Tuesday, February 26, 2019

HMCS BONAVENTURE AIRCARFT CARRIER TERAKHIR TENTERA LAUT DIRAJA KANADA

HMCS Bonaventure (CVL22) milik RCN
HMCS Bonaventure (CVL-22) adalah kapal pengangkut pesawat ringan kelas Majestic. Beliau berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Kanada dan Pemerintah Angkatan Maritim Kanada dari 1957 hingga 1970 dan merupakan kapal pengangkut pesawat ketiga dan terakhir yang berkhidmat di Angkatan Laut diraja Kanada. 

Kapal ini asalnya dibangunkan untuk Tentera Laut Diraja British sebagai HMS Powerful pada bulan November 1943. Pada akhir Perang Dunia II, kerja pembinaan kapal itu digantung pada tahun 1946 dan disambung semula pada tahun 1952.

Pada masa pembinaan semula untuk Tentera Laut Kanada (RCN), ia telah memutuskan untuk memasukkan teknologi pengangkut pesawat baru ke dalam rekaannya. Ia memasuki perkhidmatan pada tahun 1957 dan diberi nama Bonaventure.
 
HMCS Bonaventure pada pandangan atas
Sepanjang perkhidmatannya HMCS Bonaventure pernah terlibat dalam rondaan besar-besaran angkatan NATO dan latihan angkatan laut utama dan mengambil bahagian dalam Krisis Peluru Berpandu Cuba.

Kapal ini mempunyai panjang 704 kaki (214.6 m) dengan keseluruhan lebar maksimum 128 kaki (39 m) dan ketinggian 25 kaki (7.6 m). Kapal ini mempunyai berat standard 16,000 tan (16,257 tan) dan 20,000 tan (20,321 tan) pada beban muatan penuh.

Dengan enjin yang menghasilkan kuasa 30000 KW membolehkan kapal ini belayar maksimum kelajuan 24,5 knot (45.4 km / h; 28.2 mph) dengan isian minyak sebagai bahan api sebanyak 3,200 tan.
 
Pesawat tempur Banshee terbang melintasi Bonaventure

Pesawat F2H-3 Banshee tunjang utama HMCS Bonaventure
HMCS Bonaventure mengendalikan 3 jenis pesawat iaitu pesawat tempur McDonnell F2H-3 Banshee, pesawat Grumman CS2F Tracker dan helikopter Sikorsky HO4S yang berperanan dalam peperangan anti kapal selam (ASW)   setelah menjalani program mid-life refit pada tahun 1967 geladaknya mampu membawa Helikopter CHSS-2 Sea King.

Menjelang akhir tahun 1960-an, Kementerian pertahanan Kanada menghadapi kemelut pemotongan perbelanjaan dan HMCS Bonaventure dilabelkan sebagai aset yang memerlukan perbelanjaan tinggi iaitu USD 20 juta setahun. Ini menyebabkan ia terpilih sebagai aset yang akan dibubarkan.

Sebelum dilucutkan tauliah pada 1970, operasi terakhirnya ialah mengangkut pasukan tentera Kanada untuk latihan ke Jamaica pada bulan Januari 1970 dan sebelum itu pada disember 1969 menerima pesawat terakhir mendarat diatasnya.

Bonaventure telah lucutkan tauliah di Halifax pada 3 Julai 1970 dan dihantar ke Taiwan pada tahun 1971 untuk dilupuskan. Jangka hayat perkhidmatannya dalam tentera laut Kanada sangat singkat iaitu 13 tahun.
 

1 comment:

monyet said...


JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
WA : +855969190856