Tuesday, March 29, 2022

PEMBELIAN PESAWAT MPA, KEPUTUSAN MOF DITUNGGU - PTU

Bombadier Global 6000 - swordfish MPA

KUALA LUMPUR: Proses perolehan membabitkan beberapa Pesawat Peronda Maritim (MPA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baharu akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan (MoF) selepas cadangan tersebut dikemukakan Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan ketika menjelaskan perkara itu berkata, penilaian teknikal terhadap pembelian pesawat berkenaan juga telah selesai dijalankan sepenuhnya.

“Sekarang masih lagi di peringkat MoF untuk mereka membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini.

"Lembaga Perolehan pun sudah lengkap dan kita menunggu keputusan MoF,” jelasnya pada sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun, tambahnya, TUDM tidak akan mendedahkan jumlah syarikat yang telah disenaraikan setakat ini.

“Proses seterusnya (selepas kelulusan MoF) adalah melakukan penilaian secara fizikal.

"Jadi semua yang telah disenarai pendek itu kita akan hantar pasukan untuk melakukan penilaian teknikal dan penilaian sepenuhnya nanti,” katanya.

Sementara itu, katanya, proses pembelian helikopter yang akan digunakan oleh TUDM pada masa akan datang juga masih berjalan.

Ia bagi menambah baik segala aset-aset milik TUDM dalam memperkasakan keupayaan sedia ada ketika ini.

sumber : Astroawani

DSA 2022 - UAV TAKTIKAL PERTAMA NEGARA KELUARAN DEFTECH

UAV taktikal dari DEFTECH

Kuala Lumpur: Pesawat udara tanpa pemandu (UAV) pertama di Malaysia yang direka dan dibangunkan secara tempatan diperkenalkan DRB-HICOM Defence Tecnologies Sdn Bhd (Deftech).

UAV taktikal itu mampu melaksanakan operasi kompleks dan dron autonomi yang berkebolehan mengakses kawasan yang sukar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech, Fazley Ariffin berkata, teknologi autonomi seperti UAV atau dron dapat melipat gandakan keupayaan pasukan pertahanan dan keselamatan.

"Ia menyediakan platform yang selamat dalam mengendalikan apa jua situasi atau persekitaran yang bahaya dan mencabar,"katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM), Datuk Seri Asghar Khan Goriman Khan merasmikan UAV berkenaan ketika membuat lawatan di reruai pameran Deftech, di sini.

Fazley berkata, pesawat ini adalah UAV taktikal kendalian landasan yang mampu melaksanakan operasi yang kompleks, dron autonomi yang berkebolehan mengakses kawasan yang sukar, sekali gus meminimumkan risiko nyawa manunsia.

“Pembangunan ini menandakan satu langkah ke hadapan yang baharu untuk DEFTECH dalam menerokai bidang teknologi pertahanan.

"UAV ini mempunyai kemampuan mengawasi ruang udara di waktu siang dan malam, serta berupaya beroperasi di pendalaman dan maritim.

"Ia direka bentuk mempunyai berat maksimum 120 kilogram (kg) untuk berlepas, ketahanan selama 10 jam dengan jarak 100 km hingga 200 km dan boleh menampung kapasiti muatan seberat 15 kg,"katanya.

Menurutnya, pembangunan UAV risikan, pengawasan dan peninjauan (ISR) ini adalah hasil daripada pengalaman yang dipelajari ketika bekerjasama dengan pasukan pertahanan dan keselamatan dalam mengendalikan dron untuk operasi yang berbeza.

"Penggunaan UAV oleh pihak tentera dan keselamatan awam pasti akan menjadi aset untuk keselamatan negara Malaysia, trutamanya untuk situasi kritikal dan sensitif masa.

"UAV ISR ini akan dipamerkan di DSA 2022 bermula hari ini sehingga berkahir pada 31 Mac," katanya.

sumber : harianmetro.com



Wednesday, March 23, 2022

7 ASET BARU TUDM PERKASAKAN PERTAHANAN UDARA.

Aset dalam perancangan TUDM

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal diperlengkapkan dengan tujuh aset terkini dalam usaha meningkatkan keupayaan sistem pertahanan udara negara dan aset dijangka beroperasi seawal 2024.

Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman, berkata perolehan beberapa aset baharu itu selaras dengan misi membangunkan keupayaan hadapan TUDM.

Katanya, TUDM sedang membuat perolehan secara berperingkat pesawat tempur ringan dwifungsi 'Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft' (FLIT-LCA), yang akan mula beroperasi pada 2024.

"Keupayaan pertahanan udara juga akan dipertingkatkan dengan pelan perolehan tiga Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh (LORAD) melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

"Selain itu, TUDM dalam proses perolehan beberapa aset lain iaitu sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) Medium Altitude Long Endurance (MALE-UAS), yang dijangka akan mula beroperasi pada 2024/2025 dan pesawat peronda maritim (MPA), yang dijangka beroperasi pada 2025," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan perintah ulung sebagai Panglima Tentera Udara ke-20 di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asghar berkata, pesawat UAS kini di peringkat penilaian fizikal yang sudah disenarai pendek oleh Lembaga Perolehan Kementerian Pertahanan, manakala perolehan MPA masih di peringkat Kementerian Kewangan, dengan beberapa syarikat pesawat sudah disenaraikan untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, beliau berkata, TUDM juga akan memiliki satu sistem radar pertahanan udara, yang bakal diterima pada 2024 melalui jalinan diplomasi pertahanan bilateral dengan negara lain.

"Perolehan seterusnya adalah melalui program RMK-13 bagi melengkapkan keseluruhan sembilan radar yang diperlukan.

"TUDM juga merancang untuk sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) mulai dari RMK-12 hingga RMK-15. Ini akan meningkatkan keupayaan TUDM dalam mencegah sebarang bentuk ancaman udara," katanya.

Dalam pada itu, katanya, bagi penggantian pesawat helikopter utiliti, proses perolehan dijangka berlaku seawal tahun hadapan.

Terdahulu, Mohd Asghar dalam ucapan ulungnya, menggariskan enam tonggak dalam mencapai visi dan misinya sebagai Panglima Tentera Udara yang baharu.

Enam tonggak itu ialah pemantapan keupayaan dan kesiagaan TUDM, keunggulan struktur dan kecemerlangan organisasi serta pemerkasaan dan pengupayaan warga udara.

Selain itu, mengoptimumkan pengurusan sumber dan meningkatkan budaya inovasi, meningkatkan keupayaan TUDM melalui kolaborasi bersama industri pertahanan tempatan dan yang terakhir, kebajikan sosial dan kelestarian warga.

sumber : bharian.com.my

Monday, March 21, 2022

OPV TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI - KELAS DARUSSALAM

OPV KDB Darussalam - No.06

Kapal peronda luar pesisir kelas Darussalam ialah kelas bagi empat kapal peronda luar pesisir (OPV) yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Brunei. 

Merupakan kapal terbesar dan paling berkebolehan dalam Tentera Laut Diraja Brunei, dan sering menyertai latihan tentera laut antarabangsa.

Brunei menempah OPV kelas Darussalam daripada firma German Lürssen, syarikat yang sama yang Brunei kontrak untuk menjual korvet kelas Nakhoda Ragam, dan dua kapal pertama dihantar pada Januari 2011. Kumpulan kedua dua kapal telah dihantar pada 2014.

KDB Darulaman (08)

Kelas Darussalam ini terdiri dari empat buah kapal iaitu KDB Darussalam (06), KDB Darulehsan (07), KDB Darulaman (08) dan KDB Daruttaqwa (09)

Kelas DARUSSALAM adalah yang pertama dalam kelasnya dengan panjang 80 meter, 13 meter lebar dan berat 1625 tan. 

Ia digerakkan oleh enjin diesel 2 × MTU 11400hp 12V yang menghasilkan kelajuan maksima 22 knot (41km/jam) dengan jarak rondaan 7500 batu nautika dan mempunyai ketahanan selama 21 hari di laut. 

KDB Darulehsan (07)
Kapal OPV ni dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan Exocet MM40 Block 3 dan meriam utama Bofors 57mm berkaliber sederhana. Ia juga turut dilengkapi dengan 2 unit mesingan ringan Oerlikon 20mm.

OPV kelas Darussalam ini banyak menyertai latihan bersama dengan pasukan tentera laut dari negara lain seperti latihan RIMPAC 2014, SEAGULL 2016, PASSEX 2018 dan latihan PELICAN 2019

sumber : wikipedia, Navyrecognition.com

Sunday, March 20, 2022

ENJIN DARI KOREA SELATAN UNTUK KERETA KEBAL ALTAY

Kereta kebal Altay

Masalah yang membelenggu kereta kebal Altay buatan Turki sejak bertahun lamanya akhirnya terlerai apabila enjin kereta kebal buatan Korea Selatan akan digunakan.

Syarikat Turki, BMC telah menandatangani perjanjian dengan dua syarikat Korea Selatan, Doosan Infracore Co dan S&T Dynamics Co bagi bekalan enjin serta sistem transmisi bagi kereta kebal buatan tempatan Turki itu.

Enjin ini dikatakan telah sampai dan sedang diuji di Turki. Menurut Ismail Demir, ketua Presiden Industri Pertahanan Turki (SSB) pada bulan May ini prototaip kereta kebal Altay akan dipasang dengan enjin dari Korea Selatan dan akan melalui pelbagai ujian.

