Tembakan peluru berpandu exocet dari KD Kasturi |
“Kejayaan penembakan kedua-dua peluru berpandu ini adalah membuktikan tahap kecekapan warga TLDM dalam memastikan kesiagaan peralatan dan sistem persenjataan terutamanya sistem pertempuran kapal,
“Kejayaan ini juga membuktikan warga TLDM berupaya untuk menggendalikan dan menyelenggara sistem persenjataan yang canggih tanpa bantuan pihak luar seperti kontraktor dari luar negara,” jelas Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sani.
misil Exocet MM40 block II |
Eks Taming Sari merupakan sebahagian daripada komponen Eksesais Kerismas 26/2019, yang merupakan latihan terbesar buat TLDM.
Menurut Panglima Tentera Laut, kali terakhir Eks Taming Sari diadakan adalah pada tahun 2014.
“Eks Taming Sari pada kali ini secara tidak langsung menguji kesiagaan peluru berpandu, platform peluru berpandu dan penggunanya yakni warga TLDM,
Penembakan peluru berpandu sea skua dari helikopter Super Lynx |
Dalam latihan tersebut, peluru berpandu Exocet MM40 Block II telah dilancarkan oleh KD Kasturi sementara dua peluru berpandu Sea Skua telah dilancarkan oleh helikopter Superlynx. Kedua-dua peluru berpandu tersebut merupakan peluru berpandu jenis anti kapal yang dimiliki oleh TLDM.
Menurut Panglima Tentera Laut, kesemua peluru berpandu dilancarkan secara serentak oleh KD Kasturi dan helikopter Superlynx.
Menteri pertahanan dan timbalannya menyaksikan penembakan peluru berpandu tersebut |
“Kejayaan penembakan kedua-dua peluru berpandu ini membuktikan pelaburan rakyat terhadap pembelian aset ketenteraan khususnya TLDM bukanlah sia-sia,” tegas Reza.
sumber : airtimes.my
1 comment:
Poker online dengan presentase menang yang besar
ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856
Post a Comment