Monday, June 20, 2016

RSS VIGOUR (RSN) BERJAYA LAKUKAN TEMBAKAN MISIL BARAK-1 DI LAUT CHINA SELATAN

Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telah berjaya menjalankan latihan tembakan peluru hidup terhadap simulasi ancaman permukaan  dengan melancarkan peluru berpandu Barak-1 dari kapal korvet peluru berpandu kelas Victory RSS Vigour (P 92) , pada 22 March 2016.

Peluru berpandu Barak-1  dilihat dilancarkan dari Vigour, yang kemudian melakukan manuver  menggunakan kawalan tujahan vektor sebelum menghala dan menghentam sasaran dengan berkesan iaitu platform pegun yang ditetapkan.
 
RSN RSS Vigour berjaya melaksanakan penembakan misil Barak-1


Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen telah diberi taklimat oleh Kolonel Edwin Leong, Pegawai Pemerintah RSN Skuadron Korvet peluru berpandu, mengenai cara pengurusan latihan dan keupayaan korvet peluru berpandu, menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media. 

Bercakap selepas latihan itu, Dr Ng berkata bahawa profesionalisme dan komitmen adalah perlu untuk mengekalkan kesediaan operasi dan memastikan kejayaan misi anggota RSN.  

Beliau berkata, "Saya melihat tembakan secara realiti keseluruhannya dari kapal lain bersama-sama. Ia adalah amat memuaskan untuk melihat sistem kerja berjalan dgn lancar. Ia menjejaki dan mengesan  sasaran serta melancarkan peluru berpandu Barak-1 untuk menghentam sasaran.  

Ia memberikan kita keyakinan bahawa semua pelaburan kita ke dalam sistem canggih akan dapat mempertahankan Singapura, apabila kita perlu ".

Sistem peluru berpandu Barak-1 dibangunkan oleh Israel Aerospace Industries (IAI) dan Rafael Advanced Defense Systems - terdiri daripada peluru berpandu, pelancar, dan sistem kawalan tembakan (FCS).

Ia dikuasakan oleh solid-propellant, motor roket dwi-denyut  yang membolehkan ia untuk memusnahkan peluru berpandu dan pesawat dari sasaran sehingga 5 hingga 12 km, dengan kepala peledak seberat 22 kg dari jenis high-explosive blast/fragmentation.

sumber
IHS Jane 360 
Defense world.net
 

No comments: