Wednesday, May 29, 2019

PERANAN UTAMA APMM (MARITIM MALAYSIA)

Berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara
Baru-baru ini timbul tentang ura-ura untuk meletakkan APMM (Maritim Malaysia) di bawah KDN dengan alasan pertindihan tugas dengan Polis Marin.

Mengenai isu ini MMP (Malaysia Military Power) ingin mengupas peranan dan fungsi sebenar APMM ini diwujudkan.

APMM ditubuhkan pada Februari 2005 setelah Akta APMM 2005 mendapat kelulusan Parlimen dan Agong pada masa itu. APMM berperanan menguatkuasakan undang –undang maritim berdasarkan jarak operasi maritim 200 batu nautika dari pantai negara kita.

Penubuhan APMM ini dilihat mengurangkan beban tugas yang kerap kali ditanggung oleh TLDM dalam pengawasan zon maritim EEZ. Ramai yang mengatakan mengapa tidak diberikan kepada Polis Marin.

Suka diingatkan bidang kuasa Polis Marin sangat lah terhad. Polis secara azali dari dulu hanya menjaga keamanan di dalam Negeri sahaja.

Pekara ini juga terpakai kepada Polis Marin yang mana Polis Marin diberikan keutamaan tugasan perairan negara pada jarak 12 batu nautika yang melibatkan jenayah dan rondaan keselamatan.

Untuk pengetahuan, China Coast Guard sebenarnya sejak tahun 2018 telah diletakkan dibawah pemerintahan tentera sepenuhnya.

APMM peranan nya sama dengan US Coast Guard atau Coast Guard negara lain iaitu menguatkuasakan undang-undang maritim di Zon EEZ.

APMM juga dilihat sebagai Badan Bukan Ketenteraan di zone EEZ yang mana kehadirian nya di Zon EEZ dilihat sebagai penguatkuasa yang sah oleh kerajaan Malaysia.

Antara peranannya :-

1. Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

2. Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

3. Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.

4. Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).

5. Menjalankan pengawasan udara dan pantai.

6. Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.

7. Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.

8. Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.

9. Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.

10. Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.

11. Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau
perang.

Contoh peristiwa fungsi APMM ini penting seperti kes Kapal-kapal China Coast Guard yang menghampiri beting patinggi Ali di bintulu. China secara total memang kerap gunakan Coast Guard mereka menceroboh perairan spartly kerana apa?

Negara –negara seperti Malaysia,Filipina dan Vietnam tidak boleh melakukan provakasi ketenteraan ke atas mereka yang mana China akan gunakan alasan untuk serangan balas.

Oleh yang demikian seperti peristiwa pencerobohan beting patinggi Ali. Kapal Peronda APMM dikerah mengawasi dan menghalau Kapal China Coast Guard yang 10 kali ganda besar saiz dair kapal peronda APMM.

                     China Coaat  Guard                      
Ingat satu kapal China Coast Guard pada masa itu jenis Frigate type 218. So dari insiden berkenaan kita nampakkan betapa kritikalnya APMM dalam isu pertelagahan zon EEZ ini dan kerana APMM ini laa Malaysia boleh bertegas dalam isu kedaulatan EEZ nya tanpa perlu provakasi dari Tentera.

Bagi MMP, cadangan untuk dipindahkan di bawah KDN tidak laa salah dan tidak laa betul. APMM kalau pada hemah MMP perlu dibawah ATM kerana nya fungsi nya yang lengkap dengan anggota bersenjata dan asset-aset yang boleh dikatakan memiliki kemudahan ketenteraan yang separa lengkap.

Bidang tugas APMM ini jelas besar dan tidak boleh dipikul bersama dengan Polis Marin. Mereka perlu diberikan hak dan kebebasan untuk jalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan tersusun.

MMP tidak melihat APMM menangkap penjenayah,pati dan kapal-kapal penceroboh menjadi masalah kepada Polis dan Imigresen, sebab ATM dari dahulu terlibat dalam operasi menahan dan menangkap penyeludup dan pati di sempadan negara. ATM juga serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

So Kalau ATM boleh kenapa APMM dikatakan penindihan kuasa pulak?

Sumber : Malaysia Military Power


1 comment:

terserah said...

ayo daftar di agen365*com :D
WA : +85587781483