Frigate kapal perang paling banyak dioperasikan oleh armada tentera laut. Hampir semua negara didunia memilikinya. Direka untuk manuver cepat dan dapat digunakan untuk mengawal dan melindungi kapal yang lebih besar dari ancaman udara, permukaan dan bawah air, yang menjadikan kapal ini landasan penting untuk menjamin pertahanan dan kawalan semua bidang di bawah kedaulatan sebuah negara.
Berbanding dengan Destroyer, saiz dan berat frigate adalah lebih kecil sedikit, begitu juga dengan sistem persenjataan dan pertahanan.
Frigate merupakan kapal perang pilihan utama bagi negara Asean untuk dioperasikan oleh tentera Laut masing-masing. Mungkin disebabkan kos pengoperasian dan penyelenggaraan yang murah dari Destroyer serta sistem persenjataan yang boleh dikatakan sekarang ini padu dan canggih dari segi menangani ancaman udara, permukaan dan dasar laut.
Merupakan frigat peluru berpandu Angkatan Laut Indonesia dari jenis SIGMA 10514 keluaran Belanda, dinamai sempena nama Laksamana Indonesia Raden Eddy Martadinata.
Pada masa ini hanya dua Frigat kelas Martadinata telah dibina dan berkhidmat dengan TNI Angkatan Laut
1. KRI Raden Eddy Martadinata (331)
2. KRI I Gusti Ngurah Rai (332)
Berat 2365 tan, panjang 105.11 meter, kelajuan maksima 28 knot (52 km/h) dan jarak rondaan 3600 batu nautika (6700 km) pada kelajuan 18 knot.
1 x meriam utama OTO Melara 76 mm
2 x meriam ringan Denel GI-2, 20 mm
1 x Rheinmetall Oerlikon Millennium Gun
12 x VL MICA (peluru berpandu permukaan ke udara)
8 x Exocet MM40 Blok III (peluru berpandu anti kapal)
2 x triple Torpedo launching system EuroTorp B515, EuroTorp A244/S Mod.3 Whitehead.
Helikopter : Eurocopter AS565 Panther
Kelas Ahmad Yani - 5
|
KRI Ahmad Yani (351) |
Frigate Kelas Ahmad Yani (351) salah satu dari lima kapal frigat pelbagai peranan diperolehi oleh Angkatan Laut Indonesia pada tahun 1980-an dari Belanda. Asal kapal ini ialah dari kelas Van Speijk Royal .Netherlands Navy.
TNA AL mengoperasi 5 buah kapal kelas ini iaitu :
1. KRI Ahmad Yani (351)
2. KRI Yos Sudarso (353)
3. KRI Oswald Siahaan (354)
4. KRI Abdul Halim Perdanakusuma (355)
5. KRI Karel Satsuitubun (356)
Berat 2850 tan, panjang 113.4 meter, kelajuan maksima 28.5 knot (52.8 km/h) dan jarak rondaan 4500 batu nautika (8300 km) pada kelajuan 12 knot.
Sistem senjata :
1 × meriam utama OTO Melara 76 mm
1 x Simbad berkembar Pelancar untuk SAM Mistral (Asalnya dilengkapi dengan Seacat)
4 × SS-N-26 SSM (KRI Oswald Siahaan) (Angkatan Laut Indonesia)
4 × C-802 SSM (Misil anti kapal)
2 × 3 - Tiub torpedo anti-kapal selam 32
Helikopter : Messerschmitt-Bölkow-Blohm Bo 105
SINGAPURA - 6 Frigate
Kelas Formidable - 6
|
Frigate peluru berpandu RSS Steadfast |
Frigat stealth peibagai peranan, kelas-Formidable adalah platform permukaan terkini yang beroperasi dengan Angkatan Laut Republik Singapura, dan merupakan derivative dari kapal frigat kelas La Fayette Tentera Laut Perancis. Enam kapal itu membentuk Flotilla Pertama RSN.
Ciri -ciri pengurangan keratan rentas radar (RCS) telah dimasukkan ke dalam reka bentuk kelas Formidable. Ini menjadikan ianya sukar dikesan oleh radar.
RSN mengoperasi 6 buah kapal kelas ini :
1. RSS Formidable (68)
2. RSS Intrepid (69)
3. RSS Steadfast (70)
4. RSS Tenacious (71)
5. RSS Stalwart (72)
6. RSS Supreme (73)
Berat 3200 tan, panjang 114.8 meter, kelajuan maksima 27 knot (50 km/h) dan jarak rondaan 4200 batu nautika (7780 km) pada kelajuan 18 knot.
Sistem senjata :
1 x meriam utama Oto Melara 76mm Super Rapid (dipasang stealth cupola)
8 × RGM-84C Harpoon SSM (misil anti kapal
2 × Sylver A50 8-sel VLS untuk MBDA Aster 15/30 (anti udara)
2 × Sylver A43 8-sel VLS untuk MBDA Aster 15 (anti udara)
2 × B515 tiub tiga kali dengan muatan semula untuk torpedo EuroTorp A244 / S Mod 3 (ASW)
4 × STK 50MG 12.7 mm (0.50 in) HMG,
2 × 25mm Mk38 Mod2 Typhoon Weapon Station Stabilized Gun
Peranti Akustik Jarak jauh 500 Xtreme (LRAD500X)
Helikopter : S-70B Seahawk (pelbagai misi)
MALAYSIA - 4 Frigate
Kelas Lekiu - 2
|
Frigat KD Lekiu (30) |
Frigat kelas Lekiu adalah kelas frigat Tentera Laut Diraja Malaysia. Merupakan kapal tempur permukaan paling moden di miliki Tentera Laut Diraja Malaysia, sehingga kapal frigat kelas Maharaja Lela selesai dibina.
Kapal-kapal itu dibina di United Kingdom oleh Yarrow Shipbuilders dari Glasgow (sekarang BAE Systems Surface Ships) dari reka bentuk Frigat F2000.
Kelas ini terdiri daripada dua kapal, :
1. KD Jebat (29)
2. KD Lekiu.(30)
Berat 2300 tan, panjang 106 meter, kelajuan maksima 28 knot (52 km/h) dan jarak rondaan 4200 batu nautika (7780 km) pada kelajuan 18 knot.
Sistem Senjata :
1 × meriam utama Bofors 57 mm
2 × meriam ringan MSI DS30M 30
16 × VLS untuk Sea Wolf SAM (misil anti udara)
8 × Exocet MM40 Blok 2 SSM (misil anti kapal)
2 × tiga tube torpedo Eurotorp B515 dengan torpedo A244-S ASW
Helikopter : Super Lynx 300
Kelas Kasturi - 2
|
KD Lekir (26) |
Kelas Kasturi terdiri dari dua kapal yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal itu dianggap sebagai Light fregat atau large korvet.
Kelas itu dipesan pada Februari 1981, dan dibina oleh Limbungan kapal Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW) Jerman. Kedua-dua kapal itu dilancarkan serentak pada 14 Mei 1983 dan mula beroperasi pada 15 Ogos 1984.
Kelas Kasturi di bina berdasarkan reka bentuk FS 1500 HDW. Terdiri dari dua buah kapal iaitu:
1. KD Kasturi
2. KD Lekir
Berat 1850 tan, panjang 98 meter, kelajuan maksima 28 knot (52 km/h) dan jarak rondaan 5000 batu nautika (9300 km) pada kelajuan 14 knot.
Sistem senjata :
1 × Bofors 57 mm (meriam utama)
2 × MSI DS30M 30 mm (meriam sekunder)
1 x MANPAD SAM (misil anti udara)
8 × Exocet MM40 Blok 2 (misil anti kapal)
2 × tiga tube torpedo Eurotorp B515 dengan torpedo A244-S ASW
Helikopter : Super Lynx 300
FILIPINA - 2 Frigate
Kelas Jose Rizal - 2
|
BRP Jose Rizal (FF-150) |
Di bina oleh Hyundai Heavy Industries Korea Selatan berdasarkan reka bentuk kapal FFX-I/HDF-3000, merupakan Frigat pelbagai peranan.
kapal pertama BRP Jose Rizal (FF-150) dihantar pada Mei 2020 sementara BRP Antonio Luna (FF-151) tiba pada 21 Mac 2021.
Keupayaan misi frigat termasuk peperangan anti-udara (AAW), peperangan anti-permukaan (ASuW), perang anti-kapal selam (ASW) dan peperangan elektronik.
Berat 2600 tan, panjang 107 meter, kelajuan maksima 25 knot (46 km/h) dan jarak rondaan 4500 batu nautika (8300 km).
Sistem senjata :
1 × meriam OTO Melara 76 mm Super Rapid
1 × meriam ringan 30 mm Aselsan SMASH RWS
4 × mesingan S&T Motiv K6 .50 cal (12.7 mm)
1 × Close-in weapon system (FFBNW)
4 × LIGNex1 Haeseong (C-Star) SSM-710K misil anti kapal pada canister berkembar.
2 × MBDA Mistral-3 Simbad-RC pelancar berkembar
8 unit cell Vertical Launching System (FFBNW)
2 × SEA triple-tube 324mm pelancar torpedo untuk torpedo Blue Shark K745
Helikopter : Helikopter tentera laut AW159 Wildcat
Sumber : Wikipedia, Naval technology & army recognition
No comments:
Post a Comment