Turki memulakan projek MBT pada 2007, tetapi berdepan dengan masalah perolehan enjin kerana beberapa syarikat Eropah enggan menjualnya atas beberapa alasan tertentu.

Sebelum ini, prototaip kereta kebal tempur Altay akan dikuasakan oleh enjin diesel 1,500 kuasa kuda daripada MTU Friedrichshafen GmbH Jerman. 

Rheinmetall Jerman juga telah menubuhkan usaha sama dengan BMC yang bertujuan untuk pengeluaran bersama kenderaan berperisai, khususnya kereta kebal tempur utama, Altay. 

Bagaimanapun, pengeluaran dan bekalan enjin kereta kebal itu terhenti berikutan keputusan Berlin mengenakan sekatan senjata terhadap Turki.

Perkara ini disebabkan campurtangan Turki dalam perang saudara di utara Syria dalam memerangi pengganas Daesh, PKK dan YPG.

Perjanjian pembekalan enjin : foto Daily Sabah

Menurut pegawai tentera Turki, enjin buatan Korea Selatan akan hanya melengkapkan kereta kebal “Altay” pada peringkat awal sahaja sementara pihak industri Turki akan membangunkan enjin dan transmisi kereta kebalnya sendiri.

Enjin buatan tempatan akan melengkapkan kereta kebal “Altay” yang dihasilkan pada peringkat seterusnya.

Projek Altay melibatkan dua fasa di mana 250 unit akan dihasilkan pada fasa pertama, diikuti dengan versi yang lebih baik pada fasa kedua iaitu sebanyak 1,000 unit kereta kebal dirancang untuk pengeluaran.

Kereta kebal itu dilengkapi dengan meriam utama Rheinmetall 120mm, mesingan berat berkaliber .50 dan mesingan sederhana 7.62mm.

sumber : dailysabah, turkishdefencenews. & DSA


Sunday, March 13, 2022

CINA BINA RADAR ANTI HALIMUNAN MAMPU KESAN F22 DAN F35

Radar anti pesawat Halimunan YLC-8E

Juruterbang pesawat-pesawat F-22 Raptor dan F-35 Joint Strike Fighter perlu lebih berhati-hati selepas ini kerana tentera China mendakwa ia telah berjaya membangunkan radar “anti-halimunan (stealth)” yang mampu mengesan kehadiran pesawat-pesawat yang didakwa sebagai halimunan (stealth).

Dibangunkan oleh China Electronics Technology Group Corporation (CETC), radar “anti-halimunan”  itu dinamakan “YLC-8E” dan ia menggunakan teknologi elektro magnetik untuk mengesan kedudukan pesawat-pesawat yang mendakwa mereka sebagai halimunan.

CETC memanggil “YLC-8E” sebagai radar perisikan generasi ke-4 dan mendakwa tahap pengesanan pesawat-pesawat halimunan oleh radar itu mencapai sehingga 95 peratus.

Dikatakan radar anti halimunan ini mempunyai keupayaan untuk mengesan pesawat pada jarak 500km atau peluru berpandu pada jarak 700km.

Menurut penganalisis tentera China, radar YLC-8E merupakan radar anti halimunan yang pertama di dunia menggunakan sistem UHF dan dipromosikan sebagai radar yang berkemampuan untuk mengesan pesawat-pesawat F-22 dan F-35.

Media nasionalis China, “Global Times” yang dimiliki oleh Parti Komunis China mendakwa radar anti-halimunan “YLC-8E” terbabit boleh mengesan pesawat halimunan seperti F-22 dan F-35 serta pesawat-pesawat lain daripada jarak jauh dengan ketepatan yang tinggi.

Selain mengesan pesawat-pesawat halimunan, radar YLC-8E juga boleh bertindak sebagai radar amaran awal serta radar pengesan tembakan artillery, menjadikan radar “anti-halimunan” buatan China ini sebagai radar serba-boleh, berkemampuan mengesan pelbagai sasaran.

Dengan satu radar, ia boleh melaksanakan pelbagai fungsi, sebagaimana didakwa oleh pihak tentera China.

Pengumuman China bahawa ia telah berjaya membangunkan radar “anti-halimunan” berlaku ketika negara-negara di dunia sedang berlumba-lumba untuk memperolehi pesawat dan dron halimunan untuk meningkatkan keupayaan tentera mereka.

Beijing mula membangunkan radar anti-halimunan pada awal tahun 2020.

Bagaimanapun bagi pemerhati pertahanan antarabangsa, ujian sebenar sama ada radar anti-halimunan ini benar-benar berfungsi mengesan pesawat-pesawat halimunan adalah untuk mengerah dan mengoperasinya di dalam waktu konflik di mana pesawat-pesawat halimunan terlibat.

Pada ketika ini belum ada konflik yang melibatkan pertentangan di antara radar halimunan dengan pesawat halimunan.

Pesawat-pesawat F-35  milik Amerika Syarikat dan Israel terlibat dalam misi-misi di Syria tetapi ia hanya berhadapan dengan radar-radar konvensional buatan Russia.

Setakat ini, dakwaan oleh firma China tentang radar  anti-halimunan itu hanya sekadar dakwaan selagi ia tidak dikerah ke medan peperangan dan berhadapan dengan pesawat-pesawat halimunan.

sumber : Defence Security Asia


Wednesday, March 2, 2022

TIGA HELIKOPTER MD530G DITEMPATKAN DI ESSCOM DAN TIGA DI KLANG

MD530G telah selamat tiba di Malaysia

Tiga daripada enam helikopter penyerang MD530G milik Tentera Darat akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), manakala bakinya akan ditempatkan di Kluang, Johor.

Kesemua enam Helikopter MD530G yang ditempah oleh Malaysia  itu bernilai RM 300 juta.

Perkara itu disahkan oleh Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain hari ini.

“Tiga helikopter itu akan ditempatkan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), manakala bakinya akan ditempatkan di Kluang, Johor.

“Sebelum dibenarkan beroperasi, helikopter ini perlu melalui beberapa pemeriksaan seperti oleh Directorate General Technical Airworthiness dan pemeriksaan akhir oleh Tentera Darat melalui pasukan Final Acceptance Test (FAT),” katanya pada sidang media majlis penerimaan helikopter itu di sini, hari ini.

Tentera Darat hari ini menerima enam helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G bagi meningkatkan kesiagaan dan keupayaan pasukan itu.

“Ini menandakan enam helikopter itu menjadi hak milik Tentera Darat secara rasmi dan dijangka memulakan operasi pada Oktober nanti,” katanya.

Helikopter MD530G yang dibekalkan oleh Syarikat Halaman Optima Sdn Bhd melalui Syarikat Destini Prima Sdn Bhd itu, merupakan buatan MD Helicopter Inc (MDHI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ia tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Feb lepas dari Pelabuhan Oakland, Amerika Syarikat.

Selain helikopter, kontrak perolehan itu turut merangkumi program latihan kepada lapan juruterbang dan sembilan juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat.

Anggota tentera malaysia menjalani latihan mengenai MD530G

Diminta mengulas mengenai keraguan sesetengah pihak terhadap keupayaaan helikopter berkenaan, Zamrose berkata aset tersebut berpadanan dengan fungsi dan keadaan muka bumi di kawasan ia akan beroperasi.

Menurutnya tugas utama helikopter itu adalah untuk membuat tinjauan dan hanya menyerang sekiranya diancam musuh. 

Enam helikopter, buatan gergasi aeroangkasa AS McDonnell Douglas, MD Helicopters Inc, ditempah Kementerian Pertahanan pada 2016.

Tempahan itu menjadi tumpuan kontroversi apabila ia tidak dihantar mengikut jadual pada 2017 dan 2018.

Tarikh akhir selepas itu ialah hujung 2020 yang juga gagal ditepati, dilaporkan akibat isu teknikal.

sumber : Defence Security Asia

Monday, January 24, 2022

PENAMBAHAN KERETA KEBAL PENDEKAR, GEMPITA, AW 139 DAN LMS BATCH II DALAM PELAN TINDAKAN 2022

PT91M Pendekar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan telah memuktamadkan lapan teras utama di bawah Pelan Tindakan 2022 (PT22) untuk menyelaraskan dasar dan hala tujunya dengan lebih baik.

Menteri Pertahanan Kanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata lapan teras itu ialah kebajikan, kewaspadaan dan keupayaan, kerjasama pertahanan antarabangsa, pemerkasaan veteran, kecekapan pertahanan, kerjasama awam-tentera, industri pertahanan negara dan kesiapsiagaan menghadapi krisis berskala besar.

Teras itu berdasarkan pandangan dan cadangan Hishammuddin, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Muez Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan kakitangan kementerian.

"Tidak kira sama ada berbaju hijau (Tentera Tentera Malaysia), biru (Tentera Udara Diraja Malaysia), putih (Tentera Laut Diraja Malaysia) atau berpakaian biasa sebagai anggota kementerian, semua terlibat secara langsung dalam merangka PT22," katanya. ketika menyampaikan ucapan amanat Tahun Baharu 2022 di Wisma Perwira di sini.

Hadir bersama ialah timbalannya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Muez dan Affendi.

Beliau menambah kementerian juga akan memperkukuh lagi inisiatif Pengaturan Kooperasi Trilateral yang dilaksanakan bersama Indonesia dan Filipina sejak 2017 bagi memperkukuh kawalan keselamatan di Laut Sulu dan Sulawesi.

Sementara itu, mengenai perolehan aset pertahanan baharu, Hishammuddin berkata bulan ini tentera akan menerima tujuh kereta kebal Pendekar dan 31 kenderaan perisai pelbagai guna Gempita 8x8.

"Kapal Misi Littoral (LMS) terakhir tentera laut bernama Rencong, dari kumpulan pertama, akan ditauliahkan pada 28 Jan, dan kami telah mula merancang untuk memperoleh lapan LMS Baharu melalui kumpulan kedua.

“Selain itu, tiga helikopter Operasi Maritim AW 139 dari Itali akan diperoleh pada Mac.

“Bagi tentera udara, ia akan meningkatkan keupayaan pesawat pengawasan maritim (MSA) pada tiga pesawat CN235-200, meningkatkan keupayaan pesawat F/A18D melalui Program Pelanjutan Hayat Perkhidmatan (SLEP), dan meningkatkan kapasiti pesawatnya. Pesawat Airbus A400M melalui Retrofit New SOC 2.5," katanya.

Hishammuddin menambah, kerajaan juga sedang meneliti projek terhenti di bawah kementerian seperti perolehan Littoral Combat Ship (LCS) dan Helikopter MD530G.

“Pelan itu adalah untuk menyediakan pilihan Pelan Pemulihan Projek LCS, mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan pembentangan pelan itu semasa mesyuarat Kabinet.

“Saya dan Ketua Setiausaha kementerian akan bertemu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak lama lagi untuk menjelaskan secara terperinci rancangan kami berhubung LCS.

"Saya memberi jaminan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya.

sumber : New Straits Times


UAE BELI SISTEM PERTAHANAN UDARA JARAK SEDERHANA KOREA SELATAN (KM-SAM)

Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM

SEOUL - Korea Selatan telah menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu untuk mengeksport peluru berpandu darat ke udara jarak sederhana, menandakan perjanjian eksport senjata terbesar negara Asia itu dalam sejarah.

Bernilai kira-kira $3.5 bilion, kontrak untuk senjata Cheongung II (KM-SAM) telah tandatangani pada 16 Januari semasa pertemuan antara Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Perdana Menteri Emirati Mohammed bin Rashid Al Maktoum di Dubai ketika mereka membincangkan kerjasama ekonomi.

Terdahulu, firma pertahanan Korea Selatan yang terlibat dalam pengeluaran peluru berpandu menandatangani perjanjian masing-masing dengan Majlis Ekonomi Tawazun yang berpangkalan di UAE:

 1. Firma LIG Nex1 akan membantu dengan mengintergrasikan sistem; 

2. Firma Hanwha Systems akan menyediakan radar pelbagai fungsi; 

3. Hanwha Defense akan membangunkan pelancar menegak peluru berpandu serta kenderaan bekalan  peluru untuk pengisian semula

"UAE ialah negara asing pertama yang mengendalikan Cheongung II," kata Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea Selatan (DAPA) dalam satu kenyataan berita. “Perjanjian itu adalah hasil kerjasama pertahanan dua hala berdasarkan kepercayaan bersama dan akan menjadi detik penting untuk hala tuju masa depan perkongsian pertahanan strategik kedua-dua negara.”

Bersama-sama dengan kontrak pemerolehan peluru berpandu, kedua-dua kerajaan menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam teknologi pertahanan, termasuk pembangunan bersama sistem senjata, tambah DAPA.

Peluru berpandu MIM-23 Hawk yang diguna Korea Selatan sejak 1964

KM-SAM pertama kali dibangunkan oleh Agensi Pembangunan Pertahanan Korea Selatan dengan sokongan teknikal daripada firma Rusia. 

Ia berdasarkan teknologi daripada peluru berpandu 9M96 yang digunakan pada sistem peluru berpandu S-350E dan S-400, dan dicipta untuk menggantikan peluru berpandu permukaan-ke-udara MIM-23 Hawk yang lebih lama yang diterima pakai pada tahun 1964.

Bateri lengkap terdiri daripada empat hingga enam pelancar penegak pengangkut lapan sel, radar 3D phased array pelbagai fungsi, kenderaan arahan tembakan dan kenderaan bekalan peluru.

Sistem bateri lengkap KM-SAM

Menggunakan apa yang dipanggil teknologi hit-to-kill, peluru berpandu itu boleh memintas sehingga enam peluru berpandu musuh yang datang pada ketinggian di bawah 40 kilometer, dengan jarak pengesanan 100 kilometer. Peluru berpandu mempunyai keupayaan peperangan anti-elektronik untuk terus berfungsi, walaupun tersekat.

KM-SAM dibina untuk mengatasi ancaman yang ditimbulkan oleh peluru berpandu balistik Korea Utara, Ia dibangunkan untuk memintas sebarang peluru berpandu, fungsi yang tidak dimiliki oleh MIM-23 Hawk sebelumnya 

Sistem itu lulus ujian pengesahan keperluan operasi tentera Korea Selatan pada 2015 dan mula digunakan pada awal 2016, menurut Tentera Udara

Sumber : DefenseNews


Sunday, January 23, 2022

RUSIA UJI MISIL HIPERSONIK TSIRKON (ZIRKON)

Penembakan peluru berpandu hipersonik Tsirkon dari kapal Frigate milik Rusia 

Rusia menguji sekitar 10 peluru berpandu jelajah hipersonik Tsirkon (Zirkon) baru dari frigat dan dua lagi dari kapal selam, senjata yang dipuji Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai sebahagian daripada sistem senjata generasi baharu yang tiada tandingan, menurut agensi berita Interfax yang memetik Armada utara Rusia pada hari Jumaat.

Putin telah menggelar ujian peluru berpandu, yang dijalankan minggu lalu, sebagai "peristiwa besar dalam kehidupan negara," sambil menambah bahawa ini adalah "langkah besar" dalam meningkatkan keupayaan pertahanan Rusia.

Beberapa pakar Barat telah mempersoalkan betapa canggihnya generasi baru senjata Rusia, sambil menyedari bahawa gabungan kelajuan, kebolehgerakan dan ketinggian peluru berpandu hipersonik menjadikannya sukar untuk dikesan dan dipintas.

Putin mengumumkan pelbagai senjata hipersonik baharu pada tahun 2018 dalam salah satu ucapannya yang paling bersahaja dalam beberapa tahun, mengatakan ia boleh mengenai hampir mana-mana titik di dunia dan mengelak perisai peluru berpandu yang dibina oleh Amerika Syarikat.

Pada bulan Oktober, Rusia telah berjaya melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik Tsirkon (Zirkon) dari kapal selam buat kali pertama.

Misil Tsirkon(Zircon)

3M22 Tsirkon (Kod NATO: SS-N-33) peluru berpandu jelajah hipersonik anti-kapal yang berkuasa scramjet yang kini dalam pengeluaran oleh Rusia.

Jarak peluru berpandu dianggarkan 250 hingga 500 km) apabila dilancarkan pada tahap rendah, dan mampu menjangkau sehingga 740 km dalam trajektori separuh balistik, purata jarak adalah sekitar 400–450 km.

Beberapa tabloid internet malah mendakwa jarak peluru berpandu boleh mencapai 1,000 - 2,000 km, bergantung kepada jenis sasaran.

Zirkon boleh bergerak pada kelajuan Mach 8–Mach 9 (9,800–11,025 km/j). Ini telah menyebabkan kebimbangan bahawa ia boleh menembusi sistem pertahanan laut sedia ada. 

Peluru berpandu Hipersonik Zirkon ini mampu menukar maklumat dalam penerbangan dan boleh dikawal oleh arahan jika perlu.

sumber : 

Sunday, January 16, 2022

KAPAL SELAM KELIMA SINGAPURA (KELAS INVINCIBLE)

Kapal selam Singapura kelas Invincible yang kelima akan dibina

SHAH ALAM:  Nampaknya Singapura telah memesan sebuah lagi kapal selam kelas Invincible (Jenis 218SG) dari Jerman menjadikan lima kapal selam baru yang akan dimiliki oleh Singapura. 

Majalah berita Jerman Der Spiegel mendedahkan minggu ini bahawa bekas canselor kerajaan Jerman  Angela Merkel meluluskan beberapa perjanjian senjata sebelum dia meninggalkan pejabat.

Antara perjanjian yang dilaporkan ialah penjualan kapal selam Type 218G kepada Singapura daripada Thyssenkrupp Marine Systems. Thyssenkrup juga telah meluluskan penjualan tiga frigat MEKO A-200 EN ke Mesir, bersama-sama dengan 16 sistem pertahanan udara dari Diehl Defense. 

Perjanjian Mesir itu dikatakan kontroversi kerana negara Timur Tengah, menurut ahli politik Jerman mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk dan terlibat dalam perang Yaman.

Singapura belum mengumumkan perjanjian untuk kapal selam kelima dari Thyssenkrupp dan tidak mungkin mengesahkannya kerana ia telah dibocorkan oleh akhbar Jerman. Type 218SG dikenali sebagai kelas Invincible oleh Tentera Laut Republik Singapura (RSN) selepas kelas pertama, Invincible yang dilancarkan pada 2019. 

Dua kelas Invincible pertama telah ditempah pada 2013 manakala kontrak untuk pasangan lain diumumkan pada 2017. Invincible dijangka dihantar kepada RSN tahun ini walaupun berkemungkinan ini akan berlangsung tahun depan.

Kapal selam terkini Royal Singapore Navy dari kelas Archer

RSN kini mengendalikan empat kapal selam, dua dari kelas Challenger dan dua dari kelas Archer yang dibeli secara terpakai dari Sweden. Challenger dijangka akan dibersarakan sebaik sahaja dua kapal selam kelas Invincible pertama dimasukkan ke dalam perkhidmatan RSN. 

