Thursday, June 22, 2017

PARIS AIR SHOW : MALAYSIA KELUARKAN SENARAI PEMBELIANNYA

CN-235 TUDM cadangan untuk pengubahsuaian sebagai platform MPA sementara menunggu perolehan MPA yang sebenar.
Pesawat pejuang pelbagai peranan baru (MRCA), pesawat baru peronda maritim (MPA) dan radar pertahanan udara tambahan adalah matlamat utama pemerolehan keupayaan ini , menurut Panglima TUDM, Jeneral Affendi Buang.

Dalam jawapan bertulis kepada Shephard, Panglima TUDM menyatakan bahawa pemerolehan ini bagaimanapun akan tertakluk kepada adanya peruntukan pembiayaan oleh kerajaan Malaysia.


Mengenai keperluan MPA, Jen. Affendi menyatakan: 'TUDM sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk meningkatkan keupayaan rondaan maritim yang kini sedang dijalankan oleh pesawat Beechcraft B200T.  

Oleh kerana faktor usia (23 tahun) dan bilangan dan keupayaan terhad, platform MPA yang lebih berkebolehan dan beroperasi sepenuhnya (ASW dan AsuW) dengan keupayaan ISR dan SAR sedang dinilai untuk menggantikan pesawat B200T itu. '

Beechcraft B200T yang menggalas tugas sebagai pesawat rondaan maritim
Sebagai langkah sementara, TUDM sedang mempertimbangkan untuk mengubah suai dan mengintegrasikan beberapa pesawat pengangkut sederhana CN235 dengan sistem pengawasan AMASCOS dari B200T. 

'Perolehan MPA adalah sangat wajar untuk memenuhi keperluan rondaan dan pengawasan yang semakin meningkat dalam wilayah perairan Malaysia dan EEZ, tetapi masih bergantung kepada ketersediaan dana daripada kerajaan. 

Jeneral Affendi juga berkata mengenai fokus TUDM di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 2016-2020, dan berdasarkan bajet yang diperuntukkan di bawah rancangan itu, TUDM difokuskan kepada melengkapkan perolehan pesawat A400M yang sedia ada dan infrastrukturnya, fasa akhir daripada infrastruktur helikopter EC725 serta Pusat Teknikal Perkhidmatan Sukhoi (terletak di RMAF Gong Kedak). 

Beliau juga menambah bahawa TUDM juga sedang dalam proses menaik taraf helikopter S-61A Nuri di bawah Nuri Upgrade Program 4 (NUP4), armada C-130Hnya di bawah C-130H Avionics Upgrade Program 2 (AUP2) dan BAE Hawk 100 / 200s di bawah Program Peningkatan Hawk.

'Menurutnya lagi semua program naik taraf ini bertujuan untuk mengoptimumkan keupayaan aset selain memenuhi keperluan Pengurusan Lalu Lintas Udara (ATM) sekarang. "
  
Helikopter Nuri dengan Camo baru sedang menjalani proses naik taraf dibawah program NUP4
Beralih kepada program MRCA, Jen. Affendi berkata dengan armada MiG-29 yang perkhidmatannya  melepasi angka 20 tahun, mereka mula melihat 'ruang kosong dalam peningkatan  kemampuannya'.

'Kemajuan dalam teknologi terutama peleburan sensor dan persenjataan memaksa TUDM untuk mempertimbangkan pilihan yang tersedia untuk operasi masa depan MiG-29.  

TUDM telah mencadangkan langkah-langkah tertentu yang dianggap sesuai dan kita masih menunggu arahan dari kerajaan Malaysia.'

MIG-29N - nasibnya masih lagi menjadi tanda tanya
Mengenai keupayaan UAV untuk TUDM, Jen. Affendi menyatakan bahawa TUDM masih dalam peringkat awal perancangan untuk memperkenalkan keupayaan UAV dalam angkatan udaranya. 

'Pengenalan dan integrasi keupayaan ini dengan aset-aset RMAF sekarang dan masa depan adalah masih lagi dalam proses perancangan.  

Walau bagaimanapun, TUDM akan terus memantau dan menilai perkembangan platform UAV untuk memberikan visi yang lebih baik dalam mengenal pasti platform yang paling sesuai untuk operasi masa depan. '

sumber : shephardmedia.com





 

No comments: