Wednesday, November 17, 2021

PESAWAT HAWK 108 TUDM TERHEMPAS DI BUTTERWORTH

Pesawat Hawk 108, jenis pesawat yang terhempas di Butterworth

BUTTERWORTH: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 10.07 malam tadi.

Hishammuddin menerusi laman sosial Twitternya malam ini berkata, beliau telah menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan pesawat jenis Hawk 108 itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jen TS Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.


“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian,” katanya.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera.

Kali terakhir pesawat pejuang dua tempat duduk jenis Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ialah pada tahun 2017 di Chukai Terengganu, telah mengorbankan dua juruterbang.

Malaysia menggunakan kombinasi pesawat Hawk 108 (dua tempat duduk)  dan pesawat 208 (satu tempat duduk) untuk tujuan FLIT/LCA.

sumber: Utusan Online

No comments: