Thursday, March 24, 2016

KERETA KEBAL UTAMA BRITISH - CHALLENGER 2

Kereta Kebal Challenger II
Challenger 2 merupakan kereta kebal utama termaju dibina oleh BAE Systems Land Systems (dahulunya Vickers Defence Systems, kemudian Alvis Vickers Ltd). Challenger 2 kini berkhidmat dengan Tentera British dan Tentera Diraja Oman.

Ianya memasuki perkhidmatan dengan Tentera British pada bulan Jun 1998 dan unit terakhir daripada 386 unit kereta kebal telah dihantar pada April 2002. Penghantaran untuk Oman telah siap pada tahun 2001 sebanyak 38 unit.

Challenger 2 telah menyaksikan penyertaan operasinya di Bosnia dan Kosovo.  Kereta kebal Challenger 2  dikerahkan untuk terlibat dengan aktif dalam Operasi Kebebasan Iraq (operation Iraqi Freedom).

Model kereta kebal terkini Challenger 2E, telah direka untuk pasaran eksport dan sesuai untuk keadaan persekitaran dan iklim yang keras. Challenger 2E ini telah banyak diuji di Greece, Qatar dan Arab Saudi.
 
Challenger 2 tentera diraja Oman

Tembakan dengan meriam baru L30E4 120mm
Challenger 2 ini dilengkapi dengan meriam baru jenis L30E4 120-mm rifled gun, mampu menembak pelbagai jenis peluru standard NATO dan pengisian peluru dimuatkan secara manual(insani). 

Jarak tembakan berkesan dengan menggunakan peluru perobek-armor (armor-piercing) adalah lebih daripada 3 000 m. 

Senjata kedua terdiri daripada dua unit mesingan 7.62 mm. Salah seorang daripadanya dipasang sepaksi dengan meriam utama, manakala satu lagi diletakkan di atas bumbung.

Challenger 2 dilengkapi  perisai komposit Chobham generasi kedua, yang memberikan perlindungan yang lebih baik kepada krew dari hentaman peluru anti kereta kebal. 

Turet kereta kebal juga direka semula bagi membolehkan kit perisai reaktif letupan  dipasang untuk perlindungan tambahan.  

Disebelah kiri dan kanan turet dilengkapi dengan 5 unit bom asap jenis L8 dari Thales AFV Systems Ltd.

Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan NBC (Nuclear, Biological and Chemical) dan sistem pemadam kebakaran automatik. MBT ini juga boleh dipasang dengan VIRSSS ( Sistem Pemeriksaan Asap secara Visual dan Infra-Red).
 
Model enjin Perkins Condor CV12TCA

Challenger 2 dikuasakan oleh enjin diesel Perkins Condor CV12 TCA turbocharged, sama dengan yang di pasang pada Challenger 1. Enjin ini menghasilkan 1 200 kuasa kuda. Gearbox adalah dari model TN54 dengan 6 gear hadapan dan 2 gear undur.

Dengan berat kenderaan 62.5 tan, kelajuan maksimum atas jalan ialah 59 km/jam dengan jarak operasi 450 kilometer. Ianya dikendalikan oleh 4 orang krew iaitu Komander, pemandu, juru meriam dan loader.


sumber
Army technology
Military today.com

No comments: