMX), Exercise Pacific Griffin, Southeast Asia Cooperation and Training (SEACAT), dan Exercise Rim of the Pacific (RIMPAC).

Selain itu, USN dan RSN turut melaksanakan pelbagai operasi bersama termasuk membanteras kegiatan lanun.

sumber : Airtimes.my

Saturday, May 16, 2020

WEST CAPELLA TINGGALKAN PERAIRAN SELEPAS SELESAI KERJA

LCS  USS Gabrielle Giffords sedang belayar tidak jauh dari West Capella

Akhirnya selepas lebih 5 bulan menjadi sasaran provokasi kapal-kapal pengawal pantai China, kapal ultra deepwater drillship West Capella meninggalkan perairan yang menyaksikan pertembungan antara AS, China, Malaysia dan Vietnam.

Kapal yang dimiliki oleh Seadrill, tetapi dikontrakkan kepada Petronas itu meninggalkan kawasan perairan itu selepas selesai menjalankan tugas selama lebih 5 bulan itu hari ini.

Ia disahkan sendiri oleh pengarah komunikasi Seadrill Iain Cracknell ketika dihubungi oleh agensi berita Reuters hari ini.

Reuters juga cuba menghubungi Petronas dan Wisma Putra untuk mendapatkan pengesahan tetapi gagal.

Bagaimanapun, imej satelit memang menunjukkan West Capella telah meninggalkan kawasan perairan terbabit, kemungkinan menuju ke Labuan.

KA Bunga Mas 5 setia mengiringi West Capella sambil diperhatikan oleh kapal CCG China.
West Capella meninggalkan perairan itu selepas selesai menjalankan tugasnya.

Sehubungan itu kapal penyelidik China "Hai Yang Di Zhi Bao Hao" (HD8) juga dilaporkan telah meninggalkan perairan EEZ Malaysia setelah West Capella meninggalkan perairan itu, menurut data dari Marine Traffic.

Bagaimanapun West Capella memang betul hebat, sebelum ia meninggalkan perairan ia"dikunjungi" oleh Littoral Combat Ship USS Gabrielle Giffords, ia juga turut menerima kunjungan daripada pelbagai kapal perang Amerika Syarikat.

Beberapa hari lepas, ia menerima kedatangan USS Montgomery dan USS Cesar Chavez, sambil diperhati oleh kapal friget China, Type 054A (kelas Jiangkai).

Kedatangan USS Montgomery dan USS Cesar Chavez itu juga didakwa ditemani oleh pesawat pengebom strategik, B1-B Lancer yang turut dikatakan melakukan misi di ruang udara berhampiran West Capella.

Sebelum itu, West Capella dikunjungi oleh USS America, USS Bunker Hill, USS Barry dan kapal friget Australia, HMAS Paramatta.

Ia tidak sesekali meninggalkan perairan itu akibat tindakan provokasi dan tekanan oleh China. No Way Jose.

Syabas Petronas!!!!!

sumber : Defence Security Asia

Tuesday, April 28, 2020

KAPAL SELAM KEDUA KD TUN ABDUL RAZAK KEMBALI BEROPERASI


Kapal selam serangan kedua kelas Perdana Menteri (Scorpène) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah kembali beroperasi setelah tamatnya program pemulihan selama 18 bulan di negara ini.

Program membaikpulih kapal selam kedua ini memakan belanja hampir RM 1.232 billion.

Dalam sebuah video yang dikeluarkan pada 16 April, TLDM menunjukkan KD Tun Razak melakukan operasi di lokasi yang tidak didedahkan, dengan krewnya ditunjukkan memakai topeng muka, mungkin sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran coronavirus Covid-19. Kapsyen dalam video tersebut menyatakan bahawa TLDM "melakukan rondaan di perairan Malaysia".

Pusat membaik pulih kapal Selam Boustead Heavy Industries Corp : foto BHIC 
TLDM tidak memberikan butiran lebih lanjut dalam video itu, tetapi sumber ketenteraan memberitahu Jane bahawa kapal selam itu, yang ditugaskan pada Oktober 2009, telah melakukan percobaan laut sejak akhir 2019 setelah selesainya penyesuaian, yang dilakukan oleh Boustead DCNS Naval Corporation (BDNC): usaha sama antara kumpulan kejuruteraan tentera laut Malaysia Boustead Heavy Industries Corporation dan pembuat kapal Perancis, DCNS (sekarang dipanggil Naval Group).

Perkhidmatan ini menerbitkan video serupa pada Mei 2018 sejurus selepas KD Tunku Abdul Rahman kelas satu kembali beroperasi selepas penukaran yang serupa. Kapal selam ini, yang ditugaskan pada Januari 2009, telah memulai perbaikannya dengan BDNC, yang juga menyediakan layanan dan dukungan terpadu untuk kedua kapal selam itu, pada bulan November 2015.

Sama seperti Tun Razak, kerja-kerja perbaikan Kapal selam pertama dilakukan di sebuah kemudahan di pangkalan tentera laut Sepanggar di Kota Kinabalu, yang terletak di negeri Sabah di bahagian pulau Borneo di Malaysia dan di mana kedua-duanya kapal selam itu ditempatkan.

sumber : Jane

KEHADIRAN KAPAL-KAPAL CHINA DAN USA - PERAIRAN NEGARA TEGANG

Gambar setelit menunjukkan kedudukan antara LHA6 - USS America dan West Capella

Armada Ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) terdiri Kapal Penyerang Amfibia (LHA), USS America, Kapal Kruiser, Kelas Ticonderoga, USS Bunker Hill dan Kapal Pembinasa, Kelas Arleigh Burke, USS Barry serta Kapal Frigat Tentera Laut DiRaja Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta kini berada di Laut China Selatan untuk membayangi kapal-kapal milik China yang dilaporkan menganggu kerja-kerja penggalian minyak dan gas oleh kapal penggerudi telaga minyak West Capella di medan blok milik Petronas berhampiran kawasan tuntutan 3 negara iaitu China, Vietnam dan Malaysia.

USS America - LHA 6
Kapal penyerang amfibia ini, kini dikatakan berada kira-kira 100 batu nautika dengan kelajuan penuh dari kapal West Capella yang dilaporkan diganggu oleh kapal Hidrografi milik China, Haiyang Dizhi 8.

USS America sebelum itu berada di Laut China Timur untuk menjalani latihan bersama pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) 6 hari lalu dan kemudian ulang bekal di Filipina 2 hari lalu.

Peningkatan aktiviti oleh China ditambah dengan kemasukan kapal peninjau dasar laut Haiyang Dizhi 8 yang kini melaksanakan tugasan pencerap dasar laut berhampiran dengan West Capella. Haiyang Dizhi 8 diiring oleh lebih 10 buah kapal militia dan pengawal pantai dan didapati bergerak dalam garisan lurus berbolak balik, disyaki ia sedang menunda sonar.

Kapal peninjau dasar laut China - Haiyang Dizhi 8
Kapal yang sama juga melakukan aktiviti berkenaan di perairan Vietnam dan mencetuskan ketegangan antara pengawal pantai kedua negara.

Dengan kemasukan USS America dan USS Bunker Hill, ia menunjukkan Washington serius dengan kenyataan mereka sejak minggu lepas yang mendesak Beijing untuk menghentikan aktiviti mereka dan tidak membuli negara-negara pesisir kerana kelihatan Beijing cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara pesisir kini dilanda wabak Covid19.

USS Bunker Hill (CG 52) - Kapal Kruiser peluru berpandu
Peningkatan aktiviti maritim di Laut China Selatan bukanlah sesuatu yang baru dan ia berterusan sejak sebelum wabak melanda lagi. Ketika mana China berhempas pulas mengekang penularan wabak, angkatan militia laut dan pengawal pantai mereka terus aktif.

Malah kapal peronda pengawal pantai yang paling besar, CCG5901 juga tetap berada didalam perairan EEZ negara kita ketika wabak mula2 melanda, dan walaupun mereka tidak membuat kacau ia jelas menunjukkan aktiviti menunjukkan kehadiran tidak berkurang. Kehadiran kapal mereka di perairan Luconia juga tidak berkurang.

Kapal penggerudi telaga minyak - West Capella
Dimaklumkan, aset TLDM dan APMM juga berada dekat dengan West Capella dan turut memantau persekitaran EEZ kita. Walaupun kita menghadapi masalah kekurangan aset, namun kedaulatan perairan negara tetap dijaga.

sumber : MMP & MDR


Saturday, April 18, 2020

T-90M PRORYV VARIAN TERBARU DARI KELUARGA T-90

T - 90M Proryv

Tentera Darat Russia dilaporkan menerima kumpulan pertama kereta kebal utama (MBT) T-90M Proryv yang merupakan varian naiktaraf T-90. MBT berkenaan dilaporkan akan dioperasikan oleh Pasukan Elit Divisyen Armor Tentera Darat Russia "Tamanskaya".

T-90M Proryv dibangunkan dengan asas dari T-90MS merupakan varian eksport T-90 dan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) MBT T-14 Armata.

T-90M Proryv dilaporkan mengunakan laras meriam 2A82-1M 125mm yang mana 30% lebih tepat dari meriam standard 2A46M 125mm. Selain itu, senjata bantuan juga terdiri "Remote Weapon Station" yang dipasang mesigan Kord 12.7mm selain mesigan sepaksi PKT 7.62mm. Ia diintergrasikan dengan Sistem Kawalan Tembakan Automatik Kalina. Sistem persenjataan ini turut dipasang pada MBT T-14 Armata.

T-90M Proryv dilaporkan mengunakan Sistem Perlindungan Aktif (APS) Afganit dimana ia dilengkapi sistem pengesanan radar 360° AESA yang mana mampu mengesan, menangkis serta memintas sistem misil anti-armor (ATGM) dan pelancar roket grenede (RPG) dari jarak 5000 meter seperti persenjataan TOW, Javelin, Spike, Hellfire dan Brimstone. APS ini turut digunakan MBT T-14 Armata.

Untuk perlindungan armor, T-90M Proryv dipasang Relikt "explosive reactive armour" ERA yang mana mampu menahan impak ledakan misil anti-armor. Selain itu, lapisan armor T-90M Proryv dipertingkatkan dilapisan turret dan laras meriam.

Russia dilaporkan mahu 400 buah T-90A (Varian Pertama T-90) dinaiktaraf ketahap T-90M Proryv selain 160 buah T-90M Proryv telah ditempah dengan 3 siri kumpulan penyerahan bermula awal April sebagai "Stop-Gap" kelewatan penyerahan T-14 Armata yang dilaporkan sedang diuji dengan teknologi baharu.

T-90M Proryv dilengkapi enjin diesel V-92S2F yang memberi kuasa 1130 kuasa kuda (HP). Ia membolehkan MBT ini memecut 60kmj dengan jarak jangkauan 550km.

T-90M Proryv juga merupakan varian T-90 paling berat dengan kemampuan mencapai berat 48 tan dengan varian standard T-90 hanya 45 tan.

Pegawai Tentera Darat Russia menyatakan pada media bahawa T-90M Proryv setaraf MBT Abrams dari Amerika Syarikat, Lecrec dari Perancis dan Merkava dari Israel.

Media Russia melaporkan T-90M Proryv bakal dipertontonkan pada awam semasa Perarakan Ulang Tahun Ke-75 Kemenangan Tentera Merah semasa Perang Dunia Ke-2 di Dataran Merah Moscow pada 9 Mei.

sumber : Malaysia Defence Review

Friday, April 17, 2020

MALAYSIA PERKETAT PERAIRAN NEGARA



Keselamatan perairan negara kita terus diperkukuh ketika wabak #COVID19 semakin membimbangkan seluruh dunia. Kerjasama utuh Tentera Laut Diraja Malaysia bersama Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah membuahkan hasil 

sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia

Monday, April 6, 2020

SELF PROPELLED GUN - ARCHER 155MM

Archer SPG dibawa oleh trak Volvo A30D

Archer Artillery System 155mm SPG generasi terbaru menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Program pembangunan Archer bermula pada 2003 untuk memasang artileri Haubits FH77 155mm Howitzer pada badan kenderaan bagi memenuhi keperluan SPG tentera darat Sweden dan Norway.

