Monday, February 4, 2019

CAT FEROMAGNETIK PESAWAT J-16 HAMPIR STEALTH -DAKWA CHINA

 
Shenyang J-16


















China mendakwa bahawa pesawat pejuang J-16 kini mempunyai keupayaan "hampir stealth". Cat yang meliputi J-16 adalah sejenis cat Feromagnetik iaitu salutan coating yang memberikan kemampuan stealth kepada pesawat pejuang, menjadikannya hampir tidak terlihat dengan mata kasar dan hampir tidak terkesan dengan alatan elektromagnetik, media China menulis.

Walaupun di upgrade dengan cat pelapis anti radar bagi menyukarkan ia dikesan oleh radar, mungkin akan memberi sedikit kemampuan stealth yang baik namun terbatas. Kerana pesawat ini direkabetuk dengan kelebihan maneuver yang baik bukannya stealth.

J-16 adalah versi diubahsuai dari J-11, yang merupakan salinan dari pesawat Su-27 Rusia. Kelebihan pesawat pejuang reka bentuk Rusia adalah kebolehannya dalam  maneuver dan tidak stealth. 


Seperti yang dinyatakan oleh ahli militer China, Fu Qianshao memberitahu Global Times bahawa cat baru untuk J-16 hanya mengurangkan jejak radar pada pesawat, menjadikan kemungkinan risiko pesawat J-16 di kesan lebih kecil. Musuh hanya dapat mengesanya pada jarak dekat dan memberi kelebihan besar dalam pertempuran.

J-16 akan digunakan oleh Tentera Udara China sebagai pesawat sokongan kepada pesawat stealth superiority J-20. Berkemampuan membawa lapan tan senjata, termasuk bom pintar, peluru berpandu udara ke udara, dan peluru berpandu anti-kapal. China dilaporkan juga membangunkan varian J-16 untuk peperangan elektronik.

J-16 meningkatkan keupayaan China untuk melakukan serangan ofensif. Pesawat tempur ini dijangka memainkan peranan penting dalam konflik bersenjata ke atas Taiwan, selain dari J-20


Sementara pihak China gah dengan mengatakan cat anti radar ini menyebabkan pesawat J-16nya hampir halimunan, pihak Tentera Udara US menurut National Interest, telah menggunakan cat Feromagnetik ini pada pesawat F-16nya hampir sedekad yang lalu.

Keseluruhan badan pesawat F-16 telah di sapukan dengan cat Feromagnetik pada 2012 iaitu cat yang sama digunakan pada pesawat Halimunan (stealth) F-35.

Malah menurut laporan The Aviationist walaupun diupgrade dengan cat Feromagnetik namun tahap pengesanan keratan-rentas radar pada F-16 ialah 1.2 meter persegi lebih besar berbanding 0.005 meter persegi untuk pesawat F-35 dan F-22 Raptor yang sememangnya direka khas untuk halimunan.

Walaupun banyak mana cat kalis radar di masukkan pada setiap bahagian F-16, ianya tetap dilebelkan sebagai pesawat tempur generasi ke-4 tanpa disebut kemampuan halimunannya.

Hal yang sama berlaku pada pesawat J-16, kelebihan cat ini mungkin membolehkan ianya memantulkan radar dan mungkin menyukarkan sedikit radar untuk mengesannya, namun ianya tetap dianggap sebagai pesawat generasi ke-4 tanpa keupayaan stealth.

sumber : Bussiness Insider 

 

No comments: