Sunday, January 22, 2017

APMM RESMI TERIMA KAPAL PENGAWAL PANTAI DARI JEPUN (JCG ERIMO)

PL-02 Erimo (KM Pekan)

PULAU INNOSHIMA, 19 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakar lagi sejarah baharu apabila dengan secara rasminya menerima Kapal JCG Erimo PL 02 dari Japan Coast Guard (JCG).

Majlis serah terima kapal JCG Erimo PL 02 berlangsung lebih kurang jam 12 tengahari tadi (waktu Malaysia) di Limbungan Pulau Innoshima, Jepun.

Pegawai Memerintah JCG Erimo PL 02 Captain Yamamoto secara rasminya telah menyerahkan kapal tersebut kepada Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan selaku Pegawai Memerintah KM Pekan.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan, Pengarah Cawangan C3I Maritim Malaysia bersama barisan Pegawai Maritim Malaysia serta anak kapal JCG Erimo PL 02.

Erimo PL-02 (KM Pekan) adalah sebuah Kapal Peronda berdaftar dan belayar di bawah bendera Jepun. Berat kasar beliau adalah 1268 tan . Ia telah dibina pada tahun 1991 oleh Syarikat MITSUI. 

Panjang keseluruhan Erimo adalah 87 meter, rasuk ialah 10.5 meter dan draf maksimum ialah 3.67 meter.

Kapal ini mampu melakukan rondaan sejauh 3000 kilometer dan menjadi kapal rondaan yang terbesar dalam inventori APMM serta mempunyai dek pendaratan helikopter.


Sesi serah terima kapal antara Pegawai Memerintah Kapal JCG Erimo PL02, Captain Yamamoto kepada Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan di hadapan Kapal JCG Erimo PL02 yang diberi nama baharu iaitu Kapal Maritim Pekan (KM Pekan)


Sumber
APMM 

No comments: