KM Arau kapal kedua diterima dari Jepun |
Kapal KM Arau adalah kapal kedua diterima APMM selepas Kapal KM Pekan pada 14 Mac lalu.
Kapal sepanjang 90 meter itu selamat tiba di jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar, Kota Kinabalu jam 9.30 pagi.
Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, KM Arau adalah kapal yang terbesar yang dimiliki oleh APMM negeri setakat ini.
"KM Arau mula berlayar dari Pelabuhan Habu Innoshima, Jepun pada 31 Mei lalu dan mengambil masa tujuh hari untuk tiba di sini hari ini.
KM Arau semasa di pelabuhan Habu Hiroshima |
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Menyambut Ketibaan KM Arau hari ini.
KM Pekan dan KM Arau yang berusia 25 tahun itu sudah melalui pengubahsuaian termasuk penukaran cat, penggantian radar dan peralatan di anjung untuk menepati spesifikasi Malaysia.
Semua kos perbelanjaan baik pulih ini ditanggung kerajaan Jepun dengan anggaran kos bagi kedua-dua OPV berjumlah RM28 juta.
Kapal KM Arau dan KM Pekan sepanjang 90 meter itu berupaya menjalankan operasi dalam cuaca buruk.
Kapal berkenaan akan dikendalikan 39 anak kapal bagi melaksanakan operasi selain turut dilengkapi pelantar pendaratan helikopter.
sumber : Harian metro
No comments:
Post a Comment