Sunday, June 18, 2017

QATAR METERAI PERJANJIAN $12 BILLION DENGAN BOIENG UNTUK JET F-15QA

F-15 Eagle
Menteri Pertahanan Qatar  Dr. Khalid Bin Mohammed Al-Attiyah semalam mengumumkan  menandatangani surat tawaran dan penerimaan untuk pembelian sebanyak 36 jet pejuang F-15QA, dengan kos permulaan sebanyak 12 bilion dolar.

"Perjanjian pembelian secara langsung akan menyumbang dalam mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan baru di 42 negeri di seluruh Amerika," Kementerian Pertahanan Qatar berkata dalam satu kenyataan rasmi.

"Pemeteraian LOA hari ini adalah satu lagi langkah dalam memajukan hubungan pertahanan strategik dan kerjasama kita dengan Amerika Syarikat dan kami berharap untuk meneruskan usaha bersama tentera kita dengan rakan-rakan kami di Amerika Syarikat", kata Kementerian.

Pada bulan November 2016, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan mungkin sehingga 72 buah pesawat F-15QA ke Qatar bernilai USD $ 21.1 bilion.  

Boeing Co ialah kontraktor utama atas penjualan jet pejuang tersebut kepada negara Timur Tengah. Nampaknya sekarang perjanjian ini akan menjadi kira-kira setengah dari jumlah tersebut.

Tentera Udara Emiriah Qatar  sebenarnya bergantung kepada armada kecil, 9 jet pejuang Mirage 2000-5EDA buatan Perancis. Tahun lepas, Qatar juga memesan sebanyak 18 buah jet pejuang Dassault Rafale C. 

Pesawat Rafale yang dipesan (kiri) dan pesawat Mirage 2000 yang dioperasi oleh Tentera udara Qatar
Boeing F-15 Eagle ialah pesawat pejuang taktikal enjin berkembar, sesuai semua keadaan cuaca dan direka khas untuk mengekalkan penguasaan udara dalam pertempuran udara.  

Pesawat Eagle ini boleh dilengkapi dengan gabungan senjata udara-ke-udara yang berbeza: AIM-120 advance peluru berpandu medium udara-ke-udara di sudut fiuslaj yang lebih rendah, AIM-9L / M Sidewinder atau AIM-120 peluru berpandu pada dua pilon di bawah sayap, dan mesingan Gatling 20mm dalam root sayap kanan. 

sumber : armyrecognition.com 
 

No comments: