Monday, January 3, 2022

CHINA HADIAH KAPAL SELAM TYPE 35B (KELAS MING) PADA MYANMAR

Kapal selam kedua Myanmar Type 35B

Myanmar memperolehi kapal selamnya yang kedua, ehsan daripada “penyokong terkuatnya” iaitu China yang telah “menghadiahkan” negara Asia Tenggara dengan sebuah kapal selam diesel elektrik.

Kapal selam pertamanya adalah dari kelas kilo yang juga merupakan ehsan dari India.

Beijing merupakan penyokong utama rejim tentera Myanmar dipimpin oleh Jeneral Myint Aung Hlaing, yang telah memberikan sebuah kapal selam diesel elektrik kelas Type 035 atau kelas-Ming, membawa bilangan kapal selam dioperasi oleh Tentera Laut Myanmar kepada dua buah ketika ini.

China merupakan pembekal utama senjata kepada rejim di Myanmar daripada peluru berpandu anti-kapal C-802 kepada pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) JF-17 “Thunder” dan pesawat pengangkut Shaanxi Y-8.

Tentera Laut Myanmar telah menamakan kapal selam diterimanya daripada China itu,”UMS Minye Kyaw Htin” dan pemerhati hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara berjiran itu akan menjadi lebih akrab.

Menurut media tempatan, pemberian kapal selam daripada China itu akan digunakan sebagai “stop gap” sebelum Myanmar memperolehi kapal selamnya sendiri,dimana Beijing atau Russia dijangka menjadi calon utama pembekalnya.

Kapal selam UMS Minye Kyaw Htin seberat 2,100 tan juga bakal menjadi platform latihan untuk bakal-bakal krew kapal selam Myanmar.

Ia mampu membawa sehingga 57 krew dan beberapa jenis persenjataan termasuk lapan butir torpedo 533mm, peluru berpandu anti-kapal dan periuk api.

Ia boleh mencapai kelajuan 18 knot dan menyelam sehingga 300 meter.

Sebenarnya kapal selam kelas-Ming buatan China ini adalah direkabentuk hasil kapal selam Romeo buatan Russia.

Tentera Laut Bangladesh turut menggunakan dua buah kapal selam kelas Type 035G yang diperolehinya daripada China pada 2013 bernilai US$200 juta (RM800 juta), yang merupakan kapal selam pertama negara Asia Selatan itu.

Spesifikasi Type 35B

Berat         : 2,100 tan (menyelam)

Panjang    : 76 meter

Rasuk       : 7.6 meter

Kelajuan   : 18 knot tenggelam

Kedalaman operasi : 300 meter

Pendorongan : 2x Jenis E390ZC-1 diesel (5,200 hp setiap satu), dua aci

Awak kapal : 57 kelasi

Senjata: 8x 533 tiub torpedo (6x ke hadapan; 2x di belakang) untuk 16 torpedo atau 32 periuk api

sumber : Defence Security Asia & Naval news.


No comments: