Tuesday, August 22, 2017

KAPAL PEMUSNAH AS BERTEMBUNG DI PERAIRAN TELUK RAMUNIA

Kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John S McCain
WASHINGTON: Kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan sebuah kapal dagang di timur Selat Melaka dan Singapura hari ini.

Tentera Laut AS, dalam kenyataan berkata pemusnah peluru berpandu USS John S McCain mengalami kerosakan apabila bertembung dengan kapal Alnic MC ketika melakukan lawatan pelabuhan rutin di Singapura.

Ia kejadian kedua membabitkan kapal tempur Tentera Laut AS di perairan Asia dalam masa dua bulan

"Laporan awal menunjukkan John S McCain mengalami kerosakan di bahagian menghala ke pelabuhan," kata Tentera Laut, menambah misi mencari dan menyelamatkan sedang dijalankan.

Dalam kejadian 5.30 pagi semalam, USS John S McCain yang dalam perjalanan ke Singapura berlanggar dengan kapal dagang berdaftar di Liberia, MV Alnic MC pada kedudukan 4.5 batu nautika perairan Teluk Ramunia, Tompok Utara di Johor.

Perlanggaran ini turut mengakibatkan 10 kelasi hilang manakala lima lagi cedera.

Di fahamkan Pihak TLDM, APMM, Tentera Darat dan Polis Marin telah menggerakkan aset masing-masing dalam operasi SAR yang bermula 7.30 pagi semalam dalam usaha mengesan 10 kelasi kapal AS yang hilang.

peta kawasan kejadian
sumber : berita harian

No comments: