RHIB milik Paskal |
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, proses penggantian tersebut akan dijalankan secara berperingkat dan mengambil masa dalam tempoh tertentu.
Walau bagaimanapun, katanya, TLDM kini masih menjalankan proses penilaian secara teliti bagi memastikan pasukan itu menerima aset terbaik sekali gus dapat melaksanakan misi dengan berjaya.
“Selain daripada proses transformasi kapal, kita juga akan mempertingkatkan keupayaan Paskal secara berperingkat untuk menghadapi apa jua ancaman masa kini.
“Kita tidak boleh menggunakan aset lama yang menjejaskan keupayaan dan saya akan sentiasa menentukan Paskal sentiasa diberi keutamaan,” katanya.
Bercakap dalam sidang akhbar khas sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA’17) di sini hari ini, katanya, beliau tahu dan yakin dengan kemahiran Paskal apabila diperlukan.
bot Roughneck M-10 keluaran Ophardt Maritim |
Dalam pada itu, Ahmad Kamarulzaman berkata, aplikasi Keselamatan, Kesedaran dan Komuniti Maritim (K3M) mampu menjadi platform komunikasi terbaik antara masyarakat serta TLDM.
“Dengan adanya aplikasi itu, golongan nelayan terutamanya dapat membantu kami dan agensi lain membanteras ancaman di perairan serta insiden kemalangan,” ujarnya.
sumber : utusan malaysia
No comments:
Post a Comment