Styer AUG-A1 |
AUG ialah Armee-Universal-Gewehr, bermaksud "Universal Army Rifle."
Ianya kerap digunakan sebagai rujukan untuk versi yang spesifik, terutamanya versi initial iaitu 5.56 mm NATO bullpup assault rifle.
Digunakan oleh banyak negara dan organisasi dan merupakan senjata utama yang digunakan dalam perkhidmatan angkatan tentera Austria, Australia, New Zealand, Luxembourg, Ireland, Oman, Argentina, Indonesia dan juga Malaysia.
Steyr AUG adalah diantara senjata yang direka menggunakan prinsip a bullpup, ini menjadikan ia 25% lebih pendek barrelnya berbanding barrel biasa senjata lain, tanpa menganggu ballistic performance.
Kebanyakan versi yang dikilangkan-dilengkapi dengan 1.5x magnification optical sight/carrying handle. Steyr AUG ini umumnya dianggap sebagai raifal combat yang mempunyai rekabentuk ergonomik moden.
Pemilihan tembakan senjata Steyr AUG dikontrol oleh picu senjata tersebut.
Terdapat 2 peringkat tembakan yang boleh dilakukan iaitu untuk tembakan separa-automatik picunya hanya perlu ditarik separuh sahaja, manakala untuk tembakan automatik picunya ditarik hingga kebelakang.
AUG menggunakan NATO kartrij 5.56 × 45mm dan standard 1: 9 rifling twist akan menstabilkan kedua-dua peluru jenis SS109 / M855 dan M193.
Ada beberapa negara termasuk Australia dan New Zealand menggunakan versi rifling twist 1: 7 dengan sentuhan dioptimumkan untuk peluru versi NATO SS109.
Steyr AUG
mula digunakan oleh TDM dipenghujung tahun 1990-an. Ia digunakan oleh TDM untuk
menggantikan senjata M-16.
Versi Styer AUG A3 |
No comments:
Post a Comment