Mikoyan MIG - 35 |
Mikoyan MiG-35 adalah pesawat pejuang Rusia yang terhasil daripada pembangunan lanjutan dari pesawat pejuang MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB . Ia diklasifikasikan sebagai jet pejuang generasi ke 4 ++ oleh Mikoyan
Tentera Udara Rusia akan mula menerima (kod NATO: Fulcrum-F) jet pejuang Mikoyan MiG-35 pada 2018 selepas pesawat itu menjalani ujian pada tahun 2017, beritahu Pengarah United Aircraft - Manufacturing Corporation Vladimir Mikhailov kepada TASS.
Menurut beliau lagi, pada peringkat permulaannya Tentera udara Russia mungkin akan menerima sebanyak 37 unit pesawat pejuang tersebut.
.
.
MiG-35 juga dicadangkan untuk dieksport kepada pelanggan luar . Pada tahun 2014, dilaporkan bahawa Mesir merancang untuk memesan 24 unit pesawat ini.
Reka bentuk pembangunan pesawat MiG-35 ini bermula pada awal tahun 2000 oleh Mikoyan sebagai pengganti kepada MiG-29.
Ia membuat penerbangan pertama dan juga pertama kali didedahkan kepada umum pada tahun 2007. Pihak barat menggelarnya sebagai Fulcrum F
Peranan utama pesawat ini ialah untuk mendapatkan penguasaan udara dan juga berkemampuan untuk melaksanakan serangan darat dengan tepat dalam semua keadaan cuaca (all weather strikes). Ia juga boleh melakukan peninjauan udara dengan peralatan khas.
infografik MIG - 35 |
Pesawat pejuang ini dilengkapi dengan peralatan terkini seperti sistem elektronik baru, enjin baru iaitu Klimov RD 33MK, sistem radar aktif array Phazotron Zhuk yang mampu mengesan lebih banyak sasaran dengan jarak 130 -160 km bagi pesawat udara dan 300km untuk kapal.
Bagi pesawat MIG versi eksport, pelanggan mempunyai pilihan untuk memasang peralatan dan sistem avionik yang dibuat oleh Rusia, Amerika Syarikat, Perancis, Israel atau negara lain.
Pesawat ini juga dilengkapi dengan meriam 30 mm dan membawa 150 butir peluru. Mempunyai 9 hardpoint dan boleh membawa sehingga 7000 kg muatan.
Ia boleh menggunakan pelbagai peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan, roket dan bom tanpa panduan dan juga dengan panduan.
MiG-35 pernah bersaing dalam pemilihan MRCA India bersama dengan Eurofighter Typhoon, F/A-18E / F Super Hornet, Dassault Rafale, JAS 39 Gripen, dan F-16 Falcon, tetapi tersingkir daripada pemilihan tersebut pada bulan April 2011.
sumber
Wikipedia
Military today
No comments:
Post a Comment