Tuesday, June 21, 2016

KAPAL SOKONGAN ARMADA PELBAGAI PERANAN - KD MAHAWANGSA DAN KD SRI INDERA SAKTI

KD Mahawangsa 1504
KD Mahawangsa (1504) merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berperanan sebagai kapal sokongan pelbagai peranan seberat 4,300 tan dan sepanjang 100 meter yang berpengkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia. Ia dinamakan sempena Hikayat Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.

KD Sri Indera Sakti - 1503

Kapal ini mempunyai rekabentuk yang serupa dengan satu lagi kapal bantuan TLDM iaitu KD Sri Indera Sakti (1503) yang dibina di Jerman oleh syarikat Beamer Vulkan. Ditauliahkan dalam perkhidmatan pada 8 November 1980 dan masih aktif.

KD Mahawangsa pula di bina di Masan Korea dan ditauliahkan dalam perkhidmatan pada 16 Mei 1983 dan masih aktif sehingga sekarang.

Satu-satunya perbezaan antara kedua kapal ini ialah ketiadaan serombong asap pada Mahawangsa. Perbezaan ini memudahkan kedua kapal ini dikenali dari tinjauan jauh.

Walaupun begitu kapal-kapal ini mempunyai fungsi yang sama, sebagai sokongan armada. Kini kapal ini telah menjadi tulang belakang bantuan logistik ketika operasi dan latihan kepada Armada TLDM.

Dalam peranannya sebagai kapal pemerintah, KD Mahawangsa telah terbabit dalam beberapa latihan sama ada melibatkan tentera laut sekutu atau tidak, seperti latihan bersama Tentera Laut Diraja Thai yang dikenali sebagai THALAY LAUT, latihan Starfish di bawah kerjasama lima negara Five Power Defence Arrangement dan siri latihan Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) bersama dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Upacara penutup bagi CARAT Malaysia 2004 diadakan di atas kapal KD Mahawangsa, ketika berlabuh dipersisiran Pulau Tioman.

Selain berperanan sebagai kapal bantuan logistik dan sokongan untuk armada TLDM. Kapal ini juga berperanan  dalam berbagai tugas bantuan kemanusian.

Diantaranya ialah bantuan kemanusiaan bagi pelarian Afghan pada 2001 dan bagi membantu mangsa Tsunami 2004 di Indonesia, dan menghantar kenderaan berperisai infantri dari Briged Infantri ke-4 (Mekanis) sebagai sebahagian dari pasukan pengaman bagi Operasi Astute ketika krisis Timor Leste 2006.

sumber 
Wikipedia

No comments: