F-18D Hornet TUDM |
Panglima TUDM, Datuk Seri Affendi Buang berkata, kesemua pesawat berkenaan telah melalui proses naik taraf secara konsisten dan berkebolehan dalam melaksanakan misi melindungi ruang udara negara.
Katanya, sejak 20 tahun lalu, FA -18 D Hornet telah terlibat melaksanakan pelbagai misi penting yang dipertanggungjawabkan kepada NO 18 Skuadron TUDM.
“Pesawat ini akan ditarif sebagai matang, bukan pesawat usang dan mampu digunakan dalam tempoh 18 tahun lagi,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan NO 18 Skuadron di Terminal Udara Butterworth di sini hari ini.
Ciri umum F/A 18 D Hornet:
Anak kapal: 2 (juruterbang dan jurusensor senjata)
Panjang: 17.1 meter
Rentang sayap: 12.3 meter
Tinggi: 4.7 meter
Berat kosong: 11,200 kg
Berat berisi: 16,850 kg
Berat berlepas maksimum: 23,400 kilogram
Prestasi:
Kelajuan maksimum: Mach 1.8
Jarak maksimum: 3,330 kilometer
Ketinggian maksimum 15,000 meter
utusan
No comments:
Post a Comment