RPG-7 pelancar anti kereta kebal ciptaan Russia adalah versi lanjutan daripada pelancar anti kereta kebal sebelum ini iaitu RPG-2
|
RPG 7 dan peluru roket |
Setakat ini, RPG-7 boleh dianggap sebagai salah satu pelancar anti kereta kebal yang paling berjaya pernah dihasilkan.
Pada mulanya ia hanya dianggap sebagai senjata anti-perisai, ia kemudian telah diterima pakai sebagai senjata sokongan bagi misi-misi yang lain dengan mempelbagaikan jenis bom, seperti peluru anti-infantri HE-Frag, multi-purpose Thermobaric / FAE, dan lain-lain jenis peluru.
RPG-7 merupakan pelancar tanpa anjalan, penembakannya mampu dilakukan diatas bahu seseorang.
Kepala peledak (bom) dimuatkan dari depan, dan belakang larasnya dilengkapi dengan muncung venturi.
Bahagian tengah tiub adalah kayu, dibalut untuk melindungi pengguna daripada panas dan untuk membantu dalam melindungi dari letupan dan mengurangkan lenting balik semasa penembakan.
RPG-7 menggunakan sistem penyalaan mekanikal dengan tukul luaran cocked secara manual dan single-trigger action. Oleh kerana itu, peluru roket mesti betul selaras dengan mekanisme tembakan apabila ia diisi.
Tembakan RPG 7 di lakukan oleh seorang askar sahaja |
Walaupun lebih daripada empat puluh tahun telah berlalu sejak RPG mula diperkenalkan pada tahun 1961, pelancar bom roket ini tetap menjadi salah satu senjata infantri yang paling berkesan dan banyak digunakan pada masa ini.
Lasak dan simple, sesuai untuk menjatuhkan helikopter, melumpuhkan kereta kebal atau menyerang bangunan pada jarak dekat, di tangan pengendali mahir, RPG adalah senjata maut dan serba boleh yang akan kekal popular untuk beberapa ketika.
War head atau kepala peledak RPG-7 |
sumber
Military.com
Modern arms
No comments:
Post a Comment