Tuesday, November 24, 2020

PEMBINAAN BATCH KEDUA KAPAL SELAM INDO HAMPIR PASTI BATAL

KRI Nagapasa kapal selam Indonesia batch pertama (foto internet)

Nampaknya khabar-khabar angin mengatakan Indonesia membatalkan kontrak pembelian tiga buah kapal selam daripada Korea Selatan semakin pasti, berdasarkan daripada kenyataan terkini daripada pegawai kanan negara jiran kita itu.

Kerajaan Indonesia dan syarikat Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME)  menandatangani perjanjian pada 2011 bernilai US$1.1 billion bagi membolehkan Jakarta memperolehi tiga buah kapal selam untuk memenuhi keperluan 12 buah kapal selam dalam jangka panjang.

Tiga buah kapal selam yang pertama iaitu KRI Nagapasa, Ardadeli dan Alugoro yang berdasarkan kepada Type 209/1400 buatan Jerman telah pun diterima oleh Indonesia untuk digunakan oleh angkatan lautnya. Kapal selam itu adalah daripada jenis diesel/elektrik dan memiliki berat 1,400 tan.

404 KRI Ardadedali kapal selam kedua dari batch pertama

Pembinaan batch kedua tiga lagi buah kapal selam kini berhadapan dengan masalah walaupun kontrak telah pun ditandatangani pada Mac 2019, tetapi sehingga kini kerajaan pentadbiran Presiden Jokowi masih mendiamkan diri sama ada ia masih mahu meneruskan kontrak untuk batch kedua itu.

Pembatalan kontrak batch kedua itu sekiranya benar, mungkin berkaitan dengan tindakan kerajaan Indonesia untuk mengurangkan belanjawan pertahanan negara itu pada tahun depan berikutan masalah pandemik Covid-19.

Keratan rentas kapal selam korea Changbogo

Mengikut perancangan asal, Indonesia sepatutnya mengoperasikan tiga buah kapal selam batch kedua pada 2026, tetapi nampaknya ia tinggal kenangan berdasarkan kenyataan terkini daripada PT PAL, iaitu syarikat pembuatan kapal Indonesia.

PT PAL adalah rakan kongsi kepada DSME kepada usaha membina 12 buah kapal selam itu.

Menurut Plt. Direktur Utama Pal Indonesia Etty Soewardani, beliau ada mendengar tentang khabar-khabar mengatakan kontrak batch kedua kapal selam itu dibatalkan, 

Tetapi dokumen hitam putih tentang pembatalan itu belum ada. maka ia dianggap belum sahih.

Walaupun pembatalan kontrak dengan Korea Selatan bagi batch kedua masih belum dapat dipastikan, tetapi beberapa negara seperti Turki sudah pun menawarkan untuk membina batch kedua kapal selam Indonesia itu.

sumber : Defence Security Asia


Monday, November 16, 2020

A10 THUNDERBOLT II

pesawat A10 Thunderbolt II

Pesawat ini dikhaskan sebagai pesawat anti kereta kebal, dan boleh memusnahkan kereta kebal, kereta perisai dan lain-lain sasaran di darat.

Pesawat ini boleh juga digunakan untuk memberikan kawalan udara hadapan dan memberikan petunjuk kepada lain-lain pesawat penyerang serta misi untuk membantu pasukan-pasukan darat. 

Pesawat bersayap lurus, enjin turbofan berkembar dan satu tempat duduk merupakan keluaran syarikat  Fairchild-Republic untuk United State Air Force (USAF) yang bermula pada tahun 10 Mei 1972 dengan jumlah yang dibina adalah 715 unit. 

Berkelajuan 450 knot (0.75 mach). Bahagian muncungnya di pasang dengan mesingan gatling GAU-8 Avenger 30mm, mampu menembak 3900 butir peluru per minit.

Sistem persenjataan lain yang mampu dibawanya, bom pelbagai guna, bom kluster, bom panduan laser, peluru JDAM, WCMD, peluru berpandu Sidewinder AGM-65 Maverick dan AIM-9, roket dan suar pencahayaan,

Pesawat ini juga pernah digunakan semasa dalam Operasi ;-

•Perang teluk (Operasi Badai Gurun).

•Konflik di Grenada.

•Balkan.

•Afganistan.

•Perang Iraq.

•Perang melawan kelompok ISIS di Timur Tengah.

•Perang Vietnam.

Pesawat A-10 ini juga diguna untuk mengatasi serangan yang dilakukan oleh pasukan pertahanan darat Vietnam yang menggunakan senjata artileri anti udara dan tembakan oleh peluru dari pelbagai kaliber dan juga peluru berpandu permukaan ke udara semasa Perang Vietnam.

Masa ini A-10 Thunderbolt II pun masih boleh menunjukkan ketajaman taringnya. Mungkin hingga tahun 2022 atau bahkan diperpanjang hingga 2040.

sumber : The Malaysian Nation & Military.com


Sunday, November 8, 2020

BUDGET PERTAHANAN 2021


SHAH ALAM: Belanjawan 2021 Kementerian Pertahanan mendapat peruntukan RM15.86 bilion, peningkatan sekitar RM200 juta berbanding anggaran tahun lalu dalam belanjawan 2021 yang baru diumumkan.

Kementerian Dalam Negeri untuk tahun kedua berjalan diperuntukkan sekitar RM1 bilion lebih banyak dengan peruntukan RM16.852 bilion.

Peruntukan gabungan untuk peruntukan pertahanan dan keselamatan dalaman adalah RM32.7 bilion atau 10.1 peratus dari anggaran RM322.5 bilion, 2021 yang tertinggi sejak Merdeka.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam ucapan belanjawannya tidak terlalu banyak menyentuh subsektor keselamatan selain mengumumkan peruntukan untuk kedua-duanya walaupun dia telah mengumpulkan angka ke angka terdekat

Dia juga mengatakan untuk memastikan Angkatan Bersenjata berada dalam tahap kesediaan tinggi, peruntukan penyelenggaraan telah meningkat menjadi RM2.3 bilion tahun ini berbanding RM2 bilion pada tahun sebelumnya.

Ini tentu saja merangkumi anggaran Belanja Operasi (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE).

Walaupun terdapat peningkatan dalam peruntukan keseluruhan, belanjawan OE sebanyak RM11.3 bilion untuk Pertahanan sedikit menurun berbanding tahun lalu sebanyak RM12.496 bilion.

Belanjawan DE menyaksikan kenaikan hampir RM2 bilion - RM4.505 bilion berbanding angka tahun lalu sebanyak RM3.083 bilion.

Peruntukan DE terperinci untuk Tentera Darat adalah RM1.122 bilion, sebahagian besarnya untuk peralatan RM1.02 bilion sementara selebihnya untuk pembinaan.

TLDM memperoleh RM1.193 bilion, sebahagian besarnya untuk peralatan, RM1.148 bilion, selebihnya untuk pembinaan dan TUDM memperoleh RM1.49 bilion, sekali lagi sebahagian besarnya untuk peralatan, RM1.478 bilion.

Bagi Kementerian Dalam Negeri, OE adalah RM13.693 bilion turun daripada angka tahun lalu sebanyak RM13.839 bilion.

DE untuk kementerian pada tahun 2021 lebih tinggi pada RM3.158 bilion berbanding RM3.088 bilion, tahun lalu.

Polis memperoleh sebahagian besar peruntukan DE untuk kementerian, berjumlah sekitar RM1.6 bilion. Peruntukan itu merangkumi dana untuk Air Wing (RM10 juta) dan pesawat (RM3.84 juta).

Sementara itu, APMM memperoleh RM378 juta, sebahagian besarnya kemungkinan akan membayar kapal-kapal yang akan diterima atau yang telah diterima.

Sumber : Malaysian Defence





Wednesday, November 4, 2020

KERETA KEBAL UTAMA (MBT) NEGARA ASEAN

Walaupun pelbagai peralatan senjata yang canggih dihasilkan, Kereta kebal Utama (Main Battle Tank) masih lagi dianggap relevan dalam sebarang pertempuran darat bagi angkatan tentera sesebuah negara.

Negara Asean sejak beberapa tahun kebekangan ini juga tak mahu ketinggalan untuk membeli, memiliki, mengupgrade dan menambah jumlah kereta kebal utama untuk kegunaan tentera darat masing-masing. Depa ni nak perang dengan siapa????

Jom kita lihat berapa banyak kereta kebal utama yang dimiliki oleh negara  Asean, jiran Malaysia ni dari yang lama hingga yang terbaru.....

1. VIETNAM = 1330 unit

MBT type 59 = 350 unit
MBT Type 62 = 70 unit
   
MBT T54/55  = 850 unit
MBT T90S/SK = 60 unit


2. THAILAND = 434 unit

MBT M48A5 Patton = 105 unit 
MBT Type 69-II =53 unit
                                                     
MBT M60A1/A3 = 178 unit
MBT 3000 (VT4) = 49 unit
             
MBT T-84 Oplot = 49 unit

                          
           


        

 



3. MYANMAR (BURMA) = 139 unit

MBT type 59Ds = 160 unit

MBT Type 69/69-II = 130 unit

MBT 2000 (VT3) = 50 unit   

MBT T-72S = 139 unit



4. LAOS = 50 unit

MBT T-72B1 White Eagle = 20 unit
MBT T-54/55 = 30 unit


5. CAMBODIA (KEMBOJA) = 303 unit

MBT T-55 = 103 unit

MBT Type 59 = 200 unit


6. SINGAPURA = 170 unit

MBT Leopard 2SG = 170 unit








7. INDONESIA = 103 unit

MBT Leopard 2 Revolution = 61 unit

MBT Leopard 2A4 = 42 unit



8. MALAYSIA = 48 unit

MBT PT-91M Pendekar = 48 unit










sumber :

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_equipment_of_the_Vietnam_People%27s_Ground_Forces, https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_equipment_of_the_Royal_Thai_Army, https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_equipment_of_the_Myanmar_Army, https://en.wikipedia.org/wiki/Lao_People%27s_Armed_Forces, https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_main_battle_tanks_by_country

Monday, November 2, 2020

LMS KE-3 TLDM SIAP UNTUK JALANI UJIAN DILAUT

LMS ke 3 telah siap  dan sedia menjalani ujian penerimaan di laut

KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Littoral Mission Ship (LMS) ketiga iaitu kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menjalani fasa Ujian Penerimaan di pelabuhan setelah selesai fasa Pembinaan dan diturunkan ke air di limbungan Wuchang Ship Building Industry Group Ltd (WSIG) di Wuhan, China pada 28 Okt lepas. 

Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam kenyataan memaklumkan kapal itu bakal menjalani beberapa siri Ujian Penerimaan di pelabuhan dan seterusnya Ujian Penerimaan di laut sebelum diserahkan kepada TLDM pada penghujung September 2021. 

"Kapal LMS Ketiga ini bakal menyertai Skuadron LMS Ke-11 bersama KD KERIS (LMS Pertama) dan SUNDANG (LMS Kedua), dan sebuah lagi kapal (LMS Keempat) dijangka akan dilancarkan pada November 2020.

"Bakal Warga Kapal (BWK) LMS Ketiga dijangka akan diatur gerak ke China bagi menjalani latihan penyesuaian pada Mei 2021 di China,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan upacara rasmi penamaan LMS Ketiga ditangguhkan dan akan dilaksanakan serentak dengan upacara penyerahan fizikal kapal itu yang dijadualkan pada September 2021 disebabkan penularan COVID-19.

Sehubungan itu, bagi penyerahan SUNDANG (LMS Kedua) yang dijadualkan pada 12 April 2020 turut terjejas susulan pandemik COVID-19 dan akan diserahkan kepada kerajaan apabila BWK SUNDANG selesai menjalani latihan penyesuaian yang tertangguh di China.


Perolehan kapal-kapal LMS dilaksanakan di bawah Kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).

Perjanjian telah dimeterai pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama pihak China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC), China.

LMS merupakan salah satu daripada lima kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15 to 5.

LMS berkemampuan melaksanakan tugas rondaan, pengawasan maritim, mencari dan menyelamat (SAR) di samping menguatkuasakan undang-undang maritim Malaysia.


Sumber : Bernama & suaramerdeka.com


ATM MINTA TAMBAH BUDGET PERTAHANAN 2021


Angkatan Tentera Malaysia meminta supaya bajet untuk pertahanan di tambah dalam Bajet 2021 bagi menangani pelbagai isu keselamatan negara terutama di Pantai Timur Sabah

Berdasarkan carta diatas budget pertahanan Malaysia semakin menurun dan tahun 2018 mencatat budget pertahanan yang paling rendah.

Matematiknya simple je

Bajet pertahanan rendah = ancaman musuh + pencerobohan + penyeludupan + kerugian hasil pendapatan ekonomi berbilion meningkat dan merugikan negara + negara lain pandang hina

Bajet pertahanan OPTIMUM (MMP tak cakap pun nak tinggi) = ancaman musuh + pencerobohan + penyeludupan + kerugian menurun + cegah rintang + naikkan negara + boleh menjadi ally yang boleh di harap dalam keselamatan Asean dan Laut Champa + boleh berdiri sama tinggi dalam diplomasi

Jangan rasuah, jangan biarkan babi politik buat lantikan politik dalam kementerian sensitif yang penting dalam keselamatan negara. 