Prototaip Archer mula diuji pada tahun 2004, artileri Haubits FH77 155mm dipasang pada chasis trak Volvo A30D yang diubah suai berkeupayaan membawa krew dengan perlindungan dari NBC dan armor yang mampu bertahanan dari serangan senjata sehingga 7.62mm dan juga serpihan artileri.

Kelebihan Arher boleh dioperasikan dengan pantas. Hanya memerlukan 30 saat untuk dioperasikan memulakan tembakan pertama. Kesemua krew tidak perlu keluar dari kenderaan dan hanya memerlukan 4 krew sahaja (Komander, pemandu dan 2 operator Arcer).

Pada 2019 lalu Tentera Darat Sweden memilih trak MAN HX2 beralih dari VOLVO A30D bagi perolehan baru Acher. Acher mampu membawa sehingga 21 projektil yang disimpan pada sistem magazin automatik. Hanya memerlukan masa 10 minit untuk pengisian semula, Archer akan bergerak bersama kenderaan sokongan.

Jarak tembakan dari 35km sehingga 60km jika penggunaan projektil panduan GPS XM982 Excalibur.

Sistem ini direka untuk mobiliti strategik, operasi dan taktikal yang tinggi. Kenderaan ini boleh mencapai kelajuan jalan sehingga 70 km / h, mampu meredah salji sehingga kedalaman 1 meter,  boleh diangkut menggunakan kereta api dan pesawat pengangkut taktikal A400M.

Perjalanan program Archer penuh berliku, beberapa kali penyerahan Archer lewat disebabkan masalah teknikal. Penyerahan sepatutnya dimulakan pada 2011 dengan 48 unit (24 unit Tentera Darat Sweden dan 24 unit Tenera Darat Norway) Akhirnya pada 2013 Norway menarik diri dari program Archer. Pada 2013 Sweden telah menerima unit pertama Archer dan mula memasuki perkhidmatan sepenuhnya pada 2016.

sumber: Informasi Tempur

Sunday, April 5, 2020

TLDM SUDAH TERIMA 6 UAV SCANEAGLE II

UAV Scan Eagle II

Malaysia akhirnya menerima 6 ScanEagle 2 unmanned aerial vehicles (UAVs) - & pelbagai peralatan berkaitan yang di berikan secara percuma oleh Amerika di bawah program MSI.

Batch pertama UAV telah pun di serahkan pada penghujung February, manakala baki 6 akan diserahkan pada 2022.

Package perolehan termasuk latihan dan selenggaran dimana krew Skuadron 601 TLDM akan mengoperasikan UAV sehingga 2000 jam penerbangan.

Melalui Maritime Security Initiative (MSI) Amerika telah memberikan bantuan dalam bentuk keupayaan dan kemampuan (pelatihan) kepada negara-negara maritim termasuk Malaysia untuk membantu meningkatkan keupayaan maritim di Asia Tenggara.

Program ini dibiayai percuma sepenuhnya oleh kerajaan AS tanpa apa-apa perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Malaysia.

Masa Depan Pembelian dron ini akan membantu dalam aktiviti pengawasan maritim, sementara penambahan kedua-dua pesawat Peronda (MPA) dan tiga Medium Altitude Long Endurance Unmanned Airborne Vehicles akan dilaksanakan seperti Rancangan Malaysia ke-12.

Scan Eagle merupakan sistem UAS (unmanned Aerial System) berkos rendah, ringn dan mempunyai jarak jangkauan yg jauh, dilengkapi kamera resolusi tinggi serta sistem pandangan malam (Night vision dan thermal vision).

Berasal dari sistem UAS awam SeaScan bagi industri perikanan...Scan Eagle menggunakan catapult sebagai medium pelancaran membolehkan ia dioperasikan diatas kapal2 peronda yg tidak mempunyai geladak penerbangan.

ScanEagle dapat memberikan keupayaan ISR kepada kapal peronda dalam masa sebenar, dengan ketahanan penerbangan sehingga 24 jam, mampu untuk beroperasi sehigga altitud 5944m dengan kelajuan 48knots.

Dilengkapi sistem panduarah GPS dan inertial, Scan Eagle juga mempunyai keupayaan untuk dilengkapkan dengan synthetic arpeture radar NanoSAR....selain kelengkapan ISR bagi tujuan communication relay.

Dua perkara yg membolehkan ScanEagle adalah uav nya sendiri yg ringan dan kompak selain payload nya yg boleh ditukar ganti (samada antara intergrated avionics atau dengan menempatkan NanoSAR)..kit kamera resolusi yg boleh ditukar ganti di medan dengan sensor lain seperti kit elektro optikal dan infra merah...sensor biologi dan kimi..laser designator dan juga magnetometer untuk mengesan anomali magnetik.

Scan Eagle terdiri dari 4 sistem kompak utama...UAV nya sendiri...catapult untuk pelancaran dan Skyhook untuk tujuan recovery UAV kepada induknya serta modul Command and Control.

sumber : Malaysia Military Power

Sunday, March 15, 2020

KAPAL SELAM SCORPENE PILIHAN UTAMA FILIPINA

Kapal selam Scorpane berada dalam list utama senarai perolehannya
Manila - Penubuhan dan pembangunan armada kapal selam untuk Filipina kekal sebagai salah satu keutamaan Angkatan Laut Filipina, lapor PNA

Menurut Laksamana Tentera Laut Giovanni Carlo Bacordo dalam satu wawancara, Filipina sudah memiliki road map, jadi siapa pun
yang menjadi Kepala Staf Angkatan Laut Filipina (PN), menurut rencana jangka panjang, pemilikan kapal selam itu merupakan sebahagian dari rencana yang akan diteruskan.

Bacordo membuat kenyataan ini ketika ditanya sama ada dia akan menumpukan perhatian yang sama mengenai pembelian kapal selam seperti pendahulunya, Timbalan Laksamana Robert Empedrad.

Ini adalah sebab mengapa Tentera Laut Filipina membentuk Kumpulan Submarine, tambah Bacordo.

"Kakitangan di sana, pegawai dan orang yang terlibat, mereka yang menentukan jenis kapal selam yang kita perlukan, mereka yang membuat doktrin yang diperlukan, mereka yang menentukan bagaimana Angkatan Laut akan diatur dengan kapal selam, dan latihan diperlukan," katanya.

Semasa menunggu ketibaan peralatan, Bacordo berkata, pegawai dan kakitangan dari Kumpulan Submarine Filipina telah pergi ke luar negara untuk menjalani latihan bagaimana mengendalikan kapal selam.

"Pegawai-pegawai dan anggota tentera telah pergi ke luar negara untuk latihan, mereka telah ke Korea Selatan, ke Perancis untuk semua latihan kapal selam ini. Oleh itu apabila kapal selam tiba, kita boleh mengatakan bahawa kita sudah bersedia, "katanya.

PN mahu memperoleh dua unit kapal selam diesel elektrik sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memodenkan armada marinnya.

Scorpene, yang sedang dibina oleh syarikat Naval Group pengeluar pertahanan Perancis dikatakan menjadi pilihan utama dari beberapa senarai platform kapal selam oleh Tentera Laut Filipina dimana ianya telah dinilai pada tahun lepas.

Jika menjadi kenyataan, Filipina akan menjadi negara keenam yang akan mengoperasi varian kapal selam Scorpene selain dari Malaysia, India, Australia, Chile dan Brazil.

sumber : JakartaGreater


Tuesday, March 10, 2020

MOKSVA - KAPAL KRUISER KELAS SLAVA TENTERA LAUT RUSSIA

Moksva 121 -krusier peluru berpandu Tentera laut russia
Kruiser Kelas Slava, Moksva milik Tentera Laut Russia merupakan kruiser peluru berpandu (guided missile cruiser ). 

Kruiser Kelas Slava pada asalnya 6 buah dirancang, namun hanya 3 buah berjaya disiapkan. Kapal pertama Kruiser Kelas Slava iaitu Moksva memulakan pembinaan pada 1976 dan siap serta memasuki perkhidmatan Tentera Laut Russia pada 1983.

Menjalani major overhaul antara tahun 1991 dan 1998 dan hanya ditauliahkan kembali sebagai Moskva pada April 2000, menggantikan kapal Kruiser kelas Kynda Admiral Golovko sebagai flagship Armada Laut Hitam.

Buat masa ini Kruiser Moksva akan meneruskan perkhidmatan 10 tahun lagi. Moksva sedang menjalani kerja baikpulih intensif di 13th Shipyard di Sevastopol, Russia sejak 2016.

Kerja baikpulih dan penyelenggaraan melibatkan sistem janakuasa, gas turbin, bahagian mekanikal melibatkan saluran bahan api dan gas. Selain itu, Moksva bakal diintergrasi sistem pemadaman api dan kecemasan moden.

Moksva telah menjalani ujian perlayaran pada Jun 2019 untuk menguji sistem janakuasa dan gas turbin. Ujian seterusnya sepatutnya berlangsung pada Disember 2019 ditangguhkan berikutan masalah dana serta kerja baikpulih perlu dilakukan dibahagian lain.

Kelas Slava mempunyai berat maksimum 12500 tan dan panjang 186.4 meter. Kruiser ini didorong oleh COGOG terdiri dari 2 unit kruiser gas turbin, 4 unit penggalak gas turbin, 2 unit ekzos dandang gas dan 4 gas turbin. Kelas Slava mampu memecut dengan kelajuan 32 knot.

Kelas Slava dilengkapi persenjataan seperti:

- 1 unit meriam berkembar AK-130 130mm
- 6 unit CIWS AK-360 6 barrel meriam 30mm
- 8 unit pelancar berkembar P-1000 Vulcan (SS-N-12 Sandbox) misil anti- kapal
- 8 unit 8 pelancar S-300F (SA-N-6 Grumble) misil anti-udara jarak jauh
- 2 unit 20 pelancar OSA-M (SA-N-4 Gecko) misil anti-udara jarak dekat
- 2 unit 12 pelancar RBU-6000 Roket Anti-Kapal Selam
- 2 unit 5 pelancar torpedo 533mm
- sebuah helikopter Ka-25 atau Ka-27.

Jenis Sistem Navigasi, radar dan sistem kawalan seperti:

- Radar pencarian jarak jauh Voskhod / Top Pair MR-800 siri 3D yang berkuasa
  menyediakan suite digital moden "semua-melihat".
- Radar carian udara Fregat MR-710 3D untuk menentang ancaman udara yang masuk.
- Sistem Navigasi dibantu oleh suite "Palm Frond" dan kawalan kebakaran terdiri
  daripada beberapa pemasangan radar dan sistem yang berkaitan.
- Sistem siri Bass Tilt AK-360 yang mengendalikan ancaman udara jarak dekat
  (termasuk peluru berpandu kruis),
- Sistem kawalan MPZ-301 Baza SAM (Surface-to-Air Missile) dan Pintu C-SSM
  (surface-to-surface Missile).
- Sistem sonar anti kapal selam MG-332 Tigan-2T
- Antena Intercept dan jamming signal (Electronic Warfare)
- Sistem chaff-flare2x 140mm PK-2 DL dipasang untuk menghalang ancaman radar dan
   peluru berpandu.

3 buah Kelas Slava dijangka bakal digantikan dengan Kruiser Kelas Lider yang mempunyai berat 19000 tan dan berkuasa nuklear. Dilaporkan Kelas Lider bakal memulakan pembinaan pada 2023.


sumber: -MDR & Military Factory

Sunday, February 23, 2020

RUSSIA BANGUNKAN HELIKOPTER PENYERANG BARU

Mi-8AMTsh-VN
Pihak Helikopter Russia telah membangunkan sebuah helikopter serangan baru "Airbone Combat Vehicle" yang akan menampilkan senjata khas dan kuasa tembakan yang lebih hebat.

Versi baru ini dikatakan akan meneruskan kelangsungan rekabentuk dari keluarga helikopter Mi-8 dan dikenali sebagai Mi-8AMTsh-VN yang telah dipertingkatkan kemampuan persenjataannya.

Versi Mi-8AMTsh-VN yang direka untuk pasukan khas tentera, memberi lebih fokus kesesuaian airframe dengan sistem persenjataan baru, sistem komunikasi dan sistem pertahanan diri.

Helikopter baru ini dilengkapi dengan :-

1. Sistem avionik baru

2. Dua unit mesingan 12.7mm dipasang dibahagian tepi kiri dan kanan helikopter serta
    disesuaikan dengan gogal penglihatan malam.

3. Kokpit dan sistem utama dipasang armor pelindung dari Titanium aloi untuk lindung
    juruterbang dari tembakan musuh.

4. Bahagian lantai dan kompartment kargo dilindungi oleh armor Kevlar ringan mudah
    alih.

sistem persenjataan Mi-8AMTsh-VN

sumber: Defense.World.net

RTAF BELI 6 HELIKOPTER LATIHAN H135 DARI AIRBUS

H135 helikopter latihan untuk RTAF
SINGAPURA, 12 Feb – Tentera Udara Diraja Thailand (Royal Thai Air Force, RTAF) telah membeli 6 buah helikopter latihan dari Airbus.

Airbus dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembelian helikopter H135 oleh RTAF merupakan tempahan pertama helikopter latihan dari negara Gajah Putih itu.

“Kami berasa bangga dengan pembelian helikopter latihan H135 oleh RTAF. Helikopter ini mempunyai penerimaan yang baik dari pelanggan ketenteraan diseluruh dunia kerana keupayaan dan ketahanannya,

“Ini sekaligus menjadi bukti kepada kami bahawa H135 merupakan platform terbaik bagi memenuhi keperluan latihan sesebuah pasukan tentera udara,” kata Fabrice Rochereau, Ketua Pasara Asia Pasifik Airbus Helicopters.

Beliau menambah, H135 mampu untuk mempertingkatkan mutu latihan RTAF dalam melahirkan juruterbang helikopter yang lebih bermutu.

Dilengkapi dengan avionik Helionix Airbus Helicopters 'suite, H135 menawarkan keadaan keselamatan yang optimum untuk latihan misi asas dan maju, sambil menyediakan platform untuk peralihan perintis yang mudah dan selamat ke helikopter yang lebih advance.

Di samping itu, H135 Tentera Udara Diraja Thai masing-masing akan dikonfigurasikan dengan dua kamera luaran, menyediakan juruterbang dengan pandangan 360 darjah persekitaran luaran.

H135 juga akan dilengkapi dengan sistem taktikal dan peta bergerak Euronav7 untuk kesedaran situasional. Di samping itu, H135 akan dipasang dengan sistem penghawa dingin, tingkap tinted, dan tempat duduk juruterbang yang boleh dilaras tinggi untuk keselesaan.

H135 dijangka akan mula beroperasi dalam RTAF pada tahun 2021.

sumber : airtimes

Sunday, February 9, 2020

SISTEM PESAWAT MPA MALAYSIA (CN-235) DI BAWAH INISIATIF (M.S.I) PENTAGON

CN-235
Malaysia bersedia menukar dua pesawat pengangkut PT Dirgantara Indonesia (PTDI) CN-235 ke pesawat peronda maritim (MPA). Program yang ditandatangani pada DSA 2018 akan dijalankan.

Jeneral Affendi Buang, ketua Angkatan Tentera Malaysia, memberitahu Jane pada 31 Januari bahawa sistem misi di kedua-dua pesawat itu akan disediakan oleh Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Keselamatan Maritim Pentagon (MSI) Pentagon, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Jane memahami bahawa suite misi mungkin termasuk sistem pengawasan maritim Merlin yang dibangunkan oleh Pengawasan Bersepadu dan Pertahanan, Inc (ISD) berasaskan Oregon. Sistem ini telah dipasang pada tiga CN-235, dua daripadanya berkhidmat dengan Tentera Laut Indonesia, yang lain dikendalikan oleh Tentera Udara Indonesia.

Peralatan misi Merlin termasuk radar pengawasan maritim, turet sensor elektro-optik, dan sistem langkah sokongan elektronik.

Skuadron No 1 Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) mengoperasikan tujuh CN-235 dalam peranan pengangkutan dan utiliti.

General Affendi berkata kerja untuk menaik taraf kedua CN-235 dijangka bermula pada tahun ini, mungkin di kemudahan PTDI di Bandung, Jawa, di mana syarikat itu menjalankan program lanjutan perkhidmatan untuk CN-235 RMAF sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan, pembaikan, dan kontrak baik pulih yang ditandatangani pada April 2018.

Dua lagi platform ini juga boleh ditukar menjadi MPA yang menyediakan lebih banyak dana daripada program MSI yang diluluskan.

Opsyen untuk menukarkan pengangkutan ke MPA adalah sebahagian daripada kontrak USD30 juta dengan PTDI tetapi ini belum dilaksanakan sejak kekurangan dana. PTDI pada mulanya menawarkan Sistem Situasi dan Kawalan Maritim Airborne Thales (AMASCOS) dan sensor untuk program penukaran MPA.

Malaysia memesan lapan CN-235 pada tahun 1998 dan penghantaran selesai pada tahun 2001. Satu pesawat telah dilupuskan selepas ia melakukan pendaratan cemas di laut pada Februari 2016.

sumber : Defense Studies


Wednesday, January 29, 2020

PEMBANGUNAN KETENTERAAN NEGARA JIRAN - THAILAND

Kereta Kebal terbaru milik RTA T84 Oplot.
Thailand dilaporkan akan membelanjakan USD 7.6 Billion untuk kententeraan pada 2020 bagi mengukuhkan pasukan Angkatan Tentera Thailand menerusi Bajet Tahunan yang diumumkan Kerajaan Thailand untuk Kementerian Pertahanan Thailand.

Thailand telah lakukan transformasi sejak 2017 untuk memastikan Angkatan Tentera Thailand terus releven terutama Tentera Darat DiRaja Thailand (RTA).

Satu Program Jangka Masa Panjang untuk Transformasi dan Penstrukturan 2017 - 2026 dibentuk bagi memastikan RTA mampu mengantikan aset usang dan berusia selain melakukan Kajian dan Pembangunan (R&D) penghasilan produk ketenteraan buatan tempatan.

Kereta kebal VT4 sebanyak 49 unit di tempah
Ia dimulakan dengan perolehan Kereta Kebal baharu bagi mengantikan kereta kebal "vintage" Perang Dingin M-41A3 Walker Bulldog dengan Kereta Kebal buatan Ukraine T-84 Oplot dan Kereta Kebal buatan China VT-4.

Perolehan T-84 Oplot dilakukan pada 2011 namun penyerahan 48 buah kereta kebal berkenaan alami kelewatan dan hanya selesai diserahkan pada 2018 berikutan Krisis Perang Saudara Ukraine.

Akibat dari kelewatan penyerahan, pada 2017, Thailand dilaporkan membuat perolehan 49 buah kereta kebal VT-4 dari China. Dilaporkan RTA telah menerima kesemua 48 unit kereta kebal berkenaan.
Kereta kebal vintage M41 Wlker Bulldog
Kereta kebal vintage M60 Patton

Thailand masih lagi mempunyai stok simpanan kereta kebal "vintage" Perang Dingin berjumlah 500 buah yang terdiri dari jenis M-60 Patton, M-48 Patton, M-41 Walker Bulldog dan Stingray.

RTA juga mempunyai simpanan stok kenderaan perisai tempur infantri "vintage" V-150 sebanyak 150 buah yang bakal diganti oleh BTR-3E1 dari Ukraine, VN-1 dari China dan M1126 Stryker dari Amerika Syarikat.

Tiga model yang di tempah Royal Thailand Army (RTA) untuk menggantikan model V-150
Pada 2010, Thailand telah menempah sejumlah kenderaan perisai BTR-3E1 dari Ukraine bagi mengantikan V-150. Dilaporkan 288 buah ditempah dengan beberapa unit dipasang secara tempatan secara berlesen. Sebanyak 238 buah BTR-3E1 telah diterima RTA.

Pada 2019, Thailand telah menerima pakej kenteraan dari Amerika Syarikat berupa 60 buah M1126 Stryker dari Amerika Syarikat. Ia merupakan stok simpanan Tentera Darat Amerika Syarikat dan penyerahan kesemua 60 buah telah selesai. Dilaporkan Thailand berminat menambah lagi 60 buah M1126 Stryker.

Selain itu, Thailand dilaporkan menempah 38 buah VN-1 dari China pada 2019. Terdapat laporan Thailand menambah lagi 73 buah lagi VN-1. Kumpulan pertama 38 buah VN-1 dijangka diserahkan pada tahun 2020-2021.


sumber :-Malaysia Defence Review-