Tuesday, April 12, 2022

SISTEM PERTAHANAN UDARA JARAK SEDERHANA - NASAMS

Misil AIM-120 AMRAAM dilancarkan dari pelancar sistem NASAMS

National Advanced Surface to Air Missile System (NASAMS) ialah sistem pertahanan udara jarak sederhana yang direka dan dibangunkan bersama oleh Raytheon dan Kongsberg Defense & Aerospace, terutamanya untuk Tentera Udara Diraja Norway (RNoAF).

Sistem itu boleh digunakan untuk mengenal pasti, mengunci dan memusnahkan pesawat, helikopter, peluru berpandu kruis, pesawat tanpa pemandu (UAV), serta melindungi aset bernilai tinggi dan pusat populasi massa daripada ancaman udara ke permukaan.

Sistem peluru berpandu ini sedang berkhidmat dengan RNoAF, Tentera Belanda, Tentera Sepanyol, Finland dan beberapa negara lain yang tidak didedahkan. Raytheon dan Kongsberg menandatangani perjanjian sepuluh tahun pada Jun 2015 untuk mengembangkan perkongsian mereka pada NASAMS sehingga 2025.

Sistem pertahanan udara NASAMS dipasang dengan radar pengawasan pencil 3D beam Raytheon MPQ-64F1 Sentinel resolusi tinggi, untuk mengesan dan menjejaki sasaran. Ia berkemampuan menjejak 72 sasaran serentak dalam mod aktif dan pasif.

Sistem peluru berpandu itu juga dilengkapi dengan pelancar AIM-120 AMRAAM.

Kenderaan pembawa misil AMRAAM (NASAMS)

NASAMS dilengkapi dengan tiga pelancar pelbagai misi yang berbeza, masing-masing membawa sehingga enam peluru berpandu sedia tembak di dalam kanister pelindung. Ia boleh dibawa dengan trak dan kereta api. Sistem ini mempunyai keupayaan pertahanan 360° dan sesuai untuk operasi siang dan malam, sepanjang cuaca.

Versi sistem yang dinaik taraf dipanggil NASAMS II telah beroperasi sejak 2007 dan dilengkapi dengan radar baharu dan 12 pelancar peluru berpandu untuk pengecaman yang lebih pantas dan pemusnahan sasaran.

Tige jenis Misil yang digunakan oleh sistem NASAMS

Bateri lengkap NASAMS II terdiri daripada 12 pelancar peluru berpandu (LCHR) (setiap satu membawa enam peluru berpandu AIM-120 AMRAAM), lapan radar (AN/MPQ-64 Sentinel F1 Improved Sentinel X band 3D radar), satu pusat kawalan Tembakan ( CTOC), satu kenderaan kamera elektro-optik (MSP500) dan satu kenderaan Sel Kawalan Taktikal (TCC).

Sistem ini boleh membedil sasaran udara pada jarak 30km di aras laut, manakala peluru berpandu itu berkeupayaan terbang setinggi 21km altitud.

Selain negara Eropah, beberapa negara Asia seperti Oman, Qatar, Australia dan Indonesia telah menandatangani kontrak pembelian sistem pertananan udara ini.

sumber : wikipedia & airforce-technology.com


No comments: