Monday, May 2, 2016

NAVAL STRIKE MISSILE (NSM) DARI KONGSBERG

Kongsberg Naval Strike Missile
Naval Strike Missile (NSM) merupakan satu-satunya peluru berpandu jarak jauh anti-kapal dan serangan darat, generasi kelima yang wujud pada hari ini serta berketepatan tinggi . Ia telah dipilih oleh Royal Norwegian Navy (RWN) untuk kapal-kapal frigat dan korvet pantai yang baru.
  
NSM akan beroperasi sepenuhnya di atas kapal ini apabila mereka memasuki perkhidmatan pada masa akan datang. Tentera Laut Poland juga telah memilih NSM untuk digunakan pada pemasangan platform pertahanan pantai (coastal artillary) mereka yang baru. 

Ianya dibangunkan oleh syarikat Norway Kongsberg Defence & Aerospace (KDA).

Peluru berpandu ini merupakan sistem yang sangat fleksibel yang boleh dilancarkan dari pelbagai platform terhadap pelbagai sasaran. Reka bentuk airframe dan tujahan yang tinggi kepada nisbah berat peluru tersebut memberikan kelebihan NSM dalam gerakan manuver yang baik. 
  
Ujian penembakan NSM dilakukan di atas kapal USS Coronado
Keadaan peluru berpandu yang pasif sepenuhnya , telah membuktikan keupayaan sea skimming yang sangat baik dan dengan manuver terminal yang advance, membolehkan ia mampu menembusi jaringan pertahanan udara musuh. 

Sistem pencari sasaran Autonomous Target Recognition (ATR) yang terletak pada hujung peluru berpandu tersebut akan memastikan sasaran yang betul dapat dikesan, dikenalpasti dan dimusnahkan sama ada di laut atau di darat.

Mempunyai berat 410 kg, panjang 3.95 meter dan dikuasakan dengan Solid fuel rocket booster, Microturbo TRI 40 turbojet membolehkan jarak operasi peluru berpandu ini mencapai 185 kilometer. Ia juga membawa bahan peledak seberat 125 kg dari jenis HE blast-fragmentation.
 

Naval Strike Missile untuk platform darat (coastal defense)
Sebagai satu sistem yang berkesan serta kos efektif , ia telah membuktikan keupayaan yang tiada tandingannya dalam pelbagai ujian, minat dari pihak antarabangsa terhadap peluru berpandu ini semakin meningkat terutama dalam pakatan NATO dan juga negara-negara lain.

Dalam pameran LIMA 2015, Malaysia mengumumkan bahawa Naval Strike Missile telah mendapat kontrak untuk memenuhi Kapal Peronda Generasi Kedua (NGPV) Tentera Laut Diraja Malaysia bagi keperluan peluru berpandu anti-kapal.

Sumber
Kongsberg
Defense industry

.

No comments: