Friday, January 20, 2017

AL ZARRAR MBT UPGRADE DARI TYPE 59 CHINA

Al-Zarrar yang di ubahsuai dan dibangunkan dari TYpe 59 China
Al-Zarrar adalah antara kereta kebal utama (MBT) Tentera Pakistan selain dari Al-Khalid, dibangunkan dan dihasilkan oleh Heavy Industries Taxila Pakistan (HIT).  

Kereta kebal Al-Zarrar telah dibangunkan semula dan dimodenkan dari model asalnya iaitu kereta kebal Type 59 China yang telah usang . Mempunyai berat 40 tan dan boleh memuatkan empat krew.

Al-Zarrar adalah penggantian yang kos efektif serta moden untuk armada Type 59 Tentera Pakistan. Dilengkapi dengan sistem persenjataan, kawalan tembakan yang moden dan perlindungan balistik.

Program pembangunan Al-Zarrar  bermula pada tahun 1990. Pakistan dilaporkan telah memesan 400 kereta kebal Al-Zarrar secara keseluruhan dan kumpulan pertama 80 kereta kebal telah diserahkan kepada tentera pada Februari 2004. 

Al-Zarrar menggabungkan kira-kira 54 pengubahsuaian ke atas kereta kebal utama Type 59  yang asal. Pengubahsuaian utama termasuk penambahbaikan kepada persenjataan, perlindungan balistik dan perisai, sistem kawalan tembakan, mobiliti dan GPS.  

Sistem kawalan tembakan mempunyai loading separa automatik, penstabilan imej berkomputer dan pengimejan haba untuk pertempuran siang dan malam. 
 
Al-Zarrar diawal pembangunannya

Meriam utamanya 125 mm smoothbore berlapis krom dengan auto-frettaged mampu menembak pelbagai jenis projektil termasuk APFSDS, DU (Depleted Uranium), HE (High explosive), HEAT dan versi peluru perobek armor (armor-piercing).

Al-Zarrar dikuasakan oleh enjin diesel 12-selinder  liquid-cooled, memberikan output kuasa 730 hp (540 kW) dan output tork 305 kg.m pada 1300-1400 rpm.  

Berat badannya 40 tan memberikan Al-Zarrar nisbah kuasa kepada berat 18.3 hp / tan dan kelajuan tertinggi 65 km / h. Keselesaan krew bertambah baik berbanding Type 59 disebabkan oleh pengubahsuaian sistem suspensi torsion bar. 

Sistem armor yang digunakan olrh Al Zarrar ialah perisai komposit modular dan Perisai reaktif letupan (ERA) untuk memberi perlindungan yang lebih baik dari peluru berpandu anti-kereta kebal, periuk api dan senjata lain. 

Sistem ATCOP LTS-1 sistem ancaman amaran laser dipasang untuk memberitahu krew jika kereta kebal mereka menjadi sasaran pancaran laser-rangefinder musuh. 

sumber
army-technology





 

No comments: