Wednesday, January 11, 2017

ZTQ 105MM KERETA KEBAL RINGAN CHINA

VT5 versi ekspot dari ZTQ light tank di pameran Zhuhai Air Show 2016

Gambar baru yang dikeluarkan di Internet mengesahkan bahawa kereta kebal ringan buatan China ZTQ kini berkhidmat dengan angkatan tentera China. Imej kereta kebal ini pertama kali muncul pada 2010/2011 dan menurut beberapa sumber dari internet, yang ZTQ telah dibangunkan untuk operasi di kawasan-kawasan pergunungan.

Kereta kebal ringan ZTQ boleh menggantikan kereta kebal lama Type 62 yang dibangunkan pada awal 1960-an. ZTQ mempunyai turet hampir sama dengan kereta kebal utama ZTZ-99 tetapi bersenjata dengan meriam 105mm. Tempat pandangan utama dan optik komander diambil dari  model ZTZ-99A2 kereta kebal utama baru. 

Versi eksport kereta kebal ringan ini yang dipanggil VT5 telah di pamerkan buat kali pertama semasa Zhuhai Air Show pada bulan November 2016. 

Mobiliti dan penugasan semula secara pantas adalah faktor utama kenderaan tempur baru ini. Ia bertujuan terutamanya untuk operasi peninjauan dan sokongan infantri. 

Ia boleh digugurkan dari udara dan beroperasi di kawasan, seperti gunung, hutan dan kawasan sungai, yang tidak boleh diakses untuk kereta kebal utama yang lebih berat, seperti Type 96 dan ZTZ 99.

Type 62 Light tank yang dibangunkan pada awal 1960an
Menurut maklumat teknikal , ZTQ mempunyai berat sekitar 35 tan dan mempunyai pek kuasa dan sistem transmisi yang lebih baik untuk membuat ia amat berkesan dalam operasi gunung. Dikendalikan oleh 3 orang kru dilengkapi sistem loading automatik untuk persenjataan utama. 

Maklumat teknikal yang lain ialah ZTQ dibuat dari perisai keluli dikimpal. Ia juga dilengkapi dengan sistem perlindungan Explosive Reactive Armour (ERA) di bahagian depan dan pada setiap sisi turet menawarkan lebih perlindungan terhadap sebarang peluru berbentuk shape-charges dan specially hardened kinetic energy penetrators (kuasa penembusan khas tenaga kenetik).

Ia juga dilengkapi dengan sistem perlindungan pasif dengan pengesan laser. Ia mencetuskan pelepasan bom asap apabila kereta kebal ini dipancari oleh pancaran laser. Sistem ini mengurangkan peluang ia dihentam oleh peluru berpandu anti-kereta kebal dengan panduan laser.

Dengan penggunaan enjin diesel turbocharged, menghasilkan 1 000 hp. Jarak maksimum kawasan operasi ialah 450 km, dan jarak operasi boleh dilanjutkan dengan pemasangan tangki bahan api luaran. 

sumber
armyrecognition.com,  military-today.com

No comments: