Kapal Selam KRI-Nagapasa dari kelas Chang Bogo |
Indonesia sebelum ini telah menempah 3 buah Kapal Selam Kelas Chang Bogo pada 2011 dengan kapal pertama terima oleh Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) pada 2017 dengan diberi nama kapal selam Nagapasa.
Kemudian pada 2019, Indonesia menambah lagi 3 buah Kapal Selam Kelas Chang Bogo dengan perjanjian pemindahan teknologi serta lesen kebenaran memasang kapal selam berkenaan di Indonesia dengan dana diperolehi menerusi pinjaman bank secara kredit dari bank di Korea Selatan.
Dilaporkan Indonesia tidak berpuashati dengan keupayaan dengan prestasi Kapal Selam Chang Bogo terutama membabitkan bateri, Sistem Pengurusan Pertempuran (CMS) termasuk torpedo dan misil gagal dilancarkan.
Dengan lawatan Menteri Pertahanan Indonesia ke Perancis dilaporkan berminat dengan kapal selam Scorpene dari Perancis. Pada 2016, Perancis dilaporkan menawarkan varian mini Kapal Selam Scorpene iaitu Scorpene 1000.
Scorpene 1000 mempunyai berat kira-kira 1000 tan sahaja berbanding varian penuh Scorpene mempunyai berat 1500 tan ke 2000 tan.
Dianggap kapal selam halimunan (Stealth), varian mini Scorpene masih mengekalkan ciri varian penuh Scorpene namun kekurangan jumlah misil dan torpedo serta tiub torpedo dikurangkan.
Mini Scorpene dilengkapi sistem CMS SUBTICS keluaran Naval Groups dengan diintergrasikan dengan sistem sensor, optik, sistem peperangan elektronik serta sistem kawalan tembakan.
Kapal Selam Scorpene telah digunakan oleh Chile, Malaysia, India dan Brazil.
Selain itu Indonesia juga dilaporkan sedang meneliti pilihan yang lain iaitu Kapal selam buatan Turki Type 214 atau dari Jerman. Difahamkan bahawa Turki menghasilkan kapal selam yang lesennya diperolehi dari Jerman.
sumber -Malaysia Defence Review-
No comments:
Post a Comment