M2/M2A4
M2 (T2E1)adalah versi
awal kereta kebal ringan, pada 1935
versi M2A1 dikeluarkan iaitu hanya 10 buah sahaja.
Kereta kebal Ringan M2A4
adalah versi yang terakhir dan pengeluaran utama dalam siri M2 ini itu
dibangunkan di Rock Island Arsenal. Sebanyak 375 buah dihasilkan
sehingga april 1942.
Dibina pada tahun 1939,
dilengkapi dengan meriam 37 mm dipasang pada turret
serta mesingan 12.7mm M2 Browning dan 7.62mm M1919 Browning.
M2A4 juga dilengkapi dengan enjin Continental W670-9A bersamaan 245 kuasakuda. Dalam
pengeluaran yang kemudiannya ia dilengkapi dengan enjin Guiberson
T1020 diesel.
Disember 1941 serangan Jepun keatas Pearl harbour,
merupakan titik permulaan penglibatan Amerika Syarikat dalam kancah perang
dunia ke 2.
M2A4 dilihat terlibat dalam pertempuran awal Pasifik di Filipina. Ia juga terlibat dalam
pertempuran di Guadalcanal dan pertempuran di Burma
serta India dibawah tentera British dalam menghadapi Regimen kereta kebal ke 14
Angkatan tentera Imperial Jepun.
Kereta kebal siri M2
ini semasa perang sedang berlangsung telah dianggap ketinggalan zaman mengikut
standard Eropah semasa itu.
Ini menyebabkan pihak Amerika mula menggantikannya dengan kereta kebal yang lebih berupaya seperti kereta kebal ringan M3/M5 Stuart pada March 1941
Ini menyebabkan pihak Amerika mula menggantikannya dengan kereta kebal yang lebih berupaya seperti kereta kebal ringan M3/M5 Stuart pada March 1941
M3 Stuart
Stuart M3, secara
rasmi Kereta kebal Ringan M3, kereta kebal ringan Amerika Perang Dunia II. Ia
telah dibekalkan kepada tentera
British dan Komanwel di bawah
sistem pajakan sebelum
kemasukan Amerika Syarikat ke dalam
peperangan. Selepas itu, ia telah digunakan oleh tentera AS dan Bersekutu sehingga akhir perang.
Mengambil
iktibar dari peristiwa di Eropah, pereka kereta kebal Amerika menyedari bahawa
kebal Ringan M2 telah menjadi usang dan perlu ditingkat upaya.
Reka bentuk
dinaik taraf, dengan perisai lebih tebal, suspensi diubahsuai dan sistem meriam
recoil yang baru. Ianya kemudiannya dipanggil "Kereta kebal Ringan
M3".
Pengeluaran
kenderaan itu bermula pada Mac 1941 dan berterusan sehingga Oktober 1943
Seperti kereta kebal sebelumnya M2A4, M3 pada mulanya bersenjata dengan 37mm (M5
Gun) dan mesingan Browning M1919A4, di atas turet dipasang mesingan anti
pesawat M20.
Enjin untuk
versi awal ialah Continental W-670-9A, 7 selinder (250hp). versi baru telah dibangunkan menggunakan enjin berkembar Cadillac V-8 dan
transmisi Hydra-Matic.
M3/M5 terlibat dalam beberapa
pertempuran seperti Operasi Crusader di Afrika utara dimana 170 buah kereta
kebal M3/M5 Stuart terlibat menentang tentera Jerman
M3 Stuart yang ditawan oleh pihak Jepun |
Pertempuran seterusnya ialah di
Filipina dimana 108 buah M3/M5 Stuart dioperasikan dibawah Rejimen 194 dan 192
Batalion Kereta kebal.
Ia digunakan untuk hadapi kereta
kebal ringan Jepun jenis Type 95 Ha-Go dari Rejimen ke 4 tentera Imperial
Jepun. Dimana M3 Stuart telah terlibat dalam pertempuran antara kereta kebal
dengan Type 95 Ha Go diutara Damortis.
M22 Locust
M22 Locust |
Locust memulakan produksi pada tahun 1941 selepas Pejabat
Perang British meminta agar kerajaan Amerika mereka bentuk kereta kebal ringan yang boleh diangkut oleh kapal terbang peluncur ke dalam
pertempuran untuk menyokong angkatan udara British.
M22 (T9) telah dilengkapi dengan meriam utama 37
milimeter (1.5 in) dan Mesingan Browning M1919A4 mesingan sepaksi, dan juga dua
lagi mesingan di sebelah kanannya.
Meriam utama dan mesin-gun sepaksi telah
dipasang di bahagian turet, yang juga telah dipasang penstabil meriam
membolehkan ia melakukan tembakan semasa
kereta kebal itu bergerak.
M22 telah
dipasang dengan enjin Lycoming enam silinder 162 hp serta air-cooled, dapat
memberikan kelajuan maksimum 40 mph (64 km / h).
Ketebalan
perisai juga diubah; depan, belakang dan sisi badan kereta kebal itu mempunyai
ketebalan 12.5 milimeter (0.49 inci) manakala bahagian curam (slope) dari badan
kereta kebal itu mempunyai ketebalan 9.5 milimeter (0.37 inci).
M22 keluar dari kapal terbang peluncur |
Terdapat
beberapa kelemahan yang ketara menyebabkan pihak Amerika tidak menggunakanya sebagai kereta kebal utama antaranya perisai yang nipis, meriam utama 37mm kurang berkuasa untuk memusnahkan kereta kebal musuh serta masalah dari segi rekabentuk, enjin kurang berkuasa, tork enjin dan sistem gear yang tidak cekap.
Kereta kebal M5 adalah kereta kebal ringan M3 yang telah diubahsuai dengan memberi kuasa baru dan susun atur perisai yang lebih baik.
Pemandu mempunyai hac
mereka sendiri yang dilengkapi dengan
periscopes. Pandangan utama bagi pemandu adalah
melalui dua peepholes yang ditutup dengan palam
keluli dan disambung dengan rantai.
M5
bagaimanapun masih mengekalkan meriam 37mm M6 sebagai senjata utama dan Mesingan Browning M1919A4 mesingan sepaksi, dan juga dua lagi
mesingan di sebelah kanannya.
M5 Stuart
(light tank)
M5 Stuart |
Kereta kebal M5 adalah kereta kebal ringan M3 yang telah diubahsuai dengan memberi kuasa baru dan susun atur perisai yang lebih baik.
Enjin baru M5
adalah enjin Cadillac
(Twin
Cadillac Series 42; 16 cylinder (8/engine), setiap satu dengan transmisi sendiri.
Bahagian Hull kereta kebal ini semua-dikimpal dan bahagian dalam diubahsuai untuk memberi lebih banyak ruang kepada
pemandu. Berat keseluruhan M5 ialah 14.7 tan.
Turet M5 adalah sama dengan turet kereta kebal ringan M3A1. M5 pada asalnya
dikenali sebagai kereta kebal ringan
M4, tetapi telah dinamai semula sebagai
M5 untuk mengelakkan kekeliruan dengan kereta kebal sederhana M4. Pihak British
menamakan M5 Stuart
VI.
Ciri-ciri utama yang membezakan
antara kereta kebal M3A3 dan M5 adalah sisi badan
(hull) dan dek belakang. M5
mempunyai dek belakang
dinaikkan untuk menampung enjin Cadillac dan sisi
badan kapal menegak berkembar, manakala M3A3 telah condong belah
badan atas dan enjin
dek rata.
Sebanyak 8885 buah kereta kebal M5 telah beroperasi diserata tempat dari
tahun 1942 hingga 1945.
Peranan M5 antaranya terlibat dalam operasi “Torch” di Tunisia pada 1942, Operasi
Cobra Jun 1944 di Peranchis dan Serangan pihak Berikat di kepulauan Mariannas, Saipan Jun 1944.
M24 Chaffee
di hasilkan bertujuan untuk menggantikan kebal Ringan M5 (Stuart) yang sudah usang dan tua, yang mana telah
digunakan dalam pelbagai misi dan
peranan.
Pada bulan April 1943,
Ordnance Corps, bersama-sama
dengan Cadillac (yang
yang menghasilkan M5), mula menumpukan
kepada projek baru, iaitu kebal Ringan T24. Sistem
enjin dan transmisi M5 masih lagi
dikekalkan.
Segala usaha telah dibuat untuk menjaga berat
kenderaan itu di bawah 20 tan. Perisai yang
dihasilkan juga ringan, dengan plat glacis
hanya setebal 25 mm tetapi dicuramkam untuk
memaksimumkan keberkesanan. Meriam
ringan baru 75 mm
juga telah dibangunkan.
Trek dan suspensi
bar kilasan adalah sama dengan suspensi M18
hellcat pemusnah kereta kebal (tank destroyer). Sistem
bar kilasan adalah
untuk memberikan perjalanan yang
lebih lancar daripada suspensi volut menegak
digunakan pada kebanyakan kereta perisai AS.
