Sunday, November 7, 2021

DAPATKAH PESAWAT L15B TARIK MINAT TUDM???

L-15B Hongdu

Dengan harga bagi sebuah pesawat L-15B buatan China ini dianggar diantara USD$10 juta hingga USD$15 juta sebuah (RM40 juta hingga RM60 juta), adakah ia mampu menarik perhatian TUDM?

Dari jauh pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) “L-15B” buatan syarikat pembuat pesawat China,  Hongdu Aviation Industry Group Ltd (HAIG) kelihatan seperti pesawat pejuang mini F/A-18 Hornet atau F-16 Amerika Syarikat dengan rekabentuknya yang menarik.

Protaip pesawat supersonic L-15B “Falcon” yang dibangunkan oleh syarikat Hongdu berpengkalan di Nanchang itu mula terbang pada pada 2006, dijana oleh dua enjin yang diperbuat oleh syarikat Ukraine “Ivchenko-Progress”, AL-222 turbofans.

Pesawat L-15 Hongdu itu dipasarkan oleh China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC) yang merupakan agensi kerajaan China bertanggungjawab memasarkan produk-produk aviation keluaran pelbagai syarikat negara itu kepada pasaran dunia.

Pesawat L-15B itu direkabentuk dengan kelengkapan seperti pesawat generasi ke-4 termasuk glass cockpit dengan multi-fuction display, HOTAS dan lain-lain untuk menyediakan juruterbang-juruterbang Tentera Udara China menerbangkan pesawat-pesawat pejuangnya yang lebih canggih seperti Su-30, Su-35, J-10, J-16 dan J-20.

Dengan dua enjin turbofans buatan Ukraine itu, pesawat L-15B China ini mampu mencapai kelajuan sehingga 1.4 Mach, manakala radius operasi pesawat pula adalah sekitar 3,100km (bergantung kepada bebanan yang dibawanya. Jika semakin berat bebanan dibawanya, maka semakin pendeklah jarak operasi pesawat).

Tempat duduk instructor boleh diubahsuai untuk menjadi kokpit bagi WSO (Weapon System Officer) untuk membolehkan pesawat L-15B itu melaksanakan tugas-tugas sebagai pesawat pejuang ringan untuk membedil sasara-sasaran musuh.

Pesawat FLIT/LCA buatan China ini juga dikatakan berkemampuan untuk membawa peluru-peluru berpandu udara-ke-udara daripada jenis PL-10 (short range) dan PL-12 Beyond Visual Range (BVR) yang berkemampuan membedil sasaran udara sejauh 62 batu (100 km)

China dijangka akan mengemukakan pakej yang amat menarik daripada segi pembiayaan (financing) dan janji pemindahan teknologi daripada CATIC bagi memastikan ia memenangi kontrak daripada Malaysia.

Kapal Penyelidik China yang menceriboh Perairan ZEE malaysia

Bagaimanapun beberapa insiden pencerobohan pihak China di Zon Maritim Malaysia (ZMM) mungkin menyukarkan tawaran syarikat dari China itu, antaranya ;-
  
1. Insiden pencerobohan 16 buah pesawat tentera China di ruang udara Malaysia iaitu 60 nautika dari pantai Sarawak.

2. Pencerobohan kapal penyelidik China,  Da Yang Hao dan kapal pengawal pantai negara itu di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia terutamanya di Lapangan Gas Kasawari baru-baru ini turut menyebabkan ketegangan dalam hubungan Malaysia dan China. 

3. Saingan dari Syarikat pengeluar yang lain seperti  KAI, HAL, Turkish Aerospace Industries (TAI), Leonardo-Italy, Yukolev dan Rosoboronexport dengan tawaran dan pakej menarik masing-masing, juga akan menyukarkan syarikat dari China itu.

sumber : Defence security Asia

1 comment:

The King's Men said...

Tak payah beli. China kena dihajar. Tutup peluang mereka bersaing agar mereka faham bisnes mereka terjejas apabila mereka mengotak-katik kedaulatan negara lain waima kecil...