Thursday, June 25, 2015

KD HANG TUAH F76 (EX HMS MERMAID)

KD Hang Tuah (F76)
KD HANG TUAH ialah salah sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari jenis Frigat yang dibina di Limbungan Yarrow Shipbuilder, Scotland.  

Pada mulanya kapal ini dibina untuk Tentera Laut Ghana dan dilengkapi dengan kemudahan penginapan untuk Presiden Kwame Nkrumah. 

Asalnya, kapal ini dinamakan BLACK STAR dan sepatutnya digunakan sebagai Kapal Laksamana (Flagship) Tentera Laut Ghana.

Pesanan kapal baru ini kemudiannya dibatalkan setelah presiden Kwame Nkrumah digulingkan.

Kapal ini kemudiannya dipindahkan ke Limbungan Chatham England untuk dilengkapkan semula (retrofit) supaya menepati piawaian kelengkapan kapal frigat Tentera Laut Diraja British.

Pada 16 Mei 73, kapal ini ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut British dan dinamakan HMS MERMAID. Ia hanya sempat berkhidmat selama 3 tahun dalam Tentera Laut  Diraja British sebelum dilucutkan tauliah.

Pada tahun 1977 ia dipindahkan kedalam perkhidmatan TLDM dan ditauliahkan pada 16 Mei di tahun yang sama sebagai KD HANG TUAH dengan mengekalkan nombor pennant F76 yang sama semasa perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja British. 

Kapal ini ditauliahkan untuk menggantikan KD HANG TUAH (F433) (HMS LOCH INSH) yang dilucutkan tauliah pada tahun 1977.   

Pada Disember 2006, KD Hang Tuah ditugaskan sebagai satu-satunya kapal dalam Skuadron Frigat ke-21 Armada TLDM dan di bawah Flotila latihan.
 
Sebagai sebuah kapal latihan untuk melatih Pegawai Dalam Latihan (PDL) TLDM dan Laskar Dalam Latihan (LDL). Kapal ini menjalankan pelbagai bentuk latihan bagi memastikan pelatih mendapat latihan yang maksimum demi memenuhi kehendak perkhidmatan TLDM. 

Walaupun hanya kapal latihan KD Hang Tuah pernah ditugaskan ke Teluk Aden pada Feb 2009 bagi menggantikan KD Sri Indera Sakti dalam misi mengiringi dan melindungi kapal dagang Malaysia dari dirompak oleh Lanun.

Data Spesifikasi asal KD Hang Tuah 

Berat/sesaran      : 2300 tan
Panjang kapal      : 103.5 meter
Lebar kapal          :12.2 meter
Draf kedalaman    : 4.9 meter
Enjin/propulsi       : 8 × 16-cylinder diesels, 14,400 shp (10,738 kW)
Kelajuan              : 24 knot (28 mph; 44 km/h)
Sistem senjata     : 1 unit meriam berkembar Mk19 102mm (asal) telah di ganti 
                                 dengan 1 unit meriam Bofors 57mm.
                                 2 unit meriam sekunder Bofors 40mm.
                          Mortar anti kapal selam Limbo Mk10

Penderia             : Radar penjejak udara Plessey AWS1
                                 Radar permukaan Ericsson Sea Giraffe 150Hc
                          Sistem Navigasi Raccal Decca 45.
Krew                  : 210 anak kapal termasuk pegawai




 
KD Hang Tuah dengan meriam berkembar Mk19 102mm
 
Perhatikan meriam MK19 102mm telah diganti dengan meriam Bofors 57mm





No comments: