Sunday, October 23, 2016

BUDGET PERTAHANAN MALAYSIA 2017


Ringkasan Budget pertahanan Malaysia 2017

Kementerian Pertahanan (Mindef) telah diperuntukkan RM15.05 bilion di bawah Bajet 2017 untuk meningkatkan tahap keselamatan dan pertahanan negara. Ianya berkurangan 2 billion dari budget tahun lepas iaitu RM 17.3 billion.

Pecahan budget tersebut terbahagi kepada 3 kategori utama:-

RM 7.43 billion diperuntukkan adalah kepada kos emolumen iaitu antaranya

a)    RM55 juta, Bayaran Insentif Khas Insurgency bagi veteran ATM yang masih belum
       menerima insentif istimewa mereka.
b)    RM 323juta diperuntukkan bagi penempatan kakitangan dalam zon itu. untuk
       meningkatkan keberkesanan Zon Keselamatan Timur Sabah Security (Esszone)
c)    RM114 juta  untuk ATM  melaksanakan Program Jiwa Murni  untuk membina dan
       menaik taraf jalan di kawasan pedalaman Sarawak.
d)    Perkhidmatan Angkatan Tentera Ferry School yang menampung 15,000 kanak-kanak
       ATM akan diteruskan di seluruh negara.
e)    1.2 billion (5 tahun) pembinaan 12 Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) lebih
       kondusif di seluruh negara yang mampu memberi manfaat kepada hampir 4,000
       keluarga.

RM 4.250 bilion.adalah untuk kos bekalan, aset, alat ganti dan perkhidmatan antaranya:-

a)    RM1.8 bilion adalah bagi penyenggaraan aset-aset utama seperti kapal terbang,
       kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan persenjataan.
b)    RM1.3 bilion diperuntukkan, antara lain untuk peranti komunikasi, catuan dan
       seragam.
c)    RM 10 juta kos untuk membiayai operasi ESSCOM melibatkan pangkalan hadapan
       dan menempatkan pesawat Hawk dan Helikopter di Labuan dan Lahad Datu
d)    RM17 juta peruntukan untuk LIMA 17 pada tahun depan.


RM 3.373 bilion Perbelanjaan Pembangunan untuk pembelian dan pembayaran aset baru seperti :-

a)    Kapal peronda LCV (Littoral combat vessels), kenderaan perisai Gempita 8x8 dan
        4x4 serta 4 pesawat pengangkut A400M.
b)    Mewujudkan Pengkalan Laut (Sea Basing) dan Helikopter Forward Base pada
       perairan pantai Timur Sabah.
c)    Pembinaan Hangar Pesawat Nuri Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
d)    Perolehan Sistem Radar SOC3 dan Infra di Kota Samarahan, Sarawak.

Kekangan bajet ini telah menjejaskan rancangan perbelanjaan pertahanan Malaysia, termasuk menggantikan jet pejuang yang dimamah usia dan memantapkan keupayaan maritimnya, ketika dimana Beijing semakin menunjuk taringnya di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

Nampaknya Malaysia terpaksa menggunakan jalan diplomasi, untuk meredakan ketegangan dengan China dengan  lebih menumpukan kebimbangan mengenai kegiatan lanun dan keselamatan di tanah dan sempadan pantai.

Sumber
malaysiandefence, Reuters







No comments: