LMV PV - Independence |
Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telah mentauliahkan kapal Littoral Mission Vessel (LMV) baru dari kelas Independence ke dalam perkhidmatan selepas berjaya dalam ujian sea trials.
Ianya dibangunkan oleh ST Engineering (Marin) berserta ST Elektronik dan DSO National Laboratories.
LMV Independence adalah salah satu daripada lapan LMV yang akan menggantikan Kapal Peronda Pantai (PV) yang ada sekarang iaitu kelas Fearless. Kapal-kapal baru ini akan menjadi lebih baik dan efisi daripada kelas yang terdahulu dari segi kelajuan dan kepelbagaian penggunaanya.
.
Bercakap di majlis tersebut, Panglima Tentera Laut Laksamana Pertama (RADM) Lai Chung Han berkata: "Ia adalah satu peristiwa penting bagi program (LMV). Kepulangan LMV Independence menandakan tamatnya hampir 2 tahun fasa pembinaan. LMV Independence adalah salah satu daripada lapan LMV yang akan menggantikan Kapal Peronda Pantai (PV) yang ada sekarang iaitu kelas Fearless. Kapal-kapal baru ini akan menjadi lebih baik dan efisi daripada kelas yang terdahulu dari segi kelajuan dan kepelbagaian penggunaanya.
.
Ia juga menandakan permulaan kira-kira 11 hingga 12 bulan bagi ICIT (Installation, Checkout, Integrasi dan Pengujian). Saya rasa ini adalah sesuatu perkara yang kita boleh banggakan dan sesuatu yang kita mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat untuk membawa projek ke tahap ini. "
Kapal LMV direka untuk melibatkan diri dalam pelbagai operasi keselamatan maritim bagi RSN dan melindungi garis komunikasi tentera laut dengan lebih berkesan.
Kapal-kapal bersaiz lebih besar ini , boleh beroperasi dengan sejumlah anak kapal kecil, dan sesuai untuk pelbagai modul misi di samping memenuhi keperluan tertentu.
Kapal-kapal bersaiz lebih besar ini , boleh beroperasi dengan sejumlah anak kapal kecil, dan sesuai untuk pelbagai modul misi di samping memenuhi keperluan tertentu.
Meriam utama Oto Melara 76mm |
LMV akan dilengkapi dengan sistem peluru berpandu anti-udara MBDA MICA , meriam utama Oto Melara 76mm , meriam Rafael Typhoon 25mm , Oto Melara 12.7mm Hitrole mesingan jarak jauh dan akustik (LRAD).
Sistem peluru berpandu (VL) MICA multimission dilancarkan secara menegak akan melindungi kapal dari pesawat dan peluru berpandu musuh.
Sistem pendorong
Kelas ini dikuasakan oleh gabungan diesel dan sistem diesel (CODAD) dengan mengintegrasikan dua enjin diesel MTU 20V 4000 M93L . Setiap enjin akan membangunkan output kuasa maksimum 4,300kW (5,770shp). Sistem pendorongan akan memastikan-pergerakan manuver yang tinggi di perairan pesisir yang sempit dan sesak.
Mempunyai kelajuan yang melebihi 27 knot dan jangkauan operasi 3,500batu nautika. Maksimum ketahanan kapal tersebut di laut ialah 14 hari.
Infografik mengenai LMV |
Sumber
Naval technology
The Diplomat
No comments:
Post a Comment