Wednesday, April 21, 2021

KD JERONG SELESAI MENJALANI PROGRAM REPOWERING

KD jerung menjalani program refit membolehkan ia beroperasi 15 tahun lagi

SANDAKAN - KD JERONG (3505) yang merupakan salah satu kapal di Skuadron Fast Attack Craft (FAC) kelas Meriam merupakan kapal kelima selesai menjalani repowering melibatkan sistem kuasagerak (propulsion system) secara total. 

Repowering ini adalah projek penggantian kesemua jentera utama, kotak gear, shafting, propeller dan set janakuasa dimana ianya sebahagian skop rutin refit KD JERONG di Limbungan Weldan Marine Services Sdn Bhd.

Hasil inisiatif repowering ini telah membolehkan sebahagian aset di Armada TLDM diberi nafas baharu dengan peningkatan keupayaan beroperasi, jangka hayat lebih panjang, supportability yang lebih baik dan memberi ROI yang tinggi kepada TLDM/Kerajaan. 

Di antara ROI yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan minyak yang jimat kerana menggunakan teknologi moden, MTBO (Mean Time between Overhaul) yang lama, kadar pelepasan karbon yang rendah, kos alat ganti akan datang yang kompetitif dan sebagainya.

Setelah repowering dilakukan jangkat hayat FAC kelas jerong ini mampu beroperasi 15 tahun lagi.

Kelas Jerong adalah varian kapal Lurssen FPB / TNC-45 yang dilengkapi dengan konfigurasi FAC- (G) , dengan sistem pensenjataan yang lebih ringan iaitu meriam Bofors 57mm di bahagian hadapan dan 40mm di belakang.

Ia berkemampuan menjalankan tugas dalam suasana aman, melakukan rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif, memintas pendatang tanpa izin serta bot-bot nelayan dari negara jiran dan melakukan operasi anti-cetak rompak.

KD Yu (3508)

Terdapat lima lagi kapal FAC dalam kelas ini iaitu KD Todak (3506), KD Paus (3507), KD Yu (3508), KD Baung (3509) dan KD Pari (3510)

sumber : TLDM

5 comments:

sandstorm7 said...

Memang tepat waktu nya,utk naik taraf kapal tua oleh kerana tiada perolehan kapal baru.tetap naik taraf kapal FAC tersebut sebenarnya lebih bernilai tinggi sekira nya senjata lama 40mm d kluarkan saja dan d gantikan dengan quad manpad hellfire atau quad manpad javelin.
RHIB yg bertenggek d atas rumah engin bole lah d sandang d samping badan FAC tersebut dan dua biji bole d sandamg..sistem winch bole lah d kluarkan utk ruang melancar UAV mengunakan katapul....mesin gun 12.7mm bole jugak d pasang d belakang kiri dan kanan...

sandstorm7 said...

Selain itu...hull depan FAC ini jugak seharusnya d perkukuh utk melakukan "ramming" sekira nya perlu...bergitu jugak samping FAC d perkukuh agar bole melakukan "ship boarding" dengan hanya menghempit tongkang kecil tanpa perlu mengunakan RHIB.sebenar nya bnyk modifikasi kecil yg bole d lakukan utk memperkasakan FAC lama agar sentiasa relevant d samudra lepas.

sandstorm7 said...

Setelah kta saksikan perang HAMAS dgn Israel,ternyata kapal kapal FAC berukuran 50-70 mtr masih relevant,sekira nya dahulu FAC ini di lengkapi misil....tpi buat zaman skrg FAC beeukuran sedemikian ada baik nya di lengkapi dgn jammer radio frekunsi atau digital frekunsi...meriam calibre sederhana dan misil jarak dekat utk menangkis UAV kamikaze..misil pembinasa dll...selain tugasan menangkis ancaman dari udara...mesingan berat jugak perlu utk menghentikan ancaman bot laju kamikaze.....

sandstorm7 said...

Jd TLDM perlu sedar...frigate canggih LCS yg hanya 2 - 4 biji bukan lah penentu utk mengawal pelantar minyak dan gas negara dari d cerobohi....malahan TLDM perlu memperbanyakkan FAC murah dan anggih dlm jumlah yg bnyk

Dein said...

terbaik artikelnya