Wednesday, January 7, 2015

KERETA KEBAL T-55 RUSIA



T-55 Rusia
T-55 adalah kereta kebal serdahana (Medium Battle Tank) buatan Russia. Ia merupakan versi  tingkat upaya dari T54. Berbentuk trek dimana terdapat  5 roda pada treknya.  

T-55 mempunyai badan yang rendah silhouetted dengan turet berbentuk kubah dipasang diatas roda track ketiga

T-55 telah diperkenalkan pada tahun 1958 dgn menggabungkan semua elemen yang terdapat pada T54 dan menambahbaik lagi tanpa mengubah rekabentuk dan rupa asalnya.

Selain dilengkapi dengan meriam utama 100mm D-10T2S. T55 dipasang dengan mesingan sepaksi 7.62 mm dan juga bow-mounted mesingan 7.62-mm.  Dikendalikan oleh 4 orang anggota.


T-55 juga mempunyai dua satah penstabilan pada meriam utama dan bukannya penstabilan secara menegak dan mampu menembak sebanyak 43 pusingan. Kadar tembakan ialah 5-7 pusingan/min

Semua T-55 mempunyai sistem pengesanan radiasi PAZ, pelapik anti-radiasi dan juga mungkin telah dipasang dengan sistem perlindungan NBC (Nuclear, Biology and Chemical) secara kolektif penuh.

Ia dilengkapi dengan enjin diesel  580 hp V-12 Water-cooled berbanding enjin lama hanya 520 hp, meningkatkan  jarak perjalanan hingga 500km. Jika di lengkapi dengan tangki tambahan yang terletak dibelakang , ia mampu menambah jarak perjalanannya hingga 715km. 

Dengan berat 36 tan, kelajuan maksima T55 ialah 50 km/jam iaitu diatas jalan utama. Jika dikawasan tanah beralun kelajuannya hanya 35km/jam

Untuk sistem perlindungan tambahan T-55 telah dilengkapi dengan bra-armor’, iaitu perisai separuh bulat, yang meningkatkan perlindungan turet kepada 330 mm tebal (depan)dan 400-450 mm (Kiri dan Kanan turet). 

Penambahbaikan lain yang disediakan termasuk bahagian bawah badan kereta kebal ini diperkukuh dari letupan periuk api, enjin yang lebih baik, pad trek getah dan sarung haba untuk meriam.

T55 telah dioperasikan oleh 59 buah negara dan telah terlibat dalam banyak peperangan seperti perang Vietnam, pencerobohan di Hungary pada tahun 1956, Czechoslovakia pada tahun 1968, dan Syria pada tahun 1970, ia juga merupakan kereta kebal utama pihak Arab dalam tahun 1967 dan 1973 iaitu peperangan dengan Israel.


T55 dalam perbarisan


T55 di guna dalam perang saudara di Syria

No comments: