Wednesday, August 2, 2017

EXERCISE MALAPURA 2017 KALI KE 30

Latihan tahunan Malapura Exercise
Minggu lalu, Malaysia dan Singapura  menjalankan aktiviti maritim dua hala kali ke-30,  Latihan Malapura 2017 mencerminkan kerjasama ketenteraan yang sedang berlangsung di antara dua negara jiran Asia Tenggara walaupun terdapat cabaran-cabaran dalam hubungan dua hala dimasa lalu dan dari masa ke semasa.

Dibawah pakatan FPDA (Five Power Defense Arrangements) yang juga terdiri dari Australia, New Zealand dan Britian, angkatan tentera kedua-dua negara ini kerap berinteraksi melalui pelbagai pertukaran dan latihan dua hala.

Salah satu latihan dua hala ialah Exercise Malapura. Dilakukan sejak tahun 1984, latihan baru-baru ini telah melibatkan kira-kira 600 kakitangan dari Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Laut Diraja Malaysia (RMN).

Pelancaran Exercise Malapura tahun ini telah diadakan dari 18 Julai hingga 28 Julai 2017. 

Majlis pembukaan telah diadakan pada 19 Julai di Pangkalan Angkatan Laut Lumut di Malaysia dan dirasmikan oleh Komander Armada Rear-Admiral RSN Cheong Kwok Chien dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli, manakala majlis penutup diadakan di Bangunan Komando Armada RSN di Pangkalan Angkatan Laut RSS Singapura-Changi.

Latihan itu menyaksikan kedua-dua pihak menjalankan perancangan dan latihan bersama di Pangkalan Angkatan Laut Lumut Malaysia dan mengadakan latihan perang tentera laut konvensional dan latihan keselamatan maritim di Selat Melaka, menurut kementerian pertahanan Singapura (MINDEF).

Pihak RSN telah menghantar frigat (RSS Formidable), korvet peluru berpandu (RSS Victory), kapal rondaan (RSS Resilience) dan helikopter laut Sikorsky S-70B Seahawk untuk menyertai latihan ini.
 
Kapal Tentera Laut Singapura yang menyertai latihan MALAPURA 2017

Frigate RSS Formidable
Korvet RSS Victory
PV RSS Resilience
Sikorsky S70B seahawk
 
Sementara itu, RMN diwakili oleh kapal frigat (KD Lekiu), Korvet (KD Kasturi), kapal rondaan (KD Selangor), dan sebuah helikopter Super Lynx. 

Kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia yang menyertai MALAPURA 2017

Frigate KD Lekiu

Korvet KD Kasturi
PV KD Selangor
Super Lynx 30
Panglima Angkatan Laut Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin memberitahu pemberita semasa latihan minggu lalu, bahawa ia memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada diplomasi pertahanan kedua-dua negara meskipun terdapat masalah diantara keduanya dari semasa ke semasa. 

"Latihan selama 30 tahun menyumbang kepada semangat diplomasi pertahanan kedua-dua negara. Walaupun kita ada masalah, kita masih dapat bekerjasama dan ini penting kepada negara-negara di rantau Asia, "katanya, menurut agensi berita nasional Malaysia Bernama.

sumber : The Diplomat 

  

No comments: