Wednesday, January 29, 2020

PEMBANGUNAN KETENTERAAN NEGARA JIRAN - THAILAND

Kereta Kebal terbaru milik RTA T84 Oplot.
Thailand dilaporkan akan membelanjakan USD 7.6 Billion untuk kententeraan pada 2020 bagi mengukuhkan pasukan Angkatan Tentera Thailand menerusi Bajet Tahunan yang diumumkan Kerajaan Thailand untuk Kementerian Pertahanan Thailand.

Thailand telah lakukan transformasi sejak 2017 untuk memastikan Angkatan Tentera Thailand terus releven terutama Tentera Darat DiRaja Thailand (RTA).

Satu Program Jangka Masa Panjang untuk Transformasi dan Penstrukturan 2017 - 2026 dibentuk bagi memastikan RTA mampu mengantikan aset usang dan berusia selain melakukan Kajian dan Pembangunan (R&D) penghasilan produk ketenteraan buatan tempatan.

Kereta kebal VT4 sebanyak 49 unit di tempah
Ia dimulakan dengan perolehan Kereta Kebal baharu bagi mengantikan kereta kebal "vintage" Perang Dingin M-41A3 Walker Bulldog dengan Kereta Kebal buatan Ukraine T-84 Oplot dan Kereta Kebal buatan China VT-4.

Perolehan T-84 Oplot dilakukan pada 2011 namun penyerahan 48 buah kereta kebal berkenaan alami kelewatan dan hanya selesai diserahkan pada 2018 berikutan Krisis Perang Saudara Ukraine.

Akibat dari kelewatan penyerahan, pada 2017, Thailand dilaporkan membuat perolehan 49 buah kereta kebal VT-4 dari China. Dilaporkan RTA telah menerima kesemua 48 unit kereta kebal berkenaan.
Kereta kebal vintage M41 Wlker Bulldog
Kereta kebal vintage M60 Patton

Thailand masih lagi mempunyai stok simpanan kereta kebal "vintage" Perang Dingin berjumlah 500 buah yang terdiri dari jenis M-60 Patton, M-48 Patton, M-41 Walker Bulldog dan Stingray.

RTA juga mempunyai simpanan stok kenderaan perisai tempur infantri "vintage" V-150 sebanyak 150 buah yang bakal diganti oleh BTR-3E1 dari Ukraine, VN-1 dari China dan M1126 Stryker dari Amerika Syarikat.

Tiga model yang di tempah Royal Thailand Army (RTA) untuk menggantikan model V-150
Pada 2010, Thailand telah menempah sejumlah kenderaan perisai BTR-3E1 dari Ukraine bagi mengantikan V-150. Dilaporkan 288 buah ditempah dengan beberapa unit dipasang secara tempatan secara berlesen. Sebanyak 238 buah BTR-3E1 telah diterima RTA.

Pada 2019, Thailand telah menerima pakej kenteraan dari Amerika Syarikat berupa 60 buah M1126 Stryker dari Amerika Syarikat. Ia merupakan stok simpanan Tentera Darat Amerika Syarikat dan penyerahan kesemua 60 buah telah selesai. Dilaporkan Thailand berminat menambah lagi 60 buah M1126 Stryker.

Selain itu, Thailand dilaporkan menempah 38 buah VN-1 dari China pada 2019. Terdapat laporan Thailand menambah lagi 73 buah lagi VN-1. Kumpulan pertama 38 buah VN-1 dijangka diserahkan pada tahun 2020-2021.


sumber :-Malaysia Defence Review-


Monday, January 20, 2020

INDONESIA MAHU BATAL KONTRAK KAPAL SELAM KOREA DAN CARI PILIHAN LAIN

Kapal Selam KRI-Nagapasa dari kelas Chang Bogo
Indonesia dilaporkan mahu membatalkan kontrak tambahan 3 buah kapal selam Kelas Chang Bogo keluaran Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan dengan mengantikannya dengan 4 buah Kapal Selam Scorpene keluaran Naval Group dari Perancis.

Indonesia sebelum ini telah menempah 3 buah Kapal Selam Kelas Chang Bogo pada 2011 dengan kapal pertama terima oleh Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) pada 2017 dengan diberi nama kapal selam Nagapasa.

Kemudian pada 2019, Indonesia menambah lagi 3 buah Kapal Selam Kelas Chang Bogo dengan perjanjian pemindahan teknologi serta lesen kebenaran memasang kapal selam berkenaan di Indonesia dengan dana diperolehi menerusi pinjaman bank secara kredit dari bank di Korea Selatan.

Dilaporkan Indonesia tidak berpuashati dengan keupayaan dengan prestasi Kapal Selam Chang Bogo terutama membabitkan bateri, Sistem Pengurusan Pertempuran (CMS) termasuk torpedo dan misil gagal dilancarkan.

Dengan lawatan Menteri Pertahanan Indonesia ke Perancis dilaporkan berminat dengan kapal selam Scorpene dari Perancis. Pada 2016, Perancis dilaporkan menawarkan varian mini Kapal Selam Scorpene iaitu Scorpene 1000.

Scorpene 1000 mempunyai berat kira-kira 1000 tan sahaja berbanding varian penuh Scorpene mempunyai berat 1500 tan ke 2000 tan.

Dianggap kapal selam halimunan (Stealth), varian mini Scorpene masih mengekalkan ciri varian penuh Scorpene namun kekurangan jumlah misil dan torpedo serta tiub torpedo dikurangkan.

Mini Scorpene dilengkapi sistem CMS SUBTICS keluaran Naval Groups dengan diintergrasikan dengan sistem sensor, optik, sistem peperangan elektronik serta sistem kawalan tembakan.

Kapal Selam Scorpene telah digunakan oleh Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Selain itu Indonesia juga dilaporkan sedang meneliti pilihan yang lain iaitu Kapal selam buatan Turki Type 214 atau dari Jerman. Difahamkan bahawa Turki menghasilkan kapal selam yang lesennya diperolehi dari Jerman.

sumber -Malaysia Defence Review-

Sunday, January 19, 2020

KD KERIS TELAH TIBA DAN DI TEMPATKAN DI ARMADA TIMUR

LMS KD Keris telah tiba di pengkalan TLDM Sepanggar (Armada Timur) : foto Malaysia Defence
KOTA KINABALU: Kapal Misi Pesisir (LMS) Kapal Diraja (KD) Keris kini telah tiba dan ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Sepanggar (TLDM) Armada Timur menjadikan jumlah keseluruhan 17 kapal yang beroperasi di perairan Sabah dan Sarawak tahun ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata kehadiran KD Keris di sini mampu mengukuhkan lagi jaringan pertahanan kawalan keselamatan perairan Malaysia khususnya Malaysia Timur.

"Penambahan aset ini juga mampu meluaskan lagi kawasan rondaan di pesisir pantai terutama di Laut Cina Selatan sekaligus meningkatkan keselamatan komuniti maritim negara.

"Kehadiran KD Keris juga mampu membantu mengurangkan kos pengoperasian serta mengurangkan bebanan tempoh operasi kapal lain sepertimana KD Baung yang merekodkan 230 hari operasi tanpa henti di lautan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Ketibaan KD Keris yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin di Tambatan PTKK.

KD Keris berukuran 68 meter panjang dan 9.2 meter lebar ini berkemampuan bergerak dengan kelajuan maksima 22 knot. Kapal yang dikendalikan 45 kru ini diketuai Pegawai Memerintah Komander Mohd Zulkarnain Mohd Rawi mampu beroperasi selama 15 hari di laut.

Sementara itu dalam perkembangan lain Reza berkata PTKK akan menerima 12 pesawat tanpa pemandu (UAV) ScanEagle yang dibiayai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat menerusi program Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) tahun ini.

"UAV akan dioperasikan di PTKK bagi menjaga perairan Sabah dengan mengambil masa kira-kira setahun untuk pembiasaan operasi sebelum digunakan untuk penugasan operasi mengikut keperluan termasuk di kawasan pantai timur Sabah," katanya.

Upacara memeriksa barisan krew KD Keris oleh Yang di pertua Negeri Sabah
Sumber : Utusan Borneo

Thursday, January 16, 2020

KUASA MARITIM ALAT UNTUK PAMER KEKUATAN NEGARA

TNI-AL mengawasi kapal CG China semasa menceroboh laut Natuna : foto dari Informasi tempur
ZAKI SALLEH / 14 Jan 2020.

ISU pencerobohan kapal pengawal pantai dan bot nelayan China yang berada di kepulauan Natuna di Laut China Selatan sejak minggu lalu telah mencetuskan ketegangan di kawasan perairan itu apabila Indonesia mengerahkan enam kapal perangnya ke sana bagi mengawasi keadaan.

Secara teknikalnya, kehadiran kapal pengawal pantai China itu dianggap bukan tindakan agresif kerana ia adalah kapal pasukan penguat kuasa maritim, berbeza jika yang menceroboh perairan itu adalah kapal perang.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama kapal-kapal itu memasuki perairan sekitar kepulauan tersebut kerana tindakan serupa dilakukan sejak tiga tahun lalu apabila Beijing mendakwa sebahagian lautan itu sebagai kawasan perikanan tradisionalnya.

Cumanya, reaksi Indonesia kali ini dilihat lebih keras apabila mengarahkan empat buah pesawat pejuang F-16 meronda di perairan tersebut, manakala beberapa lagi kapal perang digerakkan ke sana.

Biarpun kuasa militer Indonesia tidaklah sekuat mana jika dibandingkan dengan China tetapi Jakarta berani menunjukkan taring, lantas tindakan itu memberi keyakinan kepada rakyat terhadap tahap kewibawaan pentadbiran Presiden Joko Widodo.

Sekurang-kurangnya sebanyak 63 buah bot nelayan China dikesan memasuki perairan Natuna antara 19 hingga 24 Disember 2019.

Pertikaian tuntutan China terhadap kawasan di Laut China Selatan itu turut menyentuh wilayah negara lain seperti Brunei, Filipina, Taiwan, Vietnam dan Malaysia.

Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia perlu meletakkan kesiapsiagaan itu sebagai teras utama, lantas wajib melengkapkan angkatan lautnya.

Tidak dapat tidak, kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan (Mindef) harus menyemak kembali keperluan yang perlu untuk merancakkan program pembangunan yang dirangka Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menyentuh aspirasi 2020 TLDM, Panglimanya, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany menyasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus kapal TLDM berada pada tahap kesiapsiagaan antara kategori satu hingga tiga iaitu tidak rosak dan boleh beroperasi sepenuhnya serta rosak tetapi boleh beroperasi.

Jika mempunyai modal insan berkelas dunia sekali pun, jentera utama TLDM adalah untuk memiliki aset-aset teras iaitu kapal perang terbaik, selain pesawat udara dan kelengkapan pertahanan lain.

Kekurangan aset-aset itu boleh menyebabkan negara terpaksa bersikap lebih diplomasi sekiranya berhadapan pencerobohan perairan.

Percaya atau tidak, TLDM masih mengoperasikan kapal-kapal peronda lama yang mencecah usia lebih 40 tahun untuk mengawasi wilayah maritim negara.

Sebab itu, pentauliahan kapal misi pesisir (LMS) terbaru TLDM, KD Keris, di Limbungan Perkapalan Wuchuan, Qidong, Shanghai, China pada Isnin lalu amat besar signifikan.

Walaupun dilihat sedikit terlewat tetapi ia memberi kelegaan ketika TLDM bergelut dengan pengoperasian kapal-kapal era lampau. KD Keris dibina pada 31 Julai 2018, seterusnya dilancarkan pada 15 April tahun lalu.

Kapal itu kini dalam pelayaran pulang dan dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat ini. Walaupun bersaiz kompak tetapi LMS memiliki ciri-ciri kapal ronda moden, selain boleh diubah padan mengikut kesesuaian operasi.

LMS kedua, Sundang, dijangka diterima tahun ini, diikuti dua kapal berikutnya. TLDM sebelum ini menyasarkan memiliki sebanyak 18 buah LMS dalam usaha memperteguhkan kawalan maritim negara seperti yang digariskan pada Program Transformasi 15 To 5 TLDM.

Pada masa sama, TLDM masih mengintai agar dilengkapkan dengan kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) bagi memastikan keperluan operasi logistik angkatan itu, selain menyokong operasi kemanusiaan dan bencana alam.

Harus diakui, laut masih rangkaian perhubungan dan ekonomi yang penting dan ia menuntut kekuatan maritim sesebuah negara untuk melindungi laluan pelayarannya.

sumber : Informasi Tempur

Thursday, January 9, 2020

GOODBYE SIKORSKY S-61A-4 (NURI)

Hekopter NURI (Sikorsky S-61A-4)
Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) secara rasmi "merehatkan" Helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri dari perkhidmatan berikutan kesukaran untuk membaikbpulih dan menyelenggara helicopter berkenaan.

Panglima Tentera Udara (PTU) menerusi satu sidang media menyatakan helikopter yang telah mencapai usia 55 tahun akan digantung kerana kos mendapatkan alat ganti semakin mahal menjadikan ia tidak lagi relevan untuk dikendalikan.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan TUDM akan mendapatkan sekurang-kurangnya 8 helikopter awam secara sewa untuk menampung operasi yang ditinggalkan 12 helikopter Nuri sebelum ini.

Dijangka, perolehan baru helikopter memerlukan sekurang-kurangnya 24 bulan untuk mendapatkan dana dan memulakan proses pembelian. PTU juga menjelaskan akan melakukan penjimatan terhadap bajet TUDM sedia ada untuk merealisasikan helikopter baru ternasuk mengurangkan kegiatan majlis keraian.

Sejak 1991, helikopter Nuri telah mengalami pelbagai kemalangan sehingga mengorbankan nyawa. Terbaharu pada Ogos 2019, helikopter Nuri mengalami kemalangan di Kem Gubir, Kedah ketika operasi ulang-bekal.

TUDM juga mengesahkan sedang membuat penilaian terhadap beberapa model helikopter antara lain AW149 Keluaran Leonardo Helicopter dari Itali, S-70i / UH-60 Blackhawk Helikopter Keluaran Lockheed Martin dari Amerika Serikat, Mil Mi-17 Keluaran Helikopter Rusia dari Rusia dan H225M (EC725 Caracal) Keluaran Helikopter Airbus dari Perancis.

Sumber : MDR-


PENTAULIAHAN KD KERIS

KD Keris dengan no penant 111
KD Keris Ditauliahkan didalam Perkhidmatan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Upacara Pentauliahan Misi Littoral Mission (LMS) KD KERIS di Qidong, China telah disempurnakan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany penuh tradisi dan bersejarah.

Kapal pertama dalam kelasnya yang ditetapkan sebagai Littoral Mission Ship (LMS)
dijangka berlepas dari Qidong pada 8 Januari dan dijangka tiba pada 17 Januari di pangkalan tentera laut Kota Kinabalu di Sepanggar.

Kapal kedua LMS, Sundang, dijadualkan diserahkan dan ditailiahkan pada bulan April 2020.

LMS adalah sebahagian daripada program transformasi armada '15 hingga 5 'RMN, yang melibatkan mengurangkan 15 kelas kapal semasa kepada hanya lima - iaitu LMS, Kapal Sokongan Pelbagai Pelbagai (MRSS), Kapal Pertempuran Littoral (LCS) Kapal Patroli (PV) dan kapal selam.

Kapal Berkonsep Modular untuk Operasi Bantuan Bencana dan Kemanusian ini bakal dioperasikan di Timur Sabah untuk menyokong operasi ESSCOM di Wilayah ESSZONE terutama di pulau-pulau terpencil.

Upacara Pentaulihan KD Keris

gambar dari facebook MDR



Gambar dari facebook MDR


gambar dari facebook MDR

Sumber : Malaysia Defence Review






Tuesday, December 31, 2019

4 SYARIKAT BERSAING UNTUK DAPATKAN TENDER BOT PEMINTAS LAJU (FIC)

Fast Interceptor Craft (FIC)
Portal Perniagaan, The Edge Market mendedahkan 4 buah syarikat pembinaan maritim Malaysia dikatakan sedang bersaing mendapatkan tender Kementerian Pertahanan Malaysia iaitu membekal 18 unit Bot Pemintas Laju (FIC) kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) bernilai RM220 Juta.

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mendahului senarai syarikat yang bersaing untuk tender FIC. BHIC merupakan syarikat milikan secara perlaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilihat calon utama untuk projek FIC berikutan berkaitan dengan TLDM.

Walaubagaimanapun, BHIC mengalami masalah untuk menyiapkan kapal "Littoral Combat Ship" sebanyak 6 buah yang ditempah TLDM yang sedang dibina di Boustead Naval Shipyard, Pangkalan TLDM Lumut. Ia mengalami kelewatan dari jadual asal dimana kapal pertama hanya diserahkan menjelang 2022 atau 2023.

Selain di Pangkalan TLDM Lumut, BHIC mempunyai 3 buah lagi limbungan di Pulau Jerejak, Pulau Pinang Pulau Langkawi, Kedah dan Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah.

Limbungan di Pulau Pinang adalah mengfokuskan baikpulih kapal kargo dan komersial termasuk Minyak dan Gas. Di Pulau Langkawi mengfokuskan pembinaan dan baikpulih kapal mewah, kapal layar serta bot alumunium serta laju. Manakala, Teluk Sepanggar mengfokuskan baikpulih Kapal Selam Scorpene milik TLDM.

Limbungan di Pulau Langkawi sebelum ini mengeluarkan 10 buah FIC Penggalang iaitu asas rekaan Onuk MRTP16 untuk APMM. Ia adalah kerjasama antara Boustead dan Yonca Onuk membentuk syarikat BYO Marine.

Destini Berhad turut memiliki Limbungan di Pulau Indah dan Pelabuhan Klang sebelum ini telah membina 6 buah "New Generation Patrol Craft" dan 3 buah "Offshore Patrol Vessel" untuk Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) dengan kolaborasi bersama Tabung Haji Heavy Engineering Berhad (THHE).

Destini Berhad menerusi anak syarikatnya Destini Armada yang mengfokuskan pembinaan kapal dan laju fiber atau aluminium yang telah digunakan oleh Agensi Kerajaan dan Syarikat luar pesisit untuk minyak dan gas.

THHE merupakan anak syarikat perlaburan Tabung Haji sebenarnya mengfokuskan perkhidmatan baikpulih dan membekal alat ganti untuk Industri Minyak dan Gas.

Namun untuk tender FIC, dilihat THHE perlu berkerjasama dengan syarikat lain berikutan masalah dalaman dihadapi mereka melibatkan pemilik mereka iaitu Lembaga Tabung Haji. Dilihat hanya kerjasama dengan Destini dilihat berjaya yang kini sedang membina 3 buah OPV untuk APMM dijangka siap dalam masa terdekat.

Muhibbah Enginerring Berhad merupakan syarikat pembinaan kapal untuk komersial dan agensi kerajaan namun jarang terlibat dalam projek melibatkan ketenteraan dan keselamatan.

Dilaporkan pada 2016, Muhibbah telah memeterai perjanjian MOU dengan Daersan dari Turki melibatkan pemindahan teknologi serta. Daersan merupakan syarikat pembinaan kapal dari Turki yang mana turut membina kapal peronda untuk Tentera Laut Turki dan beberapa negara.

Media sebelum ini melaporkan proses tender terbuka FIC mengalami masalah dan kemungkinan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan terdapat syarikat gagal menepati kelayakan dilaporksn berjaya ke peringkat seterusnya.

FIC penting bagi TLDM untuk meningkatkan pengawasan dan rondaan di Timur Sabah terutama di pulau kecil sekitar Sabah yang menjadi ancaman militan selatan Filipina dan operasi mencegah penyeledupan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin.

sumber -MDR-


CV-17 SHANDONG KAPAL PENGANGKUT PESAWAT KE 2 CHINA

CV-17 Shandong 
China pada 17 Disember lalu secara rasmi memperkenalkan Kapal Pengangkut Pesawat baharu mereka iaitu CV-17 "Shandong" di Sanya, Wilayah Hainan, Selatan China.

Shandong sebelum ini dikenali Type 001A merupakan kapal yang dibina sendiri oleh China menerusi Dalian Shipbuilding Industry merupakan anak syarikat China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC).

Pembinaanya bermula November 2013 diikuti perletakan lunas pada Mei 2015. Kapal ini siap sepenuhnya pada April 2018 dan menjalani ujian perlayaran pada Mei 2018 dan Ogos 2019 sebelum menyertai perkhidmatan Tentera Laut Rakyat China (PLAN) pada 17 Disember 2019.

CV-17 Shandong masih mengekalkan ciri-ciri CV16 Lioaning yang merupakan Kapal Pengangkut Pesawat Rusia, Kelas Kuznetsov, Varyag.

Mempunyai panjang 315 meter dan berat 55,000 tan, CV-17 Shandong dikuasakan dengan 8 unit stim turbin mampu mencapai kelajuan maksimum 31 knot.

Masih mengekalkan ciri perlepasan mengunakan "ski-jump", CV17 Shandong dilaporkan mampu membawa lebih 44 pesawat antaranya jet pejuang J-15, helikopter pengangkut Z-18 dan helikopter Anti-kapal Selam (ASW) Z-9.

Rekaan dalaman dan dek CV-17 Shandong memberi tambahan ruang serta memiliki kawasan penyimpanan bahan api dan amunasi lebih luas berbanding CV-16 Liaoning.

CV-17 Shandong dilaporkan dilengkapi radar AESA dengan persenjataan terdiri dari 3 unit CIWS Type 1130 meriam 30mm 11 barrel dan 3 unit pelancar 18 cell HQ-10 Sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat.

Dalam masa yang sama, China dilaporkan dalam pembinaan 2 buah lagi Kapal Pengangkut Pesawat yang diberi nama kod Type 003 dan Type 004.

Kapal Pengangkut Pesawat yang baharu terbabit dikatakan akan mengendalikan jet pejuang generasi ke-5 China iaitu J-20 an J-31 mengunakan sistem perlepasan Electromagnetic Aircraft Launch System (EMALS).

Ia sebagai usaha China menjadikan Tentera Laut mereka berkelas Dunia. Mereka kini menyertai Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis memiliki Armada Kapal Pengangkut Pesawat.

sumber -MDR-


Sunday, December 8, 2019

ANALISA PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN BAHAGIAN 2 - MDR


Satu lagi dokumen dari Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah diakses dan disebarkan kepada awam. Berbanding dokumen sebelumnya, dokumen tambahan ini disertakan maklumat tambahan antaranya melibatkan maklumat penambahan dan perolehan aset masa akan datang untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

1. MRSS

Kapal Sokongan Pelbagai Guna (MRSS) dilihat sasaran utama dalam KPP untuk diperolehi untuk kegunaan operasi amfibia. 2 buah kelas MPSS iaitu KD Sri Indera Sakri dan KD Mahawangsa telah mencapai maksimum pengunaan yang digunakan sejak 1980an.

Kapal-kapal sokongan lain milik Tentera Laut DiRaja Malaysia pula tidak mempunyai ciri-ciri untuk.operasi amfibia lebih kepada sokongan logistik sahaja.

2. Artileri

KPP telah mengariskan keperluan buat Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk mendapatkan sistem meriam 155mm "Self-Propelled Howitzer" (SPH) baharu untuk menambah kuasa tembakan serta pertahanan pantai.

Selain itu, Meriam 105mm sedia ada turut digantikan dengan platform lebih baik termasuk jarak jangkauan lebih jauh serta sistem moden.

3. SAM

Sistem Pertahanan Udara merupakan aset penting buat pasukan tentera menangkis serangan musuh. Kemajuan teknologi misil dan bom mampu dilihat persenjataan berkenaan lebih pintar dan mampu dilancarkan jauh dari jarak jangkauan radar pengesan musuh.

Buat masa ini, ATM hanya memiliki Sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat (SHORAD) dan jinjing bahu (MANPADS). Dengan ancaman semasa dilihat Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana (MERAD) adalah diperlukan pada masa akan datang.

4. Pengangkutan

Seperti "posting" sebelum ini, KPP mengariskan TDM bakal menerima kenderaan perisai baharu untuk digunakan dan mengantikan aset lama dan usang seperti Condor 4x4 di Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) selain mengukuhkan pasukan armor dan mekanis.

Selain itu, Helikopter Pengangkut Taktikal turut diperlukan untuk mengaturgerak pasukan infantri, pasukan khas serta untuk logistik. Kenderaan Pembawa Trup juga bakal ditambah untuk meningkatkan daya mobiliti membawa pasukan infantri dan logistik.

5. LCA

Pesawat Tempur Ringan (LCA) dilihat perolehan utama untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berikutan kekurangan jumlah pesawat dan keupayaan.

Ia penting bagi mengukuhkan keupayaan tempur udara melibat Serangan Bantuan Rapat (CAS), melawan insurgensi (COIN) serta menyokong Pesawat Tempur Pelbagai Guna (MRCA).

LCA juga digunakan sebagai Pesawat Latihan Lanjutan (FLIT) memastikan juruterbang TUDM menerima latihan secukupnya selain mengantikan Hawk 108/208 dan MBB-339.

6. LMS

TLDM amat memerlukan Kapal Misi Pesisir (LMS) bagi menyokong operasi Cari dan Menyelamat (SAR), Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), anti-kegananasan, anti-perlanunan, risikan, peninjauan, hidrografi dan penyapu periuk api.

LMS direkabentuk secara modular membolehkan ia dilengkali pelbagai senjata dan pelbagI sistem berdasarkan penugasan.

7. LCS & NGPV

Perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) dilihat elemen penting bagi TLDM menunjukkan sebagai penguasa di Perairan Malaysia.

LCS mempunyai sistem peperangan 4 dimensi iaitu Peperangan Anti-Udara (AAW), Peperangan Anti-Permukaan (ASuW), Peperangan Anti-Kapal Selam (ASW) dan Peperangan Elektronik (EW).

Manakala NGPV boleh dipasang persenjataan tambahan antaranya Sistem Misil Anti-Kapal (AShM), pelancar Torpedo Anti-Kapal Selam serta platform "Remote Weapon System" (RWS).

Kedua-dua kapal perang ini bakal mengantikan Frigat dan Korvet sedia ada dalam pegangan TLDM yang telah berusia.

8. Pesawat Operasi Maritim

Pesawat Rondaan Maritim (MPA), Pesawat Tanpa Pemandu - Jarak Jangkauan Jauh Altitud Sederhana (UAV - MALE), Helikopter Operasi Maritim adalah elemen penting untuk operasi maritim.

Aset-aset ini penting sebagai penderia bagi aset-aset tempur lain seperti jet pejuang dan kapal perang diselaraskan melalui "Network Centric Operation" (NCO) berikutan Zon Maritim Malaysia yang amat luas.

9. MRCA

TUDM dijangka terus mengunakan jet pejuang F/A-18D Hornet dan Su-30MKM sehingga pengantian dibuat pada Rancangan Malaysia ke-14 & ke-15.

Namun, TUDM mahu melengkapkan Skuadron F/A-18 Hornet dengan 18 buah pesawat berbanding 8 buah sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Dijangka pesawat berkenaan diperoleh dari negara sahabat antaranya Australia, Amerika Syarikat dan Kuwait.

10. Aset Sokongan Maritim

TLDM amat memerlukan Bot Pemintas Pantas (FIC) dan Bot Pasukan Khas (BSF) bagi menyokong operasi dikawasan pesisir untuk rondaan serta merapat untuk penguatkuasaan.

Selain itu, TLDM juga memerlukan Kenderaan Autonami Bawah Permukaan (AUV) serta Kenderaan Pemusnah Periuk Api (MDV) bagi menyokong operasi maritim mengesan dan memusnahkan ancaman di kawasan maritim.

Walaubagaimanapun, perolehan berdasarkan KKP masih belum muktamad dan ia masih diperingkat penilaian serta kajian.

Menteri Pertahanan Malaysia menyatakan Bajet Pertahanan bakal diperolehi berdasarkan 1% dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk RMK Ke-12 dan Ke-13.

Beberapa senaraian aset baharu dalam KPP dilihat perlu tindakan segera berikutan keperluan untuk operasi ATM.

sumber : Malaysia Defence Review


Wednesday, December 4, 2019

ANALISA PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN BAHAGIAN 1- MDR

Foto : oleh Air Times
Pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara (KPP) oleh Menteri Pertahanan Malaysia semalam di Parlimen Malaysia adalah pertama kali dibentangkan tidak seperti kertas polisi pertahanan sebelum ini.

Namun KPP tidak lebih seperti Dasar Pertahanan Negara yang diolah berdasarkan objektif dan visi dari perancangan Program 15 to 5, CAP55 dan Tentera Masa Depan.

KPP juga adalah perancangan 10 tahun Kementerian Pertahanan (2020-2030) dengan permohonan bajet pertahanan negara sebanyak 1% dari Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau 6.5% dari Belanjawan Tahunan Negara.

Walaupun tiada penyenaraian mengenai perolehan aset masa akan datang. Dilaporkan ia tidak akan didedahkan secara am kepada awam.

Namun KPP mengenal pasti 9 keperluan keupayaan iaitu:

1. Memperkukuhkan perisikan Pertahanan Angkatam Tentera Malaysia (ATM)

2. Membangunkan keupayaan aktiviti elektomagnetik siber

3. Membangunkan ' Network Centric Network ' (NCO)

4. Komunikasi Satelit untuk meningkatkan kemampuan perintah dan kawalan bersama

5. Mengekal dan meningkatkan keupayaan dan tempo Pasukan Khas ATM

6. Domain Maritim :- Meningkat keupayaan tempur maritim dan keupayaan daya tahan operasi maritim.

7. Domain Udara :- Keupayaan Pertahanan Udara dan Serangan Udara

8. Domain Darat :- Meningkatkan kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi dan keupayaan logistik

9. Membangunkan keupayaan amfibi

Selain itu, KPP juga bakal mengubalkan Dasar Industri Pertahanan Negara dengan 5 teras utama iaitu Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Teknologi, Pembangunan Industri, Ke Arah Keupayaan Berdikari serta Tembusi Pasaran Global.

Untuk merealisasikan 5 teras terbabit 5 inisiatif dibentuk antaranya:

1. Pemantapan kerangka strategi ekonomi untuk sains, teknologi dan industri pertahanan untuk menfokuskan bidang khusus

2. Penstrukturan semula organisasi berkaitan industri pertahanan

3. Penubuhan Jawatankuasa Perlaburan Pertahanan

4. Perangsangan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan inovasi melalui pembiayaan mampan

5. Pengukuhan Program Pembangunan.

Dijangka perolehan akan datang akan dibahagi dua bahagian iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah/Sarawak).

Walaupun belum diputuskan lagi, kelihatan Tentera Darat Malaysia seperti mahu menubuhkan Brigad Armor di Malaysia Timur yang mana dijangka akan menerima Kereta Kebal Utama, Kenderaan Perisai malahan Sistem Artileri Bergerak (SPH).

Selain itu, untuk keperluan operasi amfibi, dijangka Tentera Laut DiRaja Malaysia mungkin akan menerima Kapal Bantuan Pelbagai Guna berkonsepkan 'Landing Platform Dock' (LPD) dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Sebelum ini, beberapa pembina telah menawarkan pelbagai rekaan dan model LPD untuk Malaysia. Antaranya Turkey TAIS Shipyard, Japan Mitsui Engineering & Shipbuilding (Mitsui E&S), Damen Shipyard, France Naval Group dan China Shipbuilding Industry Corporatin (CSIC).

Setelah beberapa kali ditangguhkan, Program Perolehan Pesawat Rondaan Maritim (MPA) bakal diteruskan berikutan keperluan untuk operasi maritim untuk pengawasan serta serangan maritim.

Beberapa model dan platform dilihat bakal dinilai untuk peringkat seterusnya antaranya ATR72 MPA, C-295 MPA, P8A Poseidon, Q400/Global 6000 Swodfish MPA dan CN-235 MPA.

Selain itu, Program NCO ATM dijangka bakal memasuki fasa baharu yang mampu meningkat keupayaan ATM dalam pengunaan teknologi baharu serta pengunaan teknologi komunikasi satelit.

Jadi, dengan tiada pembentangan penyenaraian aset, dijangka ia menjadi teka-teki selain jumlah pembelanjaan untuk perolehan baharu juga tidak diterangkan secara lanjut dilihat perlu menunggu sehingga pengumuman bajet melalui Rancangan Malaysia Ke-12 dan Ke-13.

Manakala KPP hanyalah dasar dan polisi kerajaan dalam pertahanan negara untuk dilaksanakan dalam 10 tahun. Dilihat komitmen kerajaan dituntut untuk melaksanakan KPP.

sumber : Malaysia Defence Review (MDR)


Tuesday, November 26, 2019

TIADA MRCA BARU...HUHUHUHU


Kenyataan terbaru MenTah di sidang Parlimen mengesahkan tiada pembelian baru Pesawat Tempur Pelbagai Guna MRCA sejak diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2009 yang lalu.

MRCA sediaada F/A18D Hornet dan SU30MKM akan ditagih bertugas dan beroperasi mempertahankan Ruang Negara sehingga 2030.

CAP55 TUDM akan diteruskan dan diubah mengikut acuan kerajaan Malaysia Baharu sekarang.

TUDM akan diberi keutamaan untuk perolehan MPA dan MALE UAV bagi tugas pengawasan maritim disebabkan lompang ketara dalam rondaan maritim negara terutama di kawasan EEZ negara terutama di perairan pantai barat sarawak dan sabah yang kini kerap kali diceroboh oleh Kapal-kapal PLA Navy dan China Coast Guard.

Light Combat aircraft (LCA) telah diberikan perhatian penuh MOF dan MINDEF bagi perolehan baru dalam RMK 12 yang akan dibentangkan pada tahun hadapan.

Tawaran Russia nak ambil 28 buah MIG 29N dan SU30MKM tu masih dalam PERINGKAT KAJIAN ( Jangan Mimpi laa) bergantung kepada proses rundingan dan keadaan kewangan negara (Dah boleh Agakkan) untuk perolehan MIG35 (Kesukaan Atok yang Pelik2)

LCA yang tengah hangat diperkatakan tu kita tengok dalam tempoh 3 tahun ini jadi ke tak. malas nak buat post panjang sebab page lain dah buat analisis.

Kalau Jadi

Ramalan MMP akan jadi macam perolehan MIG29N dan Hornet D

Tengok laah

YAK 130 dan F/A 50@Gripen

Nak Jadi Macam Tentera Mesir

tapi "Malaysia Kedekut"

sumber : Malaysia Military Power

Monday, November 18, 2019

TUDM SEDANG NILAI 2 JENIS PESAWAT UNTUK TINGKAT KEUPAYAAN RONDAAN

Menurut Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pembelian itu dilakukan bagi mempertingkatkan keupayaan pasukan pada masa hadapan. foto Astro Awani
KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan penilaian terhadap pesawat rondaan maritim (MPA) dan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) setelah diberi kelulusan peruntukan oleh pihak kerajaan.

Namun, penilaian akan dilakukan terhadap kedua-dua jenis pesawat itu dalam masa tiga tahun ini, sebelum TUDM melakukan pembelian serta perolehan terhadap aset-aset berkenaan.

Menurut Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pembelian itu dilakukan bagi mempertingkatkan keupayaan pasukan pada masa hadapan kerana kedua-dua jenis pesawat itu amat diperlukan bagi melaksanakan tugasan rondaan perairan negara terutama bagi operasi pemantauan di Laut China Selatan.

“Dari segi kebiasaannya, (tentang) pembelian aset-aset ini, dalam peringkat kerajaan kata 'go ahead and do the evaluation', biasanya akan mengambil masa lebih kurang tiga tahun. Ini disebabkan apabila kita membuat satu penilaian dan kita telah bersetuju untuk membeli jenis dan beberapa buah pesawat tersebut, dan proses untuk mereka mula membina pesawat ataupun aset platform tersebut akan dimulakan,

"Maka itu yang kita jangkakan, tapi yang pentingnya adalah kerajaan telahpun memberi kita kelulusan untuk menjalankan penilaian," ujar beliau.

Tambah Affendi, TUDM turut menggariskan keperluan dan pengoperasian kedua-dua jenis pesawat tersebut secara bergandingan dalam memantau serta mengawai kawasan perairan negara dengan lebih efektif.

Ia juga sejajar dengan keutamaan TUDM dalam membangunkan pengetahuan teknikal dan penggunaan teknologi peperangan udara terkini TUDM standing dengan negara-negara lain.

"Buat masa ini, pesawat pejuang kita mampu untuk membuat tugas-tugas yang diamanahkan tetapi teknologi baru ini... kita perlukan platform tersebut untuk kita membuat pengawasan ataupun tinjauan dekat kawasan maritim lebih-lebih lagi di Laut China Selatan," ujar Affendi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan perasmian Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan.

Hari Terbuka yang dianjurkan bersempena Ulang Tahun TUDM ke-61 itu, diserikan dengan kunjungan lebih 15,000 pengunjung setakat tengah hari Sabtu, sebelum bersambung untuk sesi petang.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai pertunjukan udara dengan pelbagai jenis pesawat yang digunakan serta persembahan daripada Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Sumber: Astro Awani


Tuesday, November 12, 2019

TURKI SEDANG MENILAI JET PEJUANG SU-35 RUSSIA

Pesawat pejuang SU-35 dari Russia
Presiden Industri Pertahanan Turki (SSB) İsmail Demir ada menyatakan Rusia telah menawarkan untuk menjual jet Su-35 kepada Turki dan Turki sedang menilai tawaran tersebut.

"Ada tawaran dan kami menilainya, tidak ada perkara seperti 'kami membeli esok' dalam perkara-perkara seperti itu. Aspek kewangan dan strategik tawaran itu akan diperiksa, tidak ada keputusan segera," Demir memberitahu penyiar NTV.

Demir juga menyatakan bahawa tidak tepat jika dikatakan 'era F-35 ditutup, era Su-35 bermula,' akan tetapi tawaran itu akan tetap dinilai.

Terdapat beberapa laporan baru-baru ini mengatakan bahawa pegawai Turki dan Rusia membincangkan butir-butir jualan sebanyak 36 pesawat tempur Su-35 ke Turki, selepas dua bulan lebih, lawatan Presiden Recep Tayyip ErdoÄŸan ke pertunjukan Penerbangan dan Angkasa Antarabangsa (MAKS) yang diadakan di luar Moscow.

Laporan baru-baru ini juga mendakwa bahawa para pegawai juga membincangkan kemungkinan penglibatan Turki dalam pengeluaran beberapa komponen jet pejuang, termasuk senjata berketepatan tinggi dan peluru.

Lawatan ErdoÄŸan ke MAKS-2019 pada 27 Ogos lalu ,beliau ditunjukkan dengan pesawat tempur stealth generasi terbaru Rusia, Su-57, jet pejuang Su-35, helikopter tentera Ka-52 dan helikopter pengangkutan Mi-38.

Sekiranya perkara ini di muktamadkan, perjanjian itu akan menjadi pembelian kedua terbesar sistem senjata dari Moscow oleh Ankara selepas pembelian dua batteri sistem pertahanan udara S400.

Pembelian sistem persenjataan S400 dari Russia telah menyebabkan berlakunya ketegangan hubungan antara Washington dan Ankara. 

Sebagai tindak balas U.S telah menggantung Turki dari menyertai program pesawat pejuang stealth F-35 serta menyekat penghantaran pesawat pejuang tersebut yang telah dibeli oleh Turki.

sumber : Daily Sabah


Thursday, November 7, 2019

LAWATAN LPD MYANMAR "UMS MOATTAMA" KE VLADIVOSTOK, RUSSIA

LPD UMS Moattama milik Myanmar 
Moattama, Kapal LPD Myanmar yang baru di siapkan oleh syarikat DAE SUN Shipbuilding & Engineering Co, Korea Selatan membuat kunjungan port-of-call ke pelabuhan Vladivostok, Russia sebelum pulang ke Myanmar.

Kempen lawatan ini diketuai oleh komander fleet kedua Tentera Laut Myanmar, Kapten 1st Rank Thane Tha.

UMS Moattama di pelabuhan Vladivostok
Rekabentuk berdasarkan kapal kelas Makassar, Indonesia tapi kelihatan lebih hampir kepada design kapal kelas Tarlak Philippina. Sebanyak 10 buah kapal seperti ini di bina untuk Indonesia, Peru dan Filipina.

Panjang 122 m, lebar 22 m dan berat 11,300 ton. Mampu berada di lautan selama 30 hari dan boleh menempuh pelayaran sejauh 8,600 batu nautica. Kapal ini merupakan kapal terbesar untuk angkatan laut Myanmar.

Malaysia bila lagi nak dapatkan LPD..?????????

sumber : P.D. Ketenteraan & Pertahanan