Tentera Thailand telah menandatangani perjanjian dengan China untuk
membeli kereta kebal dari gergasi Asia, kata para pegawai awal minggu
ini.
|
VT4 (MBT 3000) dari China |
Pegawai
Thailand telah mengesahkan bahawa Royal Thai Army (RTA) telah secara
rasmi menandatangani perjanjian untuk membeli MBT-3000 kereta kebal
utama yang dihasilkan oleh North Industries Corporation China (Norinco).
Penghantaran dijangka bermula sebelum akhir tahun ini dan seterusnya dalam jangkamasa dua tahun.
Jika perjanjian itu direalisasikan, ia menjadikan Thailand sebagai pelanggan
eksport pertama yang membeli MBT-3000, juga dirujuk sebagai
VT-4 dari China.
Butiran tentang perjanjian itu, termasuk bilangan kereta kebal yang akan dibeli dan harga, masih belum didedahkan kepada umum. IHS Jane memetik pegawai tentera Thai sebagai berkata bahawa kontrak itu menampilkan awalnya sebanyak 28 unit dan bernilai sekitar $ 150 juta.
Jika kumpulan pertama penghantaran berjaya, sumber menunjukkan RTA dilihat akan cuba untuk mendapatkan tambahan MBT-3000 sehingga 150 MBT kerana ia bertujuan untuk memenuhi keperluan yang sekian lama tertangguh.
Pembelian ini dikatakan bertujuan untuk menggantikan kereta kebal M48 patton RTA yang sudah dimamah usia serta ketinggalan dari segi armor dan teknologinya.
M48 Royal Thai army |
Sementara
itu, media tempatan China memetik, Timbalan Perdana Menteri Thailand,
Prawit Wongsuwon sebagai berkata bahawa Thailand telah merancang untuk
membeli sebanyak 100 kereta kebal baru. Prawit juga merupakan Menteri Pertahanan negara.
Mengulas mengenai keputusan untuk membeli kereta kebal dari China, ketua tentera Thailand Teerachai Nakwanich berkata beliau mempunyai keyakinan penuh dalam kualiti yang tinggi dan prestasi perkakasan (hardware) China.
Sebelum itu, Thailand telah berkata bahawa ia akan mempertimbangkan untuk membeli kereta kebal utama Russia T-90A . Tetapi Prawit dan Teerachai kedua-dua mengesahkan bahawa negara gajah putih itu telah memutuskan sebaliknya untuk membeli MBT-3000 China.
Sumber
The Diplomat
IHS Jane.com
No comments:
Post a Comment