Ia mempunyai siluet yang agak rendah dan
turet yang memuatkan tiga anggota. Pengeluaran bermula
pada tahun 1944 di bawah gelaran Kereta kebal Ringan M24.
Sebanyak 4731 buah kereta kebal M24 Chaffee dihasilkan
sehingga Ogos 1945 dan Sebahagian daripadanya telah
dibekalkan kepada tentera British.
Kumpulan pertama sebanyak 34
buah M24 Chaffee dihantar ke
Eropah pada bulan November 1944
dan telah diletakkan dibawah US 2nd
Cavalry Group (mekanikal) di Perancis.
Sumbangan M24 untuk memenangi perang
di Eropah adalah kurang kerana ianya dihasilkan pada penghujung perang dunia
kedua menyebabkan ia lambat di hantar untuk menggantikan kerta
kebal M5.
M24 Chaffee banyak terlibat dalam konflik selepas perang
dunia kedua seperti pertempuran Dien Bien Phu di Indo-China, Peperangan di
Vietnam, Korea dan Perang Indo-Pakistan pada 1971.
M4 Sherman
M4 sherman siri kereta
kebal sederhana membuktikan
ia merupakan aset yang tidak ternilai
kepada operasi tentera bersekutu
di Afrika Utara, Eropah dan pertempuran
di Pasifik dalam Perang Dunia
ke 2.
Sebanyak 49234 unit kereta kebal sederhana M4 ini dihasilkan dan berkhidmat dari tahun 1941 hingga 1945.
M4 Sherman |
Sebanyak 49234 unit kereta kebal sederhana M4 ini dihasilkan dan berkhidmat dari tahun 1941 hingga 1945.
Ia telah
direka dari awal lagi untuk pengeluaran besar-besaran iaitu pada 5 September
1941. Murah dan agak mudah untuk di bina, mudah untuk penyelengaraan, boleh
dipercayai, ruang yang luas, kukuh, cepat, perisai yang utuh dan sistem persenjataan
yang lengkap, ia adalah kenderaan yang baik dan disukai oleh pihak bersekutu.
Kereta kebal sederhana ini
dipasang meriam 75
mm sebagai senjata utama ke dalam turet
yang boleh berpusing sepenuhnya (full-traverse).
M4 juga dipasang dengan
enjin, transmisi, runut dan sistem suspensi dari kereta kebal sederhana M3 Lee
dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran dan menjimatkan masa.
Ia juga dipasang dengan mesingan browning 12.7 mm anti pesawat udara dan 3 unit mesingan kaliber 0.30 mm.
Ia juga dipasang dengan mesingan browning 12.7 mm anti pesawat udara dan 3 unit mesingan kaliber 0.30 mm.
Berat keseluruhan M4 ialah 30.3
tan. Kru 5 orang (commander,
driver, co-driver, gunner, loader). Enjin
Continental R975 9-selinder. Air-cooled Gasoline. 400 hp (298 kW).
M4 sherman berkhidmat dalam angkatan tentera
british melalui sistem pajakan dimana pihak british mendapati mereka kekurangan
kereta kebal.
Versi pertama yang diperkenalkan kepada pihak british pada
February 1942 iaitu versi M4A1(British Sherman Mk. II), lebih 6000 unit telah
dihasilkan.
M4 Sherman dikendalikan oleh Tentera British |
Tidak lama kemudian pada bulan April 1942 versi
M4A2 (British Sherman Mk. III) dikeluarkan, di mana 8053 unit telah dihasilkan
dan diguna pakai oleh pihak British dan USMC (United State Marin Corps)
Versi yang ketiga yang diguna pakai oleh pihak
British ialah versi M4A3 ( British Sherman Mk. IV) di keluarkan oleh Ford Motor
Company, mempunyai sistem enjin baru liquid-cooled
Ford V8 500 hp dengan kelajuan 42km/j
M4 terlibat dalam pelbagai operasi dan
pertempuran sehingga tamat perang Dunia ke 2. Ia juga terlibat didalam perang
korea (pengkalan Korea Selatan) dan juga perang Vietnam (Vietnam selatan).
Ia juga terlibat dalam perang Arab- Israel 1967 dan 1973, dimana pihak Israel memodenkan M4 sebagai M51 super Sherman.
Ia juga terlibat dalam perang Arab- Israel 1967 dan 1973, dimana pihak Israel memodenkan M4 sebagai M51 super Sherman.
No comments:
Post a Comment