Sumber : MMP

Tuesday, October 27, 2020

SABRAH LIGHT TANK DARI ELBIT SISTEM PILIHAN FILIPINA UNTUK TANK RINGAN.


Tentera Filipina dikatakan telah memilih Sabrah Light Tank dari Elbit sistem sebagai pemenang Program Pemerolehan kereta kebal ringan.

Kereta kebal ringan ini mempunyai meriam 105mm yang di kacukan dengan turet ASCOD armoured infantry fighting vehicle (AIFV)

Tentera Filipina sebelum ini mengendalikan kereta kebal ringan Alvis FV101 Scorpion, 76mm. 

Sejumlah 18 unit kereta kebal buatan Inggeris ini dihantar pada tahun 1977 tetapi telah ditamatkan perkhidmatannya beberapa tahun yang lalu. 

Menurut Elbit, "Kereta kebal ringan Sabrah didasarkan pada platform yang bertrack atau beroda, sebagai sebahagian dari kerjasama global Elbit Systems dengan pengeluar platform ketenteraan peringkat satu.

Selain Elbit sistem, terdapat tiga lagi syarikat yang menawarkan kereta kebal masing-masing dalam program ini. 

1. Korean Hanwha Sistem dengan model K21-105 berdasarkan casis kenderaan tempur infanteri K21 dengan sistem turet Cockerill XC-8.

2. Otokar Turki dengan model Arma 105 berdasarkan pada casis pembawa perisai beroda berperisai Arma dengan sistem turet Cockerill CT-CV.

3. Syarikat Indonesia PT Pindad dengan Kereta kebal Sederhana - Harimau / Kaplan MT. Sistem meriam 105mm.

Kaplan MT /Harimau

Pemilihan Sabrah sangat mengejutkan kerana kereta kebal sederhana Indonesia, PINDAD Harimau / Kaplan MT - 105mm  sebelum ini dilihat sebagai calon kegemaran untuk memenangi pertandingan ini. Media Indonesia telah melaporkan bahawa Filipina menunjukkan minat yang besar terhadap Harimau.

Beberapa pakej tambahan yang menarik ditawarkan bersama kereta kebal Sabrah melebihi pesaing lain menyebabkan kemenangan Elbit sistem dalam pertandingan ini.

Persenjataan utama Sabrah adalah meriam berukuran 105mm (dengan 36 unit peluru, termasuk 12 di turet dan 24 di hull) dengan sistem autoloader dan mesingan 7.62mm yang digabungkan dengannya.  Jarak efektif tembakan adalah 3600 m.

Peralatan lain merangkumi sistem kawalan tembakan, pengintai laser, dan pemandangan panoramik dalam bentuk kepala optoelektronik.

Dengan kemasukan kereta kebal baru ke dalam perkhidmatan tentera Filipina akan membolehkan  keupayaan tempurnya meningkat dengan ketara.

sumber : bulgarianmilitary.com & Malaysian flying Herald

LMS KERIS BERDEPAN MASALAH SETELAH BEROPERASI

LMS KD Keris mengalami sedikit masalah semasa beroperasi : foto dr internet

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima kapal Littoral Mission Ship (LMS) yang pertama daripada empat dipesannya daripada China pada awal Januari lepas.

Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas menerimanya, TLDM telah pun mengesan beberapa kerosakan (deficiencies) pada KD Keris (LMS 111) yang baru diterimanya daripada China itu dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah-masalah terbabit.

TLDM sebagaimana didedahkan oleh majalah pertahanan antarabangsa, Janes, sedang berbincang dengan beberapa kontraktor di dalam usaha mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang berlaku itu.

Mereka juga berusaha untuk memastikan masalah yang sama tidak dihadapi oleh tiga buah kapal LMS yang kini sedang dibina di China pada ketika ini.

Malaysia menandatangani perjanjian pembelian empat buah kapal LMS dengan China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) pada April 2017 bernilai RM1.17 billion.

Ia adalah pembelian kapal perang yang pertama daripada China kerana sebelum ini kesemua kapal-kapal TLDM sama ada dibina di limbungan kapal tempatan atau negara-negara Barat.

Menurut Janes, antara masalah yang dihadapi oleh KD Keris sebagaimana maklumat yang diberikan oleh sumber di dalam industri, adalah membabitkan sistem sensor dan sistem pengurusan kombat yang dibekalkan oleh syarikat daripada China.

Menurut majalah pertahanan antarabangsa itu, kapal KD Keris yang memiliki panjang 68 meter itu dilengkapi dengan OFC-3 electro optical tracking system yang dibekalkan oleh syarikat Huazhong Institute of Electro Optics, radar permukaan dan udara daripada syarikat Nanjing Marine Radar Institute.

KD Keris menurut Janes, juga dilengkapi dengan sistem Electronic Support Measure (ESM) daripada Southwest Institute of Electronic Equipment of China.

Kapal LMS TLDM terbabit juga dilengkapi dengan radar navigasi VisionMaster FT250 daripada Sperry Marine, yang juga menampilkan Automatic Identification System (AIS) dan Electronic Chart Display And Information System (ECDIS).

Daripada segi persenjataan pula, kapal TLDM itu dilengkapi dengan satu meriam 30mm CS/AN3 daripada Chonging Chang’an Industrial Group Limited dan  dua mesingan CS/LM6 12.7mm daripada Sichuan Huaqing Machinery Company Limited.

sumber : defence security asia

Sunday, October 25, 2020

RAPIDFIRE 40MM (TA40 AA) NAVAL GUN DARI NEXTER

Nexter Rapidfire 40mm sistem meriam Naval : sumber internet

Pada edisi digital Euronaval Online 2020, pameran maya industri pertahanan laut dan keselamatan maritim antarabangsa, Syarikat Perancis Nexter Systems mempersembahkan RapidfFire 40mm, sistem senjata tentera laut generasi terbaru yang dikembangkan bersama oleh Nexter Systems dan Thales.

Sistem meriam naval RapidFire 40mm (TA40 AA) diletakkan pada dek kapal terdiri daripada penstabil-gyro yang dilengkapi dengan meriam CTA 40, Case Telescoped Armament System (CTAS), yang dirancang untuk menembak peluru teleskop 40mm.

Sistem senjata naval RapidFire 40mm menawarkan sistem pertahanan udara jarak jauh baru yang mampu memusnahkan pelbagai jenis ancaman udara termasuk sasaran berpemandu dan tanpa pemandu. 

Ia dilengkapi sistem senjata pelbagai ancaman (udara dan permukaan) generasi terbaru, sistem persenjataan multi- environment (darat dan laut), dengan engagement commensurate setara dengan nilai ancaman.

RapidDFire adalah sistem senjata yang menawarkan ketepatan tinggi berkat sistem kawalan tembakan optronik yang terintegrasi pada turet, algoritma canggihnya, persenjataan yang ampuh dan sistem pengurusan peluru automatik yang memungkinkan kereaktifan dan kecekapan terbaik bagi pengendali.

Senjata tentera laut RapiFire 40 mempunyai kadar tembakan hingga 200 pusingan per minit menggunakan peluru letupan udara (airburst). Konsep peluru letupan udara muncul untuk meningkatkan kecekapan sistem senjata itu terhadap peluru berpandu udara ke permukaan, UAV, serangan bot laju dan lain-lain. 

Ideanya pada dasarnya adalah untuk mewujudkan awan zarah yang mempunyai tenaga kinetik tinggi dan kemampuan kuasa penembusan pada tahap ancaman dan dapat mencapai sasaran yang sangat sukar untuk dilakukan dengan peluru biasa.

RapidFire 40mm mempunyai jarak tembak efektif 4,000 meter terhadap sasaran udara dan hingga 2,500 meter terhadap ancaman permukaan. Ia dapat dinyalakan dalam mod automatik sepenuhnya dan dilengkapi dengan saluran TV siang hari, sistem inframerah dan serta laser range finder.

sumber: navyrecognition.com

Thursday, October 22, 2020

ADAKAH 6 BOT NELAYAN CHINA DITAHAN APMM DI TANJUNG SEDILI ITU BETUL BOT NELAYAN ATAU....

Sebahagian bot-bot nelayan China yang ditahan di Tanjung Sedili oleh APMM : foto ihsan Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan enam buah bot nelayan China di perairan Johor Timur semalam.

Penahanan keenam-enam buah bot nelayan China itu dilakukan oleh Zon Maritim Tanjung Sedili.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, pihaknya menerima maklumat tentang pencerobohan bot-bot nelayan China itu daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ).

“Kapal peronda APMM kemudiannya telah mengesan bot-bot nelayan itu dan mendapati kesemua bot itu berada pada kedudukan 2.1 dan 2.3 batu nautika selatan Tanjung Setapa.”

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bot nelayan China itu berdaftar di Qinhuangdoa dan dikendalikan oleh enam nakhoda serta 54 anak kapal berusia di antara 31 hingga 60 tahun, “ menurutnya.

Mereka katanya dalam perjalanan ke Mauritania.

Wang Yi ketika bertemu Datuk Hishammuddin di Putrajaya : foto internet

Apa yang menarik adalah, penahanan bot-bot dan nelayan China itu berlaku beberapa hari sebelum Menteri Luar China Wang Yi mengunjungi Malaysia untuk bertemu dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Adakah menteri luar China ini akan menyentuh isu ini ketika bertemu dengan Menteri Luar  Malaysia?

Secara hakikatnya, isu bot-bot nelayan itu adalah terlalu kecil untuk dibincangkan oleh kedua-dua Menteri Luar, kecuali jika apa yang ditahan oleh APMM dua hari lepas itu bukanlah bot nelayan.

Jika ia bukan bot nelayan, bot-bot apakah itu? adakah ia bot "militia maritim".

Pada ketika ini banyak negara menggunakan “militia maritim” dalam melaksanakan kerja-kerja sebagai anggota para militari untuk menegakkan tuntutan mereka dalam sesuatu pertikaian maritim, maka siasatan lebih terperinci terhadap “nelayan” China yang ditahan itu perlu dilakukan dengan lebih mendalam.

Menurut penganalisis barat, China dan Vietnam banyak menggunakan khidmat “militia maritim” dalam pertikaian tentang Laut China Selatan.

“Militia Maritim” yang menyamar sebagai nelayan akan bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada negara mereka tetapi mampu bertindak agresif jika dicabar.

Kapal Hai Yang Di Zhi 8  : foto Internet

Ketika kapal penyelidik marin Hai Yang Di Zhi 8 belayar di Laut China Selatan, kapal itu bukan sahaja diiringi oleh kapal-kapal pengawal pantai China tetapi juga bot-bot kecil umpama bot-bot yang menurut pertubuhan bukan kerajaan, Asia Maritime Transparency Institute (AMTI) adalah “militia maritime.” 

Bot-bot militia maritime ini boleh berada di sesuatu kedudukan sehingga berminggu hanya semata-mata untuk memerhati sasaran mereka.

Menurut admin Defence Security Asia, ia musykil kerana bot yang ditahan tidak menyerupai bot nelayan biasa tetapi lebih kepada bot pelbagai guna. Adakah ia survey vessel?

Jika tujuan mereka ke Mauritania, ianya sangatlah jauh dan mampukah bot sebegini tahan menghadapi ombak besar sepanjang perjalanan ke Benua Afrika?  Wallahualam…..

sumber : Defence Security Asia

Wednesday, October 21, 2020

KERETA KEBAL KOREA UTARA " SONGUN-HO"

Kereta kebal Songun-ho pada hari perarakan di Korea Utara

Songun-Ho merupakan model yang ditingkat upaya yang berpandukan model kereta kebal yang sebelumya iaitu Pokpung-ho dan Chonma-ho

Mula diperlihatkan kepada umum pada tahun 2010 dalam perarakan ketenteraaan di Pyongyang.

Merupakan kereta kebal buatan tempatan, dengan turetnya hampir menyamai turet T62 tetapi sedikit tinggi.

Rekabentuk turet yang sedemikian membolehkan lebih ruang kepada kru dan kelebihan pada sudut persenjataan yang sesuai dengan keadaan pergunungan di Korea.

Meriam utama 2A46 125 mm dan pengisian peluru secara manual yang memerlukan 4 kru untuk mengoperasikan kereta kebal ini. Sistem Laser rangefinder terletak diatas laras meriam.

Terdapat juga jammer IR yang dipasang bersama dengan alat pemadam api automatik dan perlindungan anti-EMP.

Ractive armor dipasang pada depan turet dan depan pemandu

Mesingan anti udara KPV 14.5mm dipasang pada turet. Selain itu ia dilengkapi dengan  dua tiub pelancar ATGM Bulsae-3 ("Firebird-3"), yang dikatakan setara dengan ATGM Kornet Rusia. Turet Songun-Ho juga dilengkapi dengan pelancar MANPADS.

Enjin yang digunakan dikatakan adalah serupa dengan enjin T-72 diesel V12 1200 hp yang menghasilkan maksimum kelajuan 60 - 70 kilometer per jam.

Turet Songun-Ho dikatakan di lindungi dengan explosive rective armor buatan soviet Kontakt ERA 1(out dated) yang hanya dipasang pada bahagian hadapan turet.

Berat kereta kebal ini ialah 44 tan, 3.5 meter lebar dan 2.41 meter tinggi. Diberitakan terdapat lebih 100 unit kereta kebal ini dihasilkan.

sumber : military today & massimotessitori.altervista


Sunday, October 11, 2020

APMM SARAWAK AKAN TERIMA OPV BARU PADA SUKU PERTAMA TAHUN DEPAN

OPV terbaru Maritim Malaysia : foto Internet

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak akan menerima kapal peronda luar pesisir (OPV) terbaru selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan, kata Ketua Pengarah APMM Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di sini hari ini, Mohd Zubil berkata tiga OPV berharga kira-kira RM700 juta, kini sedang dibina di Klang dan apabila siap, mereka akan dihantar ke Sarawak, Sabah dan Pahang.

Katanya, OPV, berukuran 83 meter dan lebar 13.7 meter, yang mampu melakukan rondaan di laut sehingga 30 hari tanpa harus kembali ke pangkalan dan dapat membantu membendung masalah pencerobohan asing.

"Dengan adanya aset baru lain seperti OPV, kemampuan kita dalam memantau pencerobohan air termasuk oleh nelayan haram dapat ditingkatkan dengan lebih baik," katanya.

Selain OPV, Mohd Zubil berkata, APMM juga akan memiliki empat helikopter bersaiz sederhana tambahan yang dijangka dihantar pada akhir tahun ini.

Setakat ini, katanya MMEA memiliki 261 bot dan kapal, enam helikopter dan dua pesawat Bombardier.

Sementara itu, Mohd Zubil menasihati nelayan di negeri ini untuk mengutamakan keselamatan mereka dengan memakai jaket keselamatan ketika mereka berada di laut.

Katanya, walaupun bukan tugas APMM untuk memantau keselamatan nelayan, kadar kelangsungan hidup mereka akan sangat tinggi jika mereka memakai jaket keselamatan.

"Sekiranya seseorang tidak memakai jaket keselamatan, kadar kelangsungan hidupnya mungkin akan bertahan selama berjam-jam bertahan berbanding lapan jam atau lebih jika memakai jaket keselamatan," tambahnya.

Fungsi pagi ini turut menyaksikan Zubil menyaksikan penyerahan tugas antara pengarah Laksamana Pertama APMM Sarawak, Laksamana Pertama (Maritim) Robert Teh Geok Chuan dan pengarah negeri yang baru Kapten (Maritim) Zin Azman Md Yunus.

Teh, yang pernah menjadi pengarah APMM Sarawak selama dua tahun terakhir dari 28 Mei 2018 hingga 21 September, tahun ini akan bersara tahun depan, sementara Zin Azman sebelumnya adalah timbalan pengarah APMM Sarawak.

sumber : Borneo Post



TENDER KENDERAAN PERISAI UNTUK MALBATT SEDANG BERJALAN

3 jenis MRAP yang mungkin akan masuk tender : foto internet

Tender 20 buah kenderaan perisai untuk pasukan pengaman MALBATT kini memasuki fasa pengenalan pesaing. Dilaporkan beberapa pengeluar kenderaan perisai dari Turki dijangka berkolaborasi dengan syarikat tempatan untuk bersaing mendapatkan kontrak berkenaan dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

Spesifikasi kenderaan perisai adalah sama seperti IAG Guardian yang digunakan ketika ini oleh pasukan MALBATT di Lubnan. Kenderaan perisai jenis 4x4 dan dari jenis "Mines-Resistant Ambush Protected" (MRAP). 

Ia akan dilengkapi perlindungan jenis "Slat Armor" yang mampu menahan letupan dari Pelancar Roket (RPG) dan periuk api. Dijangka sistem persenjataan automatik "Remote Weapon Station" (RWS) akan dipasang pada kenderaan perisai terbabit.

Nurol Makina Ejder Yalchin 4x4 merupakan kenderaan perisai MRAP tidak asing bagi Malaysia apabila diperkenalkan pada 2018 dengan  diuji oleh Tentera Darat Malaysia.

Dikuasakan oleh enjin diesel Cummins, ia memberi kuasa 300hp dan mampu mencapai kelajuan 110kmj dan jarak maksimum jangkauan 600km. 

Ejdet Yalchin 4x4 dilaporkan menerima tempahan besar dari beberapa negara antaranya Tunisia (70), Qatar (900) dan Uzbekistan (1024). 

Pengeluar kenderaan perisai Turki, BMC dijangka menawarkan kenderaan MRAP keluarannya iaitu BMC Kirpi. BMC Kirpi diasaskan dari kenderaan MRAP Hatehof Navigator dari Israel.

BMC Kirpi merupakan kenderaan perisai utama  untuk Angkatan Tentera Turki terdiri kenderaan perisai 4x4 dan 6x6. Kenderaan perisai BMC Kirpi kelihatan semasa pertempuran antara Turki dan Kurdiah di Utara Syria. Lebih 2000 buah BMC Kirpi pelbagai varian dalam pegangan Angkatan Tentera Turki dan turut digunakan oleh Tunisia dan Turkmenistan.

Otokar Kaya merupakan kenderaan perisai 4x4 jenis MRAP keluaran Otokar dari Turki. Ia diasaskan dari kenderaan taktikal Unimog 500 sama seperti kenderaan perisai Condor yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.

Otokar Kaya dikuasakan enjin diesel 4 silinder yang memberikan kuasa 218hp dengan kelajuan maksimum 96kmj dengan jarak maksimum operasi 800km.

Belum dipastikan penawaran telah dibuat atau tidak, tetapi dijangka perolehan ini penting mengantikan kenderaan perisai Condor yang digunakan oleh MALBATT yang telah digunakan di Somalia, Bosnia, Kosovo dan Timor Leste. 

Kerjasama antara syarikat Turki dan Malaysia adalah penting bagi pembangunan teknologi bersama. Namun ketika ini, Turki mengalami tekanan antarabangsa akibat campurtangan Turki di Krisis Syria, Libya dan Nagorno-Karabakh (Armenia - Azerbaijan). 

Malaysia dijangka menjadi pilihan Turki untuk berkerjasama berikutan berikutan 2 negara telah lama mempunyai hubungan diplomatik yang baik. Ini penting bagi Turki bagi meredakan tekanan dan sekatan dengan Malaysia sebagai destinasi yang baik serta bebas dan berkecuali dalam isu antarabangsa.

sumber : Malaysia Defence Review

Saturday, September 26, 2020

APMM LETAK KAPAL 24/7 DI BETING PATINGGI ALI

Kapal APMM sedang shadow kapal CG china : sumber internet



















.

Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa berada berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) bagi mengawasi kapal pengawal pantai China.

Ketua APMM Miri Md Fauzi Othman berkata, kapal APMM itu akan berada di kedudukan itu 24/7 (24 jam 7 hari seminggu) bertujuan memelihara kedaulatan negara.

Di dalam  jargon ketenteraan/keselamatan, kapal APMM itu akan “shadow” kapal pengawal pantai China itu di Beting Patinggi Ali.

“Ia tidak dapat dinafikan bahawa kapal pengawal pantai China sentiasa berada di lokasi itu,” katanya sebagaimana dipetik oleh akhbar Borneo Post di Miri.

Beliau berkata, kapal pengawal pantai China itu berada di perairan berhampiran Beting Patinggi Ali sejak 2013 dan pihak APMM turut bertindak dengan meletakkan asetnya di kawasan itu sepanjang masa bagi mengawasi kapal negara Komunis itu.

Walaupun kapal-kapal APMM dan China hanya berada 20 batu nautika di antara satu sama lain, tetapi tidak pernah berlaku konfrontasi sesama mereka.

Hanya kapal-kapal milik Malaysia dan China berada di perairan itu, katanya sambil menambah, ia tidak melibatkan negara lain.

Beting Patinggi Ali hanya terletak 84 Batu Nautika daripada pantai Bintulu, di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Menurut data daripada Marine Traffic sebagaimana dipetik oleh portal Malaysiakini, kapal Pengawal Pantai China (CCG 5202) berada di perairan Beting Patinggi Ali pada Julai lepas.

Kehadiran kapal CCG 5203 turut dikesan dari 23 Disember tahun lalu hingga 13 Jan tahun ini; 16 Jan hingga 1 Februari; 6 Februari hingga 17 Februari, dan 2 April hingga 23 Mei.

Kapal CCG 5204, sementara itu, dikesan dari 17 Februari hingga 2 April dan dari 22 Mei hingga 7 Julai.

Set data tersebut juga menunjukkan kapal CCG hanya direkodkan sebagai “Pengawal Pantai China” dan dikesan berhampiran Luconia Shoals dari 13 Jan hingga 16 Jan.

Berdasarkan set data, tempoh antara 2 Februari dan 5 Februari adalah satu-satunya tempoh tahun ini di mana tiada kapal CCG di Beting Patinggi Ali.

Baru-baru ini, Jabatan Audit Negara di dalam laporannya mengatakan kapal-kapal milik Pengawal Pantai China dan Tentera Laut China telah menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019, terutama di Beting Patinggi Ali.

Beijing mendakwa memiliki “hak bersejarah” di Laut China Selatan termasuk Beting Patinggi Ali.

Bagaimanapun, tuntutan China itu yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

sumber : Defence Security Asia