Kelas Archers juga dijangka akan bersara sebaik sahaja dua Invincibles yang dipesan pada 2017 dilantik dalam perkhidmatan lewat dekad ini.

Kemungkinan juga Singapura akan memesan sebuah lagi kapal selam kelas Invincible dalam masa terdekat, memastikan ia akan mempunyai enam kapal selam dalam armada. Ini akan membolehkan dua kapal selam beroperasi dengan selebihnya dalam latihan atau pemasangan semula. Walau bagaimanapun, ia mungkin juga melihat lima kapal selam sudah cukup untuk memenuhi keperluannya.

sumber: malaysian defence


TYPE 123 FRIGAT KELAS BRANDENBURG (F215)

Frigat kelas Brandenburg (F215) Tentera Laut Jerman ; foto dari Internet

Frigat Kelas Brandenburg (F215) telah ditempah pada Jun 1989 untuk menggantikan kapal Destroyer Kelas Hamburg yang berkhidmat dalam angkatan laut Jerman dari tahun 1964

Peranan utama Frigat ini ditugaskan dengan operasi anti-kapal selam, tetapi ia juga berperanan kepada pertahanan anti-udara, perintah taktikal pasukan kumpulan dan operasi permukaan.

Pembinaan Kapal

1. Brandenburg (F215), dibina oleh Blohm + Voss dan ditauliahkan pada Oktober 1994; 

2. Schleswig-Holstein (F216), ditugaskan pada November 1995;

3. Bayern (F217), ditauliahkan pada Mei 1996; 

4. Mecklenburg-Vorpommern (F218), di bina di Bremen, Bremer Vulkan, ditauliah pada November    1996.

Frigat Kelas Brandenburg mempunyai anjakan 4,700tan kapasiti penuh dan panjang keseluruhan 138.9m. Kapal itu mempunyai kelajuan maksimum 29knot menggunakan turbin gas dan 18knot menggunakan enjin diesel, dengan julat 4,000nm pada 18knot. Kapal itu boleh memuatkan 118 anak kapal (termasuk 19 anak kapal udara).

Kapal ini dipersenjatai dengan dua pelancar berkembar untuk peluru berpandu permukaan-ke-permukaan MM38 Exocet, dari MBDA (dahulunya EADS Aerospatiale). Exocet mempunyai panduan inersia dengan homing radar aktif dan jarak 42km. 

Sistem pelancaran menegak Lockheed Martin mk41 mod 3 untuk 16 peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak sederhana Nato Sea Sparrow telah dipasang.

Kapal itu juga mempunyai dua pelancar 21 sel untuk peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak dekat RAM (rolling airframe). Peluru berpandu RAM mempunyai panduan inframerah dan jarak 9.5km.

Ia dilengkapi dengan satu meriam utama Oto Melara 76mm / 62 mk75, yang mempunyai kadar tembakan 85 butir seminit dan jarak 16km anti-permukaan dan 12km anti-udara, dan dua meriam Rheinmetall 20mm Rh 202. Meriam Rh 202 ditetapkan untuk digantikan dengan sistem meriam tentera laut ringan Mauser MLG 27 baharu, yang boleh menembakkan peluru FAPDS 

Dua tiub torpedo 324mm mk32 berkembar dipasang untuk ATK (AlliantTechsystems) mk46 torpedo anti kapal selam aktif / pasif.

Radar carian udara / permukaan ialah radar SMART 3D Thales Nederland yang beroperasi di jalur F. Pencarian udara dilakukan oleh Thales Nederland LW08, radar D-band. Dua radar pengesan Thales Nederland STIR 180 untuk kawalan kebakaran dan dua Raytheon Redpath I-band untuk navigasi turut dipasang.

Kapal itu dikuasakan oleh loji CODOG (disel atau gas gabungan) dua turbin gas GE 2500, masing-masing diberi nilai 33,600hp dengan kelajuan turbin kuasa 3,600rpm, dan dua enjin diesel MTU ZOV956 TB92, masing-masing menghasilkan 6,568hp pada 1,500rpm , memacu dua aci dengan pitch kipas boleh dikawal.

Destroyer kelas Hamburg yang dibina pada zaman perang Dingin : foto dari Internet

sumber : navyrecognition.com


Monday, January 3, 2022

TENTERA FILIPINA MULA TERIMA SPH ATMOS 2000

Atmos 2000 dengan pelantar trak 6x6

Tentera Filipina dilaporkan telah menerima ketibaan Elbit Systems Soltam ATMOS 2000 Self Propelled Howitzer (SPH) pada 30 Disember 2021. Gambar ketibaannya telah muncul di beberapa laman media sosial.

Ketibaan 8 howitzer daripada jumlah tempahan 12 unit howitzer 155mm/52 cal pada pelantar trak 6x6 telah menjawab persoalan orang ramai tentang platform trak beroda yang digunakan, kenderaan ini kemudiannya dihantar ke kem Fort Andres Bonifacio.

Filipina merupakan negara kedua di rantau ini yang mengendalikan ATMOS 2000 SPH selepas Thailand, namun Thailand mengendalikan 2 jenis ATMOS 2000 iaitu berasaskan trak 6x6 dan 8x8.

Pembiayaan untuk pesanan howitzer ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Belanjawan dan Pengurusan (DBM) Filipina pada Disember 2019 dalam bentuk Perintah Pelepasan Peruntukan Khas (SARO) untuk Bayaran Pendahuluan 15% berjumlah PHP339,867,865.00 dan kemudian pada April 2021 bakinya berjumlah PHP835, 128,700.00 yang dikeluarkan SARO selanjutnya  oleh DBM.

12 SPH ini akan mengiringi 12 Elbit-Soltam M-71 155mm/39cal Towed Howitzers yang tiba lebih awal pada pertengahan 2017 yang telah diperoleh dengan kos PHP410.84 juta.

Angkatan Tentera Filipina terus memodenkan dirinya bukan sahaja dalam Tentera Darat (Tentera Filipina) tetapi juga dalam Tentera Laut (Tentera Laut Filipina) dan Tentera Udara (Tentera Udara Filipina), termasuk dalam hal ini Kor Marin Filipina (PMC).

ATMOS 2000 dipersenjatai dengan meriam kaliber 155mm 52 yang dipasang di bahagian belakang casis trak. Meriam itu boleh menembak pelbagai peluru dan ia mempunyai jarak tembak 30 km dengan peluru high explosive (HE) NATO L15 dan 40 km dengan menggunakan peluru (ERFB-BB) Extended Range Full Bore Base Bleed .

sumber : Army recognition.com


CHINA HADIAH KAPAL SELAM TYPE 35B (KELAS MING) PADA MYANMAR

Kapal selam kedua Myanmar Type 35B

Myanmar memperolehi kapal selamnya yang kedua, ehsan daripada “penyokong terkuatnya” iaitu China yang telah “menghadiahkan” negara Asia Tenggara dengan sebuah kapal selam diesel elektrik.

Kapal selam pertamanya adalah dari kelas kilo yang juga merupakan ehsan dari India.

Beijing merupakan penyokong utama rejim tentera Myanmar dipimpin oleh Jeneral Myint Aung Hlaing, yang telah memberikan sebuah kapal selam diesel elektrik kelas Type 035 atau kelas-Ming, membawa bilangan kapal selam dioperasi oleh Tentera Laut Myanmar kepada dua buah ketika ini.

China merupakan pembekal utama senjata kepada rejim di Myanmar daripada peluru berpandu anti-kapal C-802 kepada pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) JF-17 “Thunder” dan pesawat pengangkut Shaanxi Y-8.

Tentera Laut Myanmar telah menamakan kapal selam diterimanya daripada China itu,”UMS Minye Kyaw Htin” dan pemerhati hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara berjiran itu akan menjadi lebih akrab.

Menurut media tempatan, pemberian kapal selam daripada China itu akan digunakan sebagai “stop gap” sebelum Myanmar memperolehi kapal selamnya sendiri,dimana Beijing atau Russia dijangka menjadi calon utama pembekalnya.

Kapal selam UMS Minye Kyaw Htin seberat 2,100 tan juga bakal menjadi platform latihan untuk bakal-bakal krew kapal selam Myanmar.

Ia mampu membawa sehingga 57 krew dan beberapa jenis persenjataan termasuk lapan butir torpedo 533mm, peluru berpandu anti-kapal dan periuk api.

Ia boleh mencapai kelajuan 18 knot dan menyelam sehingga 300 meter.

Sebenarnya kapal selam kelas-Ming buatan China ini adalah direkabentuk hasil kapal selam Romeo buatan Russia.

Tentera Laut Bangladesh turut menggunakan dua buah kapal selam kelas Type 035G yang diperolehinya daripada China pada 2013 bernilai US$200 juta (RM800 juta), yang merupakan kapal selam pertama negara Asia Selatan itu.

Spesifikasi Type 35B

Berat         : 2,100 tan (menyelam)

Panjang    : 76 meter

Rasuk       : 7.6 meter

Kelajuan   : 18 knot tenggelam

Kedalaman operasi : 300 meter

Pendorongan : 2x Jenis E390ZC-1 diesel (5,200 hp setiap satu), dua aci

Awak kapal : 57 kelasi

Senjata: 8x 533 tiub torpedo (6x ke hadapan; 2x di belakang) untuk 16 torpedo atau 32 periuk api

sumber : Defence Security Asia & Naval news.