Wednesday, November 24, 2021

VARIAN M-346FA (FIGHTER ATTACK) DI TAWAR KEPADA MALAYSIA

Pesawat M346FA

Syarikat Leonardo  yang berpengkalan di Itali bukanlah asing di Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana ia telah lama bertapak di negara ini dengan beberapa produknya telah dan sedang digunakan oleh pelanggan-pelanggannya di negara ini seperti helikopter AW139 dan lain-lain lagi.

Selain helikopter, TUDM sememangnya bukanlah pengguna yang asing terhadap produk keluaran syarikat Leonardo kerana ia telah lama menggunakan pesawat latihannya, dengan yang terbaru adalah pesawat latihan Aermacchi MB-339CM. (baru sahaja ditamatkan perkhidmatannya oleh TUDM).

Disebabkan familiarity dengan TUDM dan pasaran Malaysia, syarikat Leonardo itu dikatakan adalah antara frontrunner dalam persaingan untuk membekalkan pesawat FLIT/LCA kepada Malaysia, walaupun penamatan khidmat lebih awal pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339 itu telah sedikit sebanyak mencalar reputasinya.

Pesawat Aermacchi MB-339CM 

TUDM menggunakan sembilan buah pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339CM bermula pada tahun 2009 sebelum perkhidmatannya digantung pada 2019 susulan insiden sebuah pesawatnya terhempas di Kuantan pada 2019 dan beberapa masalah teknikal yang lain.

Baru-baru ini,Kementerian Pertahanan mengesahkan ia telah menamatkan perkhidmatan pesawat latihan lanjutan itu,walaupun baru hanya menggunakannya selama 10 tahun.

Untuk tender FLIT/LCA TUDM, syarikat Leonardo dikatakan menawarkan varian M-346FA (Fighter Attack) yang telah diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2019 untuk pelanggan-pelanggannya yang mahu pesawat M-346 yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan pelbagai misi umpama mini MRCA.

Pada ketika ini, pesawat M-346 mempunyai tiga varian iaitu M-346 AJT (Advance Jet Trainer), M-346 FT (Fighter Trainer) dan M346 FA (Fighter Attack).

Varian pesawat dua tempat duduk M-346FA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan digital glass cokpit.

Sistem persenjataan yang mampu dibawa oleh pesawat ini

Selain itu pesawat turut memiliki LCD multi-function displays, head-up display, alatan night vision goggle (NVG), sistem voice command, sistem self-protection, sistem helmet-mounted display (HMD), navigasi dan komunikasi serta sistem traffic collision avoidance.

Leonardo berkata, varian FA (Fighter Attack) yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti ground support termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

Pesawat ini boleh beroperasi selama 2 jam dan 40 minit dengan menggunakan internal fuel tank dan berkemampuan melakukan air-to-air refuelling, salah satu spesifikasi yang digariskan oleh TUDM.

Grifo radar yang digunakan oleh M-346FA

M-346FA Leonardo ini menggunakan radar Grifo yang mana berlkeupayaan mengesan 10 sasaran serentak, 8 daripada 10 dipaparkan pada skrin.

Ia juga dilengkapi dengan tujuh stesen pylon bagi membolehkannya membawa pelbagai jenis senjata termasuk Iris-T, AIM-9L peluru berpandu udara-ke-udara, small diameter bomb,  JDAM  (Joint Direct Attack Munitions) pelbagai saiz, Paveway dan bom-bom biasa.

Sumber : DefenceSecurityAsia.com

No comments: