Hari itu dalam lipatan sejarah : foto dari informasi tempur |
Secebis sejarah pengunduran Kompeni D BN 4 PPH dari Thailand pada 06 JUN 1976.
Pengunduran PPH di bantu oleh Royal Thai Army diiringi dari Betong ke Ayer Panas Kroh dan di sambut lebih dari 5 Batalion PPH yang siap sedia menunggu kepulangan Wira Wira Negara .
Pengunduran ini terjadi berpunca apabila pengganas komunis telah berjaya menghasut Thai BPP supaya tidak bekerjasama dgn PPH .
Akibat termakan hasutan itu telah menyebabkan pihak Thai BPP enggan untuk keluar meronda bersama sama PPH didalam Wilayah Thailand seperti kelazimannya .
Berikutan dengan keengganan Thai BPP itu telah menyebabkan rondaaan bersama tidak dapat dilakukan oleh kerana PPH tidak boleh meronda sendirian di dalam wilayah Thailand .
Bila keadaan ini berlaku, komunis telah bebas bergerak keluar masuk ke Malaysia kerana PPH tidak boleh lagi melakukan rondaan dan bergerak didalam kawasan Thailand .
Akibatnya hampir mencetuskan pergaduhan diantara THAI BPP dgn PPH. Akhirnya kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menarik balik keluar semua anggota PPH yg berada di Thailand .
long march oleh PPH :foto dari informasi tempur |
Bagaimanapun timbul pula masaalah lain apabila Thai BPP ( Thai Border Police Patrol ) tidak membenarkan kereta kebal kita memasuki wilayah Thailand seperti kebiasaannya untuk melindungi Konvoi PPH semasa bergerak keluar dari Thailand, sedangkan ancaman akan berlakunya kejadian serang hendap dari pengganas komunis sangat tinggi pada masa itu .
Rundingan diantara pihak kerajaan Thai dgn Malaysia yang di ketuai olih Tan Sri Ghazali Shafie telah dijalankan dan hasil dari rundingan pihak Kerajaan Thailand telah bersetuju untuk menarik balik sebarang penglibatan Thai BPP dalam proses pengunduran PPH dari Thailand dan kemudiannya tugas ini telah digantikan oleh Tentera Thailand.
Pengunduran ini sangat dramatik apabila sorang Leftenan tentera Thailand telah membuat pengumuman melalui pembesar suara disekitar pekan Betong, jika berlaku sebarang tembakan keatas PPH semasa pengunduran secara berjalan kaki ini berlangsung di dalam wilayah Negara Thailand , seluruh pekan Betong akan dibakar oleh tentera Thailand.
Sepanjang kiri kanan jalan dari Thailand hingga ke sempadan Malaysia Thailand dikawal ketat oleh tentera Thailand, manakala disebelah Malaysia oleh tentera Malaysia hingga ke pekan Keroh.
Satu kejutan sepontan telah berlaku semasa PPH sampai di Kg Air Panas Keroh, apabila pendudok kampong telah keluar beramai ramai berbaris ditepi jalan sambil menaburkan bunga kepada PPH yang sedang berjalan didepan mereka .
penduduk keluar memberi sambutan |
Keadaan ini sangat mengharukan dan telah memberikan suntikan semangat kepada semua PPH yang terlibat dipintu sempadan keluar dari Thailand.
Tan Sri Ghazali Shafie sendiri selaku Menteri Dalam Negeri masa itu, turut berada disitu sebagai pembakar semangat kepada para anggota PPH yg berkenaan.
Di Kem Tentera di Keroh semua unit artileri bersiap sedia dan telah menghalakan sasaran nya kearah Thailand.
BELAJARLAH DARI SEJARAH , AGAR BANGSA KITA TIDAK MENJADI TINGGALAN SEJARAH .
TERIMA KASIH .
No comments:
Post a Comment