Kapal Selam kelas-Kilo buatan Russia |
"Kami benar-benar merancang untuk membeli pesawat amfibia yang dibangunkan oleh Sukhoi design bureau dan kapal selam kelas-Kilo dari Rusia," kata Supriyadi. "Kami sedang berusaha untuk pembelian ini," katanya. "Pakar-pakar Rusia yang berkaitan akan dijemput ke Indonesia."
Indonesia telah menyatakan minat terhadap kelas -Kilo, kononnya adalah salah satu kapal selam diesel-elektrik yang paling senyap di dunia pada masa ini.
Bagaimanapun, Tiada kontrak, telah ditandatangani setakat ini. Kapal selam kelas-Kilo ini direka khas untuk peperangan anti-kapal selam dan peperangan anti-kapal permukaan.
Indonesia juga sedang mempertimbangkan untuk memperolehi kapal selam serangan diesel-elektrik buatan Perancis jenis Scorpene 1000.
Terdapat usaha berterusan dalam perbincangan di peringkat kerajaan (Indonesia dan Perancis) mengenai kemungkinan penjualan tersebut.
Perancis juga telah menawarkan sistem pengurusan tempur kapal selam baru yang digunakan di atas kapal- kapal selam nuklear Perancis untuk salah satu daripada dua kapal selam serangan diesel-elektrik Tentera Laut Indonesia dari jenis 209/1300.
Kali terakhir Tentera Laut Indonesia menerima kapal selam baru iaitu pada 1980-an dengan penghantaran dua kapal selam serangan diesel-elektrik Jerman jenis 209/1300 (dikenali sebagai kelas-Cakra di Indonesia).
Kedua-dua Kapal selam ini kemudiannya menjalani beberapa sesi pemulihan (refit) untuk memodenkan sistem pendorongan, sistem pengesanan dan navigasi kapal selam ', sistem tempur dan sistem kawalan tembakan baru, dilakukan oleh Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW) dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME).
Pada Disember 2011, DSME juga telah dianugerahkan kontrak bernilai $ 1,1 bilion bagi pembinaan tiga kapal selam serangan diesel-elektrik seberat 1,400 tan dari jenis 209/1400 kelas -Chang Bogo(varian 209 Jerman dibina secara berlesen oleh Korea Selatan).
Pesawat amfibia Beriev Be 200 (foto : airlines.net) |
Beriev Be-200ChS direka untuk memadam kebakaran, mencari dan menyelamat, rondaan maritim, kargo, dan pengangkutan penumpang, ia mempunyai kapasiti 12 tan (12,000 liter, 3,170 gelen ) air, atau membawa sebanyak 72 penumpang.
sumber
The Diplomat
Wikipedia
No comments:
Post a Comment