Tuesday, August 1, 2017

F18D TUDM MAMPU BEROPERASI HINGGA 2035

F-18D Hornet TUDM
BUTTERWORTH 29 Julai - Lapan pesawat tempur FA-18 D Hornet yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diyakini mampu melaksanakan tugas sehingga 2035.

Panglima TUDM, Datuk Seri Affendi Buang berkata, kesemua pesawat berkenaan telah melalui proses naik taraf secara konsisten dan berkebolehan dalam melaksanakan misi melindungi ruang udara negara.


Katanya, sejak 20 tahun lalu, FA -18 D Hornet telah terlibat melaksanakan pelbagai misi penting yang dipertanggungjawabkan kepada NO 18 Skuadron TUDM.



“Pesawat ini akan ditarif  sebagai matang, bukan pesawat usang dan mampu digunakan dalam tempoh 18 tahun lagi,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan NO 18 Skuadron di Terminal Udara Butterworth di sini hari ini.

Ciri umum F/A 18 D Hornet:

    Anak kapal: 2 (juruterbang dan jurusensor senjata)
    Panjang: 17.1 meter
    Rentang sayap: 12.3 meter
    Tinggi: 4.7 meter
    Berat kosong: 11,200 kg
    Berat berisi: 16,850 kg
    Berat berlepas maksimum: 23,400 kilogram

Prestasi:

    Kelajuan maksimum: Mach 1.8
    Jarak maksimum: 3,330 kilometer
    Ketinggian maksimum 15,000 meter

utusan

No comments: