Sunday, June 4, 2017

PESAWAT PENGEBOM JARAK JAUH CHINA - XIAN H-6K

Pesawat pengebom strategik jarak jauh China Xian H-6K
Xian H-6K ialah versi tingkat upaya daripada H-6 (TU-16 Badger) pengebom jarak sederhana. Ia membuat penerbangan pertama pada tahun 2007 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2009.

China mengoperasi sekurang-kurangnya 15 pesawat pengebom baru ini. Beberapa sumber melaporkan bahawa China merancang untuk menggantikan pesawat pengebom H-6D sebelum ini dengan yang baru H-6K dalam masa terdekat  satu-sama-satu.

H-6K direka untuk serangan jarak jauh dan serangan stand-off. Ia dianggap sebagai pesawat pengebom strategik. Ia mampu menyerang kumpulan Armada pertempuran Amerika Syarikat dan sasaran utama di Asia. Pesawat ini mempunyai keupayaan melancarkan serangan nuklear

Pesawat ini telah dipasang dengan enjin baru Soloviev D-30 turbofan sesuai dengan penerbangan jarak jauh iaitu 3500 kilometer. Kokpit yang luas serta paparan LCD kaca pelbagai fungsi.

Keseluruhan kerangka dan struktur pesawat dibina dengan menggunakan bahan komposit.

Pengebom ini membawa pelancar peluru berpandu udara di bawah sayapnya. Terdapat 6 tenggekan (hardpoint) untuk peluru berpandu. H-6K juga boleh membawa peluru berpandu CJ-10A dengan kepala peledak konvensional atau nuklear.

Muatan maksimum bom sehingga 15 tan, berkesan meningkatkan keupayaan serangan pesawat tersebut.

Dengan raduis penerbangan pengebom H-6K iaitu 3,500 kilometer, penggunaan peluru berpandu jarak jauh berkesan untuk melanjutkan jarak pengebom  kepada kira-kira            4 000-5 000 km. 

Ianya sudah cukup untuk mencapai, Jepun, Malaysia, Filipina, Vietnam, Guam, Hawaii, Alaska dan Moscow dari tanah besar China, tanpa meninggalkan zon pertahanan udaranya. 

sumber : Militaryfactory.com 

